Sunday, April 28, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013!

assalamualaikum.
semalam, aku pergi ke pesta buku kat PWTC tu,
boleh kata, first time lah aku pergi.
sebelum ni, pergi Big Bad Wolf je.
5 hari sebelum hari sabtu tu aku dah excited.
sebab aku pergi sana ada target.

aku pergi sana pun,
nak carik Fixi dan novel Hlovate yang baru 'Anthem'.
alhamdulillah, mission accomplished!
aku pergi ke PWTC naik LRT dari TBS.
sampai je stesen PWTC,
aku dah nampak ramai orang dah.
masuk-masuk je.
hoi, ramainya manusia.
dalam ramai-ramai tu,
aku rasa seronok je.
selalu rasa macam rimas je ramai-ramai orang ni.

sampai-sampai je,
aku terus carik booth Fixi & Lejen Press.
nasib baik senang je nak carik.
masa pesta buku ni,
diorang adakan promosi,
3 novel, RM 50.
aku beli 6 = RM100.
baucer buku sekeping, RM 50 sekeping.
beratur panjang masa nak bayar.
demi Fixi, takpe.

next, carik booth Jemari Seni.
untuk dapatkan 'Anthem' daripada Hlovate.
sekali lagi ramai yang kerumun booth tu.
yang paling best, most of them are girls!
aku ok je kalau nak pergi beli sendiri bersesak-sesak dengan golongan hawa tu.
takut diorang je yang tak selesa.
hahah..
nasib baik aku bawak sekali kawan aku sorang ni,
dia pun nak beli 'Anthem' jugak.
so, takde lah rasa bersalah sangat.
dekat 30 minit jugak lah dia beratur dan bayar.
aku yang menunggu pun dah letih.
ini kan dia yang beratur.
thanks zam!

dalam ramai-ramai orang tu,
boleh pulak terserempak dengan Adi Putra dan Nora Danish.
masa tu diorang dah nak keluar dah.
body guard escort diorang.
mula-mula tak perasan pun.
bila dua kali pandang,
baru macam, ehh. macam kenal.

lepastu,
pusing-pusing lah sekejap dalam tu.
tiba-tiba aku terfikir,
rakyat malaysia ni,
suka membaca jugak ye.
sebab ramai gila yang datang semalam.
tak kisah lah apa bahan bacaan diorang tu,
membaca amalan mulia,
membaca jambatan ilmu.
gitu.
lama tak dengar ungkapan-ungkapan ni.
hahaha..

baru sampai. tengok, ramai kan.

dalam ramai-ramai tu, sempat lagi bergambar ditengah lautan manusia.
dari kiri: makcik dan zam.
PM aku kalau berminat.. hahaha.. :P

excited gila masa nampak booth Fixi!

Fixi, Lejen Press.

sementara beratur untuk pembayaran. 

ni makcik dok cari buku soil series. nak buat rujukan PhD katanya.
tak main lah master-master ni. degree terus PhD. hahaha..

dalam diorang ni belek-belek majalah mingguan wanita,
sekali ada pulak gambar coursemate aku. 2 pages cover cerita dia je.
kelass kau, Aza!

Booth Jemari Seni. can you see that! ramai gila wanita. 

just for this! berasak-asak kat booth Jemari Seni tu.

Booth Elsevier. teringat masa dok rajin baca journal Elsevier masa buat FYP dulu.

nak jugak diorang ni.

pakcik yang amek gambar kitaorang ni nervous ke? blur and shaky je.

This! ni lah hasilnya. ini yang aku mahukan. puas!

lepas tu, dinner kat Sg. Ramal Food Court. layan Abg Burn.



like kalau suka! :)

Monday, April 15, 2013

Kek Hantaran Pertama.

assalamualaikum,
agak sibuk sejak kebelakangan ni,
rasa macam dah lama tak update.
sebab ada orang complain,
cepatlah update blog.
hahh, ni dah update.
takde cerita menarik pun.
cuma,

cuma apa?
cuma aku telah berjaya menerima tempahan
kek hantaran.
kek hantaran pertama aku.
moist chocolate cake.
dan aku berjaya menyiapkannya.
at first, rasa tak confident nak terima tempahan tu,
kek biasa2 je takpe lah,
ni kek hantaran hoi.
buat nye tak jadi,
mana kau nak letak muka ni?
tiba-tiba emo.
hahahaa..

cerita nya bermula begini,
ada satu hari tu,
aku bawak lah Tiramisu yang aku buat kat ofis,
aku letak dalam fridge pantry.
masa diorg rehat,
diorg macam beriya nak tahu,
siapa punya kek dalam fridge ni,
masa rehat tu aku masuk la dalam pantry tu,
bagi tau diorg suruh makan.
diorg macam excited giler kot.
sambil makan, sambil tanya macam-macam kat aku,
dah macam artis pulak aku rasa,
lepas satu soalan, satu lagi dan lagi,
ok no comment, next question please!
ahhh, over pulak.
seronok tengok gelagat diorang.
plus, most of them suka makan kek.
sejak daripada tu lah segalanya bermula.
gituu. hahaha..

ada seorang lab staff tu namanya ibu.
memang semua kat situ panggil dia ibu.
dia lah yang beriya suruh aku buatkan
kek hantaran untuk anak buah dia kahwin.
mula-mula tu memang rasa tak confident.
tapi, ibu lah setiap hari tanya dan suruh aku cuba.
dan terhasil lah kek macam gambar kat bawah ni.
dan aku tahu,
masih banyak yan aku kena polish.
especially,
to smooth the frosting.
menggigil kot nak buat frosting ni.








walaupun masih ada cacat celanya,
i'll improve those skills.
thanks ibu sebab jadi first customer untuk kek hantaran.
and i'm happy coz u like it.
terima kasih. :)


like kalau suka! :)

Tuesday, April 9, 2013

10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri.

assalamualaikum,
entry kali ni aku nak share satu artikel yang aku baca
dalam majalah Solusi bulan Mac.
tentang 10 golongan yang menzalimi diri sendiri.

1. apabila berdoa, tidak mendoakan orang lain.
2. tidak membaca al-Quran.
3. apabila masuk ke dalam masjid, tidak menunaikan solat tahiyatul masjid.
4. tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika melalui kawasan perkuburan.
5. tidak menunaikan solat jumaat apabila tiba di sesuatu tempat.
6. tidak mahu menuntut ilmu apabila orang alim datang ke tempatnya.
7. tidak bertanya nama seseorang ketika bertemu.
8. tidak memenuhi undangan apabila dijemput menghadiri kenduri.
9. pemuda ynag tidak mahu bekerja dan belajar.
10. makan sehingga kenyang, tetapi membiarkan jiran kelaparan.

antara 10 perkara ni,
ada la jugak yg aku tak aplikasi kan.
kadang-kadang, benda tu simple je,
tapi tak buat.
but, i'm trying to improve myself.
to be a better muslim.

kalau anda semua ada yang kurang jelas antara kesepuluh perkara diatas,
molek lah kira nya, jika anda berjumpa dan bertanyakan hal tersebut dengan orang yang bijak pandai mengenai hal-hal agama.
gituu.. :)

just sharing.


like kalau suka. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...