Friday, November 30, 2012

Orchid Competition, MAHA 2012.

Assalamualaikum..
korang semua dah pergi MAHA 2012 kat MAEPS?
aku dah pergi 3 kali dah..
first day pergi,
aku terus pergi Hall A untuk ambil gambar orkid.
sebab kat situ ada display orkid2 yang bertanding.
since aku ambil subjek orchid culture sem ni,
aku kena buat portfolio pasal orkid.
so, kena ambil 5 genera berbeza, 10 spesis/hybrids berbeza utk setiap genera,
now do your math!
total up, 50 different species.
ingat senang nak carik 50 jenis orkid ni?
including the scientific names!

nasib baik lah ada MAHA ni..
memang terbaik lah orkid2 yang dipamerkan.
siap ada nama segala,
bak kata pepatah,
pucuk dicita ulam mendatang lah..

untuk pengetahuan anda semua,
orkid adalah salah satu jenis bunga yg dieksport ke luar negara sebagai cutting flowers,
good income industry indeed!
itu baru kira untuk dieksport.
belum kira local markets lagi..
makcik2 yang minat orkid tu,
haa.. kat MAHA ni,
mata dorg semua terbeliak tengok orkid2 ni,
range jual pot orchids ni dari belasan ringgit kepada ratusan jugaklah.
depends on type and maturity stage.
tu tak kira yang 'rare' lagi..
entry kali ni memang nak cerita pasal orkid je pun.
so, jom tengok orkid-orkid yang awesome ni..


ni orkid yang baru first time aku jumpa.. sangat rare & unik!
Dendrobium.

dendrobium

cattleya. 

cattleya

dendrobium

cattleya

cattleya

phalaenopsis

phalaenopsis

dendrobium

dendrobium
vanda

vanda..

awesome kan orkid ni semua?
sangat cantik ciptaan Allah..

Sunday, November 25, 2012

Penang, What a Wonderful Trip!

assalamualaikum.
cuti mid sem hari tu,
aku meluangkan masa bercuti bersama kawan-kawan.
alhamdulillah,
plan ktorg berjalan lancar.
kami pergi bercuti ke Pulau Pinang.
rumah mamu,
kat bawah ni ada gambar dia,
kalau ada yg berminat boleh download gambar beliau dari blog ni..
hehehe.. *matilaa...

aku pun dah lama tak pergi penang,
since zaman matrik dulu lah kot..
untuk trip kali ni,
ktorg menginap di home stay,
area Teluk Bahang,
dekat sangat dengan Taman Negara Pulau Pinang.
home stay yg sangat sempoi,
group ktorg je yg local,
penghuni bilik lain semua foreigner.

banyak jugak tempat yg ktorg pergi,
nak cerita satu-satu,
jadi novel pulak kan,
nak tulis panjang-panjang..
antara tempat yang mamu bawak ktorg jalan-jalan,
taman botani penang, gurney drive, taman rimba, taman negara,
empangan teluk bahang, komtar, pasar chowrasta, tropical fruit farm etc.

oh ya,
ktorg pergi dan balik dgn menaiki bas.
masa pergi tu alhamdulillah,
sampai awal drpd yg dijangka,
masa balik tu yg tak tahan.
macam macam dugaan,
bas tukar tiga kali,
pastu habis bateri pulak,
lepas tu, 
ada pulak beg jatuh dari bas,
polis kejar bas nak bagi balik beg tu,
nak pulak tuan beg tu si KA,
Nasib baik dapat balik beg ko..
kalau tak...

rasanya,
mari kita berpegang pada peribahasa orang putih,
a picture tells a thousand words.
kira kat bawah ni ada berapa byk gambar,
pastu kira berapa words jumlahkan,
rasanya korg faham tak apa yg aku cuba sampaikan ni?
aku malas nak type dah ni,
tengok gambar je lah ye.
*rasanya ni la entry paling banyak gambar.



Pudu Sentral.


cuba untuk bergaya ala-ala Kpop. cuba lihat seluar senteng tu..
tapi muka kami ibarat jauh panggang dari api dengan korean people.


tiba di jetty.

diatas ferry.

ini restoren Nasi Kandar Line Clear, kami datang awal sgt,
kedai tak ready lagi.. pastu, mamak tu ajak bergambar..

ni la homestay yg ktorg menginap.

Laksa penang home made. mak mamu yg masak. terbaik!

pastu, durian time!

tggu bas nak amek motor sewa.. kalau naik kereta, 
percutian ni macam bercuti dalam kereta, sebab penang jam!

