dah 4 hari tak bersiaran..
so, normal la kalau trafik down...
baru pulang dari xpdc ke gunung brinchang, cameron highlands...
tapi bukan hendak diceritakan sekarang,
kerana gambar2 tiada disisi...
semuanya pada kawan-kawan yang memiliki kamera...
ok, cukup.
ingat lagi entry aku pasal MAHA 2010?
tadi aku pergi lah menziarahi MAEPS tu nak usha2 MAHA 2010...
aku gerak pagi dalam pukul 11...
bagi aku best la jalan2 kat dalam tu...
aku pergi hari ke-4...
maknanye, ade 6 hari lagi...
sape2 yg belum pergi tu, ade mase lagi...
berdasarkan kunjungan aku tadi,
aku nak share beberapa tips kalau korg nak g MAHA 2010 ni...
#entry ni xde gambar sebab xde kamera.
********************************************************************************
1. datang awal.
-kalau boleh korang datang lah awal. sebab xsusah nak carik parking, sebab xjam sangat, sebab masih pagi. tadi aku sampai sana dalam pukul 11. still ok sebab MAHA start pukul 10 pagi.
2. bawak payung.
-sebab nanti hujan. sekarang musim hujan tau kan? kalau tak pun panas. mmg panas tadi, lagi2 kalau korg parking kereta jauh.berlemuih la korg nt..
3. bawak air minuman sendiri.
-air botol dan segala macam air memang byk disediakan, maksud aku, dijual. tapi xpuas lah. kalau cuaca terik mmg tekak kering dan dahaga. so, kalau bawak air sendiri kan lebih jimat!
4. usha harga dahulu.
-kalau korg nak beli ape2 kat sana, jgn terus beli. jalan2 dulu survey harga. mungkin ada gerai yg menawarkan harga lebih murah. kalau rajin buat dua round, 1st round jalan-jalan dan 2nd round, beli-beli.
5. bawak duit secukupnya.
-bawak la duit secukupnya. kat dalam tu memang ada atm machine. tapi org ramai. haruslah beratur panjang untuk mengeluarkan wang.
6. buang segala air besar mahupun kecil.
-tadi aku tengok, ramai org nak masuk toilet. siap beratur lagi, nasib baik pandai beratur nak masuk toilet. aku pon pelek, mereka ni nak pergi MAHA ke nak pergi toilet? tapi kalau dah terpaksa tu nak buat macam mana kan.
7. amek tester.
-ni part yg aku paling suka. mana2 gerai yg ade tester je mesti aku g. macam2 lah dorg bagi untuk kita rasa sendiri. jalan gerai ni makan ini, gerai tu pulak rasa benda lain pulak. best2.
ape lagi eh?
tu je kot, stakat yg aku ingat lah.
kepada mereka yang nak pergi nanti,
semoga tips2 ni berguna kepada anda semua.
dah, babai!