Sunday, March 31, 2013

Sambung Master?

assalamualaikum,
lepas habis internship ni,
tamat lah sudah pengajian ijazah sarjana muda aku,
jadi, dalam kepala otak aku ni,
asyik dok fikir,
nak sambung ke tak,
nak ke tak?

boleh kata hari-hari aku terfikir benda ni,
ter, bermaksud tak sengaja.
sekarang ni, aku masih rasa 50-50.
belum ada confidence yang boleh kata,
"yes, aku nak sambung.."
ataupun,
"no, aku nak kerja.."

ada orang cakap,
kalau nak sambung,
baik terus sambung bila dah habis degree ni.
yelah, dua tahun je nak sambung ni.
tapi, ada je aku jumpa senior yang dah kerja dulu,
lepas tu, baru sambung master.
entah lah.

bukan senang nak decide benda-benda macam ni,
ini lah dilema paling besar setakat ni,
bila lah aku boleh decide ni?
lepas habis internship ni kot.
so, aku ada masa lebih kurang dua bulan untuk decide.
then, baru boleh propose supervisor fyp aku dulu.
oh tuhan.


Thursday, March 21, 2013

Ketagih Baca Novel Fixi.

assalamualaikum.
dulu, aku pernah terdengar,
orang kata, novel keluaran fixi ni best,
orang kata, novel ni kira macam novel indie,
orang kata, novel ni ramai peminat.
jadi, aku pun cubalah untuk mencuba membacanya,
masa pergi MPH hari tu,
aku beli sekali tiga novel keluaran fixi ni,
almaklumlah, Voucher buku kan ada,
apa lagi, aku kira gamble lah beli novel-novel ni,
sebab memang tak pernah baca.

bila dah baca,
agak menarik jugak lah,
sampai ada satu novel tu aku habiskan dalam masa sehari je,
aku memang jenis baca novel tu dalam 2,3 bulan baru habis.
tapi novel ni macam ohsem sikit, 
tu yang sehari je aku boleh habiskan.
oh ya, masa first beli hari tu,
aku beli 'Murtad', 'Bisik' dan 'Mental'.
tajuk-tajuk novel fixi ni memang satu perkataan je.
cerita atau gaya penulisan dia sempoi.
kira macam dekat lah dengan aku yang muda remaja ni.
amboi.

boleh kata, most of the novels pasal thriller/mystery.
xde lah ayat-ayat jiwang sangat macam dalam sesetengah novel cinta tu.
satu lagi, penceritaan dalam novel ni macam open sikit.
kira macam carutan dan bahasa-bahasa seangkatan dengannya memang ada lah.
dan ada jugak yang macam 18sx sikit.
tapi xde lah dari mula cerita sampai habis 18sx je.
itu dah jadi novel porno.
so, masing-masing dah besar kan,
pandai-pandailah ambil mana yang baik.

lepas habis je stok tiga novel fixi ni,
aku pergi borong lagi lima,
hahh, lima sekali kau aku beli.
sekarang ni baru tengah baca satu,
lagi empat tengah tunggu giliran.




novel ni lah yang aku cakap macam 18sx sikit. sikit je.
jangan kejap lagi, masing-masing dok carik novel ni.
tak pasal best seller.

yang ni, tentang sakit mental. dengar bisikan-bisikan misteri.
nak tau, baca sendiri.

yang ni kalau di filem kan, jadi macam cerita action.
tembak menembak. dua orang yang diupah untuk membunuh orang yang murtad. 

see what i mean.

loghat kedah.

ni stok yang baru aku borong.



siapa minat baca Fixi angkat tangan!
saya!  :)

like kalau suka! :)

Friday, March 15, 2013

Macaroon Angan Ku Musnah!

assalamualaikum,
langit tak selalu nya cerah,
bumi mana yang tidak ditimpa hujan,
aku rasa aku ni memang dah terpengaruh dengan ayat-ayat novel,
ataupun teringat masa nak amek spm dulu,
masa buat karangan sedaya upaya cari ayat-ayat bombastik.
konon.

alkisahnya,
couple weeks ago.
aku try buat macaroon.
dessert dari perancis tak silap.
bila tengok resepi,
takdelah susah mana pun.
sebab, ada desas desus mengatakan,
susah nak buat macaroon ni,
jadi, aku pun semacam tidak yakin dengan hypothesis tu,
amboi.