Hard Rock Penang!

ni la KA, yang beg dia terjatuh dari bas tu,
tragis kan? kalau nak download gambar dia ni pun boleh.. peace!

yang ni pulak aizat.. hot stuff jugak ni... psssstt.. panassss..
*jangan marah aizat..

ini la mamu a.k.a faiz.. 

ini pulak, makcik.. makcik is her middle name. 
hahaha.. ada sape2 berminat? sila pm.

ini lah aku.. konon2 check in kat hard rock.

main entrance. nice.

pantai belakang hard rock.

lepas mandi sungai kat Taman Rimba..

pekena tropical fruit ABC kat Tropical Fruit Farm..

super nice!

dah settle makan.

ini bukan penampilan terbaru aku, takut pulak nanti org kata aku dah berhijab,
ni sebab panas sangat masa kat taman negara.. mana taknya, mandi laut tengah-tengah hari..
panas gila.

lepas mandi laut, lunch kat rumah mamu.. marvelous.

pastu, pergi chowrasta cari jeruk.

nampak tak komtar belakang tu?

fokus gambar ini adalah tulisan 'komtar' kat belakang tu,
sila abaikan fokus sedia ada itu..  :)

stripes!

bergambar sebelum memulangkan motor..


bergambar bersama mak mamu..

 
batu fernggi.


maka berakhirlah percutian selama 3hari 2malam kami..
*ada sape2 nak taja percutian kami tak lepas ni?
cc: air asia, fire fly & mas.


sila like kalau suka! :)

Sunday, November 4, 2012

3 Lelaki Sesat di Pavilion, Kuala Lumpur.

assalamualaikum.
selasa lepas,
aku dan dua orang lagi kawan aku pergi ke pudu sentral,
nak beli tiket ke penang untuk
percutian 3 hari 2 malam kami pada cuti mid sem akan datang ni,
lepas beli tiket,
"jom pergi pavilion?"
tiba tiba..
memandangkan tiada antara kami yg pernah menjejakkan kaki ke sana,
maka,
bermula lah eksplorasi kami bertiga ke Pavilion.
memandangkan kami bertiga adalah teruna- teruna desa.
eksplorasi ke pavilion ini seolah-olah bertukar menjadi explorace.
sebab, malu bertanya, sesat jalan.
jadi kami pun tanpa segan silu menggunakan khidmat
orang awam disekeliling kami untuk bertanya.
akhirnya GPS hp yang membantu,
jadi kami ni tidak lah se-desa yang anda sangkakan.
*bukti pertama kami bukan desa.

sesampai kami di stesen monorel bukit bintang,
*bukti kedua.
terus masuk ke dalam satu bangunan yang kami sendiri tidak pasti nama bangunan tersebut.
memandangkan hari hujan lebat, kami terus merayau didalam bangunan tersebut,
misi, masih mencari dimana letaknya Pavilion.
akhirnya kami terjumpa gedung pakaian H&M
aku ada juga terbaca mengenai H&M ni.
baru dibuka di Malaysia katanya.
jadi kami pun masuk ke dalam gedung pakaian itu.
setelah beberapa ketika,
kami menjenguk ke luar,
namun hujan masih belum reda.
kami terus menunggu sehingga hujan sedikit reda.

kami meneruskan perjalanan ke Pavilion,
yang terletak tidak jauh daripada bangunan tadi.
dalam keadaan hujan renyai-renyai,
kami memulakan aktiviti bergambar di hadapan pintu masuk Pavilion
untuk dijadikan bukti bahawa kami telah menjejakkan kaki ke Pavilion.
selepas itu, kami terus masuk dan menikmati sendiri pemandangan butik-butik mewah.
beratus jenama, beribu gaya.
iklan Zalora pulak.
setelah puas berjalan-jalan,
kami pun pulang ke kolej.
kesimpulannya,
kami telah pun menjejakkan kaki ke Pavilion.
ini adalah bukti ketiga kami bukan lagi teruna desa.
disini saya sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan.




tourist sangat.

H&M 

Bruno Mars live in KL. katanyee.

nak jugak.

sama tak dengan yang belakang tu?


Penang Next Top Model (PNTM).

thats it. Pavilion yaww!

bersama Bruno Mars.

Jimmy Choo.

bersama PNTM.
keesokkannya,
kami mendapat tahu,
bangunan yg kami mula-mula masuk itu adalah
Lot 10!
ok bye.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...