Free Widgets
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

info tentang tulang anda!

hello everybody!
hari ni nak share pasal kesihatan tulang,
boleh?
selalu orang kata,
'jaga kesihatan diri'
betul la kalau korg  semua makan kurang  gula,
kurangkan makanan berlemak, makanan tggi kolesterol tu semua...
betul, xsalah..
tu semua utk mengelakkan penyakit diabetis, sakit jantung etc..
tapi untuk tulang korg?

haa...
baru2 ni yang aku g Columbia Asia,
open day tu,
ade check tulang...
selalu org dok sibuk check gigi, blood pressure etc,
kali ni tulang lak...
penyakit yg korg tau pasal tulang ape?
dah tentulah Osteoporosis kan?
kat tadika pon cikgu dah btau...
Osteoporosis selalunya dikaitkan dgn perempuan,
bila tgk iklan Anlene,
mesti perempuan? hah, dimana lelaki? <---emo tiba2..
iklan tu sbnrnye nak btau yg perempuan yg slalu kena osteoporosis ni..
eh, kau lelaki jangan cepat menarik nafas lega,
sebab lelaki pon boleh kena gak...
yang adik-adik, mak tak pasti nokk.. =)
opss terlebih sudah..


ni borang pemeriksaan tulang aku aritu...


ni fakta yg aku dapat tau,
"statistik menunjukkan bahawa 1 daripada 3wanita,
dan 1 daripada 5 lelaki yang berumur lebih daripada 50
tahun akan mengalami kepatahan tulang pinggul akibat 
Osteoporosis"...
tgk, lelaki pon xterkecuali..
nak ke nanti bila umur korg dah 50++ patah tulang pinggul,
boleh ke bayangkan tulang pinggul korg patah?
kalau xde tulang, mesti lembik2..
ok, jgn bayangkan lebih2...

comparison between normal bone and osteoporosis...


hip fracture...patah tulang pinggul..adoi..



jelas tak pasal kepatahan tulang pinggul ni?


selalu mak, cikgu2 tadika, nenek,
semua bgtau minum susu,
nanti tulang kuat dan sihat...
betul la tu..
ok ada teka-teki,
sape tau dalam badan manusia ada berapa byk tulang?
jawapannya? tunggu di akhir rancangan..

ni ade sket tips utk jaga tulang,
minum susu yg berkalsium tggi
mcm anlene, anmum, sustegen, dutchlady etc,
peringatan!
eh, kalau korg bancuh susu sendiri,
jgn bancuh susu tu dgn air panas mendidih,
aku xingat berapa suhu yg sesuai utk bancuh susu tu,
tp mmg terbukti kalau korg bancuh susu dgn air panas,
mmg mcm xminum susu,
all the nutrients are gone!
nak bancuh susu tu dgn air suam2 kuku la...
ok? ada paham?

satu lagi,
korg ni ade yg kaki botol tak?
kaki botol susu xpe,
ni kaki botol yg minum minuman yg beralkohol tu,
ish3...eh, haram lah!
xelok utk tulang tau tak?
satu lagi yg golongan yg addicted dgn minuman berkafein,
seperti nescafe,
ni pon xbagus utk tulang...
hadkan 1-2 gelas je sehari..
lagi kurang lagi bagus...
ni tak,
pagi sekali, minum pagi sekali,
lunch sekali, minum ptg sekali dinner sekali,
supper sekali..hmmm...
ni pon info yg baru aku tau ari tu..

satu lagi,
amalkan senaman menanggung berat spt,
berlari, jogging, aerobik, poco2,
nak lari berganti-ganti pon boleh..
cop2,
tau nape kena minum susu tak?
sebab susu ade kalsium bukan calsi-yum...
tpi calsi-yum pon boleh...
kalsium amat diperlukan tulang
dalam proses 'pembinaan semula tulang'
haa..
byk dah aku membebel ni..
dah kot...

bone re-modelling process...

ok tu je...
bye korg!
semoga anda mendapat sesuatu drpd entry ni...

p/s: badan manusia terdiri drpd lebih 206 tulang. sayangilah tulang anda! =)

Monday, November 29, 2010

tips untuk ke MAHA 2010

haii..
dah 4 hari tak bersiaran..
so, normal la kalau trafik down...
baru pulang dari xpdc ke gunung brinchang, cameron highlands...
tapi bukan hendak diceritakan sekarang,
kerana gambar2 tiada disisi...
semuanya pada kawan-kawan yang memiliki kamera...
ok, cukup.

ingat lagi entry aku pasal MAHA 2010?
tadi aku pergi lah menziarahi MAEPS tu nak usha2 MAHA 2010...
aku gerak pagi dalam pukul 11...
bagi aku best la jalan2 kat dalam tu...
aku pergi hari ke-4...
maknanye, ade 6 hari lagi...
sape2 yg belum pergi tu, ade mase lagi...

berdasarkan kunjungan aku tadi,
aku nak share beberapa tips kalau korg nak g MAHA 2010 ni...
#entry ni xde gambar sebab xde kamera.

********************************************************************************
1. datang awal.
-kalau boleh korang datang lah awal. sebab xsusah nak carik parking, sebab xjam sangat, sebab masih pagi. tadi aku sampai sana dalam pukul 11. still ok sebab MAHA start pukul 10 pagi.

2. bawak payung.
-sebab nanti hujan. sekarang musim hujan tau kan? kalau tak pun panas. mmg panas tadi, lagi2 kalau korg parking kereta jauh.berlemuih la korg nt..

3. bawak air minuman sendiri.
-air botol dan segala macam air memang byk disediakan, maksud aku, dijual. tapi xpuas lah. kalau cuaca terik mmg tekak kering dan dahaga. so, kalau bawak air sendiri kan lebih jimat!

4. usha harga dahulu.
-kalau korg nak beli ape2 kat sana, jgn terus beli. jalan2 dulu survey harga. mungkin ada gerai yg menawarkan harga lebih murah. kalau rajin buat dua round, 1st round jalan-jalan dan 2nd round, beli-beli.

5. bawak duit secukupnya.
-bawak la duit secukupnya. kat dalam tu memang ada atm machine. tapi org ramai. haruslah beratur panjang untuk mengeluarkan wang.

6. buang segala air besar mahupun kecil.
-tadi aku tengok, ramai org nak masuk toilet. siap beratur lagi, nasib baik pandai beratur nak masuk toilet. aku pon pelek, mereka ni nak pergi MAHA ke nak pergi toilet? tapi kalau dah terpaksa tu nak buat macam mana kan.

7. amek tester.
-ni part yg aku paling suka. mana2 gerai yg ade tester je mesti aku g. macam2 lah dorg bagi untuk kita rasa sendiri. jalan gerai ni makan ini, gerai tu pulak rasa benda lain pulak. best2.

ape lagi eh?
tu je kot, stakat yg aku ingat lah.
kepada mereka yang nak pergi nanti,
semoga tips2 ni berguna kepada anda semua.
dah, babai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...