jadinya, aku pun mengambil langkah untuk menjayakan satu experiment.
membuat sendiri macaroon di rumah.
nak dipendekkan cerita,
macaroon anganku musnah.
dalam erti kata yang lain.
tak jadi.
kalau rupa je tak cantik,
aku ok lagi.
ni, rasa pun macam apa dah.
tak boleh nak makan langsung.
boleh kata macam kalau kau makan masuk mulut,
lepas tu kau puihh, ape benda ni.
lebih kurang macam tu lah rasa dia.
haih.
aku pun berfikiran positif lantas menerima
hypothesis yang aku ragui sebelum ini.

ni la orang kata guru tu penting.
kalau setakat baca buku je,
takut-takut tak betul.
jadi, siapa yang nak jadi guru aku ni?
kita tinggalkan dulu persoalan tu.


ni sebelum dibakar.

selepas dibakar. terbakar.



like kalau suka! :)

Sunday, March 3, 2013

Diari Seorang Pengapit

assalamualaikum.
kali ni kali kedua aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengapit.
kedua-duanya untuk sepupu aku.
sebelum ni,
untuk abangnya,
kali ni untuk adiknya yang bongsu.

kalau nak diikutkan hierarchy sepupu-sepupu aku,
lepas yang ni kawin,
memang turn aku lah seterusnya,
tapi aku rasa, jauh lagi tu.
mau 8-9 tahun lagi kot.
doa-doa je lah untuk aku ye.
ok, lets put this story aside.

kali ni punya tugas sepupu aku call je,
call bukan cakap nak suruh jadi pengapit,
tapi call nak bagi kain ela.
aku pun semacam bingung masa tu,
hah? nak bagi kain?
bila masa aku jadi tukang jahit kan?
untuk apa?
untuk baju pengapit.
"abang jadi pengapit kak nem tau nanti.."
dalam kebingungan,
"aaa.. ok."
nasib lah aku ni tak bekerjaya lagi,
baru berpraktikal.
tu pun dah outstation je kejenye.
nasib weekend tak kacau.
tak pasal-pasal tempah baju melayu sepasang.
dah sah-sah lah jadi baju raya aku tahun ni jugak.
ok lah tu.

tips untuk jadi pengapit ni,
bagi aku benda paling penting adalah tisu.
lagi2 kalau bersanding waktu tengah2 hari buta.
hoi, panas dia tak ingat.
lagi lah kalau pakai baju pengantin tu,
sapa pernah pakai tu, tau lah panas dia macam mana,
tak cukup dengan tu,
baju pengapit tu sendiri boleh tahan panas jugak.
berbaju melayu di tengah terik mentari,*hamboi.
apa yang keluar, kalau bukan peluh mencurah-curah.
nasiblah nama dia pengapit, sedap sikit.
daripada namanya pengelap peluh pengantin,
sungguh tidak glamor.
hahah.. jangan marah para pengantin di luar sana.

ok lah,
daripada berterusan bercerita yang bukan-bukan lagi,
mari kita saksikan,
kegigihan aku menjadi pengapit.
gigih, tak gigih.
tengok je lah gambar kat bawah ni.


i am a groomsman.

patutnya kipas tu biar je kat pelamin. dah tak cukup tangan nak lap peluh,
pegang tisu, payung lagi. tapi takpe, cool beb!

dah semua orang nak amek gambar aku. aku pun redho je la..
*perasan amat.


ketibaan pengantin.

pengapit memang tak lekang dengan kipas tangan tu, 
walaupun dah ada kipas letrik. 

gigih tak kami, untuk memastikan tiada setitik peluh pun menitik?
*walaupun.

harus juga membersihkan bunga-bunga rampai yang di renjis terhadap pengantin.
pengapit juga terkena tempiasnya. itu biasa.

i just love this picture. shows that we're working hard.
haha.

sangat bertungkus lumus. 

ni yang paling best. makan semeja dengan pengantin. 
lauk-lauk semua kelas atasan. tak sama dengan rakyat jelata. haha..

selamat pengantin baru, Kak Anem & Abg. Azeem.




like kalau suka! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...