Free Widgets

Sunday, August 4, 2013

Krabi Trip! Part 3.

assalamualaikum.
ingatkan sempat nak settle kan update pasal Krabi ni dalam bulan Julai je,
tak sempat jugak, terlajak sampai Ogos.
maaflah.

baiklah,
sambung cerita percutian aku untuk hari ke-3.
cadangnya nak buat 4 Island Tour.
tapi, masa atas boat nak pergi Phi Phi Island tour tu,
ada Malaysian kata,
4 Island tour ni tak berapa best.
tak seronok sangat.
diaorang lah yang kata.
dah tu, hari ke-3 kat sini hujan pulak kan.
sampai tengah hari jugak lah.
jadi, kami pun mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti bebas.
nasib baik hujan pun tak lebat sangat.
hotel pun ada swimming pool
tak dapat pergi laut, swimming pun ok.
takpe, ada alasan nak pergi Krabi lagi!

oh ya,
entry kali ni,
macam banyak sikit pasal makanan.
boleh kata macam jalan-jalan cari makan la.
aku pun suka makan,
so, wajiblah cuba makanan kat sini.


waktu lunch ktorang nak try street food pulak kali ni,
kena pilih jugak lah gerai-gerai yang halal ni,
daripada pemerhatian aku,
mostly, gerai-gerai tu halal.
masa ni jugak kitorang nak cuba fresh fruit juice kat sini.
sedap! harga dalam 2-4 Baht je.
depends kepada jenis juice yang korang nak.
masa lunch kitorang order Green Curry Fried Rice, Phad Thai, Nasi Goreng Gajus dan jus buah buah tadi.

lepas tu, kitorang balik ke hotel semula.
malam tu kitorang keluar lagi,
untuk dinner dan shopping kali terakhir kat Ao Nang Centre.
kitorang sebenarnya dah mengidam nak dinner kat satu retoren ni.
since baca blog OdItuSufi,
Restoren Chaba Thai tu best.
so, daripada hari pertama kitorang kat Krabi carik restoren ni.
tak jumpa-jumpa.
sebab masa baca blog Od tu,
dia kata, Chaba Thai ni dekat je dengan Hotel.
jalan kaki sikit dah sampai.
tu yang kitorang pelik tu.
apsal tak jumpa jumpa kan?
nak dijadikan cerita,
malam tu hujan gerimis sikit.
kitorang pun decide nak naik Tuk Tuk.
bila orang bawak Tuk Tuk tu tanya,
nak pergi dinner ke?
iyelah, takkan nak breakfast pulak kan malam-malam ni?
ok, lawak hambar.
pastu, dia pun cakap nak bawak kat restoren yang halal dab sedap.
kitorang pun setuju.
sekali sampai, 
eh! eh! Restoren Chaba Thai!
agak jauh jugak lah kalau nak jalan kaki dari hotel.
aku mula sangsi dengan info dari Blog Od.
girangnya hati tidak terperi.
dapat makan kat restoren yang sedap katanya.
jadi, masa nak order tu,
tanya dengan pelayan tu.
dia boleh cakap melayu.
orang Langkawi.
tanya lah kenapa macam jauh je restoren ni.
sebab ada baca, tak jauh daripada hotel.
pastu, dia jwablah.
restoren ni baru je pindah.
semua pun Ooooo..
ok, dah tak sangsi dengan info daripada Blog Od tu.
hahahaha.

makanan kat restoren ni sangat sedap!
authentic!
harga xde lah murah, standard la.
sepadan lah dengan makanan dia.
memang berbaloi.
highly recommended!

dah siap makan tu,
kitorang pergi beli dulu barang yang tak dapat lagi,
pastu pergi berurut!
yeay!
kitorang cuba Thai Massage.
200 Baht untuk sejam.
not bad la dia urut.
takde lah sakit sangat.
aku risau jugak nak berurut ni.
takut lain yang jadi.
tapi, ok je.
tak payah nak tanggal baju ke, seluar ke.
apa yang kau pakai itu lah pakaian masa kena urut.
jadi, jangan lah kau beriya nak bukak baju ke, apa ke.
relax sudehh.

dah siap berurut,
hari pun dah tengah malam.
balik hotel tidur.
selamat malam.
esoknya dah nak balik Malaysia.
itulah serba sedikit cerita hari ke-3 di Krabi.


swimming sebentar.

macam tourist tak? hahaha. nak order fruit juice ni.

lunch kat atas pondok buluh lagi kau..

ini adalah Phad Thai.

ini pula adalah Green Curry Fried Rice.

ini aku tak tau motif posing sebegini rupa.

ni sebelah hotel kitorang. macam ada restoren eksklusif. 
amek gambar kat pintu masuk je lah.

ini lah Restoren Chaba Thai.

ok jugak lah suasana dalam restoren ni.

ni tomyam yang ada santan. aku tak ingat nama Siam dia apa.

ni sotong masak garlic kot.

Chicken Green Curry.

ni tomyam putih.

ini Som Tam.

ini gambar kitorang kat depan Chaba Thai.

ni gambar kenangan dengan makcik jual souvenir. dia nak pau kitorang,
pastu, kitorang pau dia balik! hahahaha. 

itu sahaja.
nantikan the last part.
Part 4!
akan datang.

3 comments:

Unknown said...

Ah tengok gamba makanan membuatkan aku lapar. Phad Thai tu dari ape? lain eh dari somtam

ILYANA IDURA said...

Tom yam y xingt nama tu..xsilap Tom Kha namenyek

::dAuZsHaNLeY:: said...

nana adlina: Phad Thai tu macam kuey teow. sedap. memang lain lah dari somtam. somtam kan mcam kerabu. sedap weh, makanan2 kat sana.

ILYANA IDURA: haaa. betul lah tu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...