Friday, February 15, 2013

Perutusan Keputusan yang Terakhir!

assalamualaikum,
hari ni result terakhir final exam keluar,
maksud terakhir disini,
aku dah nak habis belajar!
hurray!
hahaha..
minggu depan dah start latihan industri untuk satu semester.
mudah-mudahan semuanya baik-baik saja.

berkenaan dengan result,
alhamdulillah,
kiranya cgpa aku get back on the right track,
selepas mengharungi pelbagai onak dan duri,
jatuh dan bangun, bangkit semula..*macam poyo je.
akhirnya. alhamdulillah.

subjek yang paling aku cuak sekali Final project aku lah,
6 kredit kot.
nasib baik, aku dapat supervisor yang ok,
and seriously, she helped me a lot!
thanks Dr. Phebe!
oh, now she's Assoc. Prof. already!
congrats!

memang aku target sem 7 aritu,
nak improve cgpa aku.
ye lah, dah sah-sah tak first class honour,
at least aku capai target aku.
alhamdulillah, i did it!
result yg terakhir ni, gpa paling tggi aku pernah dapat,
selama dekat UPM,
dan juga dalam sejarah hidup aku.

aku ada juga terbaca kat laman-laman sosial ni,
mostly kawan-kawan aku happy jugak dengan result mereka.
ada yang dapat first class, ada yang nak sambung master,
ada yang nak sambung master tapi macam nak terus ke PhD.
almaklumlah, first class,
apa yang tak boleh?
hahaha..
aku pun tumpang gembira.

apa-apa pun,
doakan je lah yang terbaik untuk aku,
ada yang suruh sambung ke peringkat seterusnya,
kalau ada rezeki tu,
ada lah..
memang ada niat pun,
biarlah keadaan yang menentukannya,
cewahh.. hahah..


this is my thesis. 


cover page untuk majalah apa, aku pun tak tahu.
abaikan ekspresi terencat tu.

sekian.

like kalau suka! :)

Thursday, February 14, 2013

Blueberry Cheese Tart, My First Attempt.

assalamualaikum,
hari dapat jugak aku melaksanakan satu projek yang agak tertangguh,
Blueberry Cheese Tart.
lepas buat Lemon Meringue hari tu,
kali ni aku try buat tart pulak.
konon-konon nak mencuba buat tart.

bagi aku,
takde lah susah pun buat Blueberry Cheese Tart ni,
bahan pun tak banyak mana,
cuma yang agak leceh sikit tu,
part nak buat doh dia,
dan tenyeh-tenyeh dalam acuan.
aku buat benda ni sorang-sorang,
tanpa bantuan adik-adik aku yang tau makan je.
tu yang rasa macam bosan buat pastri tart ni.
tapi, kalau pastri ni dah siap,
mmg kejap je buat tart ni.

entry kali ni bukan nak share resepi,
bukan apa,
malas nak menaip.
korang google je,
berderet resepi keluar.
entry ni,
cuma nak share gambar-gambar je.
alhamdulillah, percubaan kali pertama berjaya!

part yang paling aku suka,
part nak decorate tart ni,
berseni jugak aku ni,
dulu masa subjek pendidikan seni kat sekolah,
ntah apa-apa ntah yang aku buat.
skills decorate tart ni aku pernah belajar masa kerja part time kat Secret Recipe dulu,
masa tu, bukan decorate tart,
tapi decorate coffee, latte, etc.
dengan corak yg lebih kurang sama macam kat atas tart ni.
ayuh, mari kita sama-sama saksikan gambar-gambar yang sempat aku snap.



mula-mula buat 'crust' dia dulu.

pastu, letak la blueberry filling. cover dengan cream cheese.

then, decorate lah ikut kreativiti korg.

zoom in sikit.

susun lah kat pinggan tingkat macam ni. hehe..

gambar yang lebih terang dengan bantuan flash.


like kalau suka!

Monday, February 11, 2013

Flower Boy Next Door, Another K-Drama.

assalamualaikum,
lama dah rasanya aku tak layan drama korea,
masa cuti ni, aku dah kehabisan stock movie,
so, tak tau nak download cter apa dah.
sekali ternampak lah satu k-drama ni,
bertajuk, 'Flower Boy Next Door'..
aku pun saje2 lah usha2, best ke tak cter ni,
kata hati berkata, 
"try download satu episod dulu.."
lantas, aku pun men-download-nya.

bila dah tengok satu episod,
oh, layan pulak.
sebab dia ada komedi2 sket,
so, xde lah boring.
kini, aku sudah pun menonton sehingga ep 10.
masih menunggu utk download smpai episod last.
tak silap, 16 episod kot.

kalau nak ditanyakan pelakon2 dia,
memang aku tak kenal lah,
aku tau tengok je.
tidak seperti kawan-kawan aku yg expert pasal arits korea ni,
semua dorg kenal,
tapi, yg aku noticed,
heroin dia ada pernah berlakon dalam cter
'You're Beatiful'..
mungkin korg dah advanced lagi drpd aku,
buat korg yg xtau nak layan k-drama apa,
you should watch this.
sape2 yg nak download tu,
try kat (sini)




pelakon FBND. kenal ke?

hero & heroin.

:)


like kalau suka! :)

Friday, February 8, 2013

Lemon Meringue! Nak Resepi?

assalamualaikum,
hari ni rasa nak try buat Lemon Meringue,
aku google lah resepi,
aku amek daripada sini (resepicitarasawan)
thanks.

Lemon Meringue (LM)?
apakah? jarang jumpa kan?
memang takde jual kat gerai2 goreng pisang tepi jalan tu,
kat bazaar ramadhan xpernah jumpa lagi,
barangkali ada.
ye lah, bazaar ramadhan tu, apa yg takde jual?
*motif bangkitkan isu bazaar ramadhan?
cuba bayangkan dialog masa nak beli,
"kak, Lemon Meringue ni berapa satu?"
"tiga singgit dik.."
"erm.. bagi dua ringgit kak.."
hahaha...
ok, panjang dah merepek.

bagi aku, LM ni macam tart je.
cuma ada tambah egg white kat atas.
nak buat LM ni xbyk bahan pakai,
senang kata, main ingredient dia Lemon dan telur.
baiklah, tanpa membuang masa lagi,
mari kita saksikan bahan-bahannya.

Crust
210g tepung gandum
113g butter
50g gula kastor
1 biji kuning telur gred A

Lemon curd
3 biji telur
80ml jus lemon (lebih kurang 2biji lemon)
150g gula
56g butter
1 sudu besar lemon zest (parutan kulit)

Meringue
4 biji putih telur
130g gula kastor
1/2 sudu teh cream of tartar

untuk crust,
pukul gula dan butter sebati.
tak payah pakai mixer pun xpe.
masukkan kuning telur sampai sebati,
masukkan tepung,
gaul sehingga menjadi doh.
bungkus dan simpan dalam fridge 30min
lepas tu,
masukkan dalam loose tin
cucuk base dengan garfu,
dan simpan semula dalam fridge 20min.
bakar selama 15-20min suhu 180C
dah siap,
sejukkan crust tu,
then, ratakan lemon curd tadi.
masukkan semula ke dalam oven 170C selama 15 min
keluarkan dan ratakan meringue keatas lemon curd yg masih panas tadi.
bakar selama 5 minit dengan api atas sahaja atau sehingga meringue perang.

untuk lemon curd,
kena pakai kaedah double boil
masukkan telur, gula dan jus lemon.
gaul sampai pekat mcm cream.
memang jenuh sikitlah nak tggu benda ni pekat,
bila dah pekat,
masukkan butter dan lemon zest.
ratakan atas crust,
bakar pada suhu 170C selama 10min,
sehingga mengeras, jgn smpai perang.

untuk meringue
pukul putih telur, gula dan cream of tartar sampai kembang bertanduk.
ratakan atas curd yg masih panas, kemudian,
bakar selama 5 minit dengan api atas sahaja atau sehingga meringue perang.
aku rasa 4biji tu mcm byk sgt je.
sbb td aku buat,
aku rasa meringue tu boleh cover dua biji LM kot
so, cut it half,
dua biji cukup kot.
kalau dah adjust telur ni,
adjust gula skali lah,
kang termanis pulak kan?


Lemon.

doh yang sudah siap.

telur, gula, jus lemon.

kacau menggunakan kaedah double boil.

lebih kurang pekat mcm ni laah..

doh tadi, buat jadi macam ni..
 aku saje poyo-poyo buat roses ni.. nak flat ratakan pun boleh.

ni dah lepas diperangkan. jangan hangus sudah.

tada! inilah hasilnya.

comot sikit.

masa aku buat ni,
aku rasa mcm banyak sangat pulak meringue nya,
nampak tebal kan?
bila makan rasa cepat muak,
so, aku ketepikan meringue tu,
aku makan yg bawah je.
kurang sikit muaknya..
aku rasa, kalau xbuat meringue tu pun ok,
bagi pendapat aku lah,
tekak aku lain dengan tekak korg.
tapi, kalau xde meringue,
tak panggil Lemon Meringue lah.
jadi Lemon tart pulak.

konklusinya,
ikut suka korg lah..
hahah..
selamat mencuba!


like kalau suka! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...