Free Widgets
Showing posts with label pedoman.. Show all posts
Showing posts with label pedoman.. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri.

assalamualaikum,
entry kali ni aku nak share satu artikel yang aku baca
dalam majalah Solusi bulan Mac.
tentang 10 golongan yang menzalimi diri sendiri.

1. apabila berdoa, tidak mendoakan orang lain.
2. tidak membaca al-Quran.
3. apabila masuk ke dalam masjid, tidak menunaikan solat tahiyatul masjid.
4. tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika melalui kawasan perkuburan.
5. tidak menunaikan solat jumaat apabila tiba di sesuatu tempat.
6. tidak mahu menuntut ilmu apabila orang alim datang ke tempatnya.
7. tidak bertanya nama seseorang ketika bertemu.
8. tidak memenuhi undangan apabila dijemput menghadiri kenduri.
9. pemuda ynag tidak mahu bekerja dan belajar.
10. makan sehingga kenyang, tetapi membiarkan jiran kelaparan.

antara 10 perkara ni,
ada la jugak yg aku tak aplikasi kan.
kadang-kadang, benda tu simple je,
tapi tak buat.
but, i'm trying to improve myself.
to be a better muslim.

kalau anda semua ada yang kurang jelas antara kesepuluh perkara diatas,
molek lah kira nya, jika anda berjumpa dan bertanyakan hal tersebut dengan orang yang bijak pandai mengenai hal-hal agama.
gituu.. :)

just sharing.


like kalau suka. :)

Saturday, February 4, 2012

What A Great Story : Hafalan Shalat Delisa

assalamualaikum..
aku baru je habis tenok cter Hafalan Shalat Delisa..
yup, indonesian movie,
mula2 ternampak link kat fb,
pastu try lah tgk sket awal tu,
youtube lembab,
lantas aku men-download-nya..
mungkin korg sudah pon menonton cerita ni,
mungkin ada yang belum,
ah, tak kira,
nak share jugak.

sgt2 tersentuh tgk cter ni,
i don't know how to describe,
penuh pengajaran dan iktibar.
sgt insaf..
nah trailer kat bawah ni,



yes, i'm touched..
thats all,
till the next post,
bye..

p/s: apesal aku tgk abi Delisa macam Remy Ishak?


like kalau suka! =)

Sunday, August 22, 2010

berbuka puasa bersama warga OKU

salam semua...
agak lama gak xupdate blog ni...
byk benda nk cter sebenarnye...
tapi mggu lepas byk test kan...
so kne concentrate sket lahh...

ok2...
straight to the point...
korg pernah tak berbuka puasa dengan warga OKU?
sape pernah?
semalam aku sempat join program berbuka puasa
bersama anak2 OKU kat Kajang...
program anjuran sekretariat kerohanian & perpaduan kolej aku...

sampai2 je kami disambut mesra dgn kanak-kanak  OKU...
sebenarnya,
bukan semua penghuni rumah tu kanak-kanak...
yang umur belasan tahun pon ade...
kami masuk je dari pintu pagar,
dorg lambai tgn sambil menjerit 'haai...'
macam dah lama kenal...
pastu dorg salam,
siap muah2 cam org pompuan slalu buat bila jumpa...
alaa,
yg gesel2 pipi tu...
u get what i mean?
hahahaa...
mesra kan?
bila dorg sambut kedatangan kami tu,
aku dapat rasa yg dorg sgt happy...
senyum je....

rumah ni mcm nursery laa...
parents yg ada anak istimewa ni hantar anak2 dorg kat sini...
bila balik kerja dorg dtg amk...
satu lagi,
rumah ni campur2...
ade cina, india, ngn melayu...
dan dorg semua pon mesra antara satu sama lain...
happy je tgk dorg cam adek beradik..

majlis berbuka puasa ni ktorg mulakan dgn aktiviti sket,
bagi dorg lukis2...
macam2 la yg dorg lukis...
teringat zaman2 tadika dulu...
nak dekat buka tu,
lagi ramai kanak-kanak OKU ni dtg...
dorg datang ngn parents dorg...
parents dorg pon join skali majlis ni...
rasa terharu jgk la dpt support drpd parents dorg ni...

ni pengalaman baru gak utk aku...
1st time dapat buka dgn anak-anak istimewa ni...
macam sebelum2 ni aku pernah berbuka puasa kat rumah anak-anak yatim...
memang 2 situasi/keadaan yang berbeza laa...
bila tgk dorg ni,
rasa insaf laa...
bersyukur atas apa yg ada,
dan simpati dgn nasib dorg...

kami sempat menunaikan solat tarawikh kat rumah tu...
lepas habis semua tu,
baru kami berangkat pulang ke UPM...
ok lah...
jom tgk gambar2 yg sempat aku snap...
byk lagi sebenarnye,
tapi kat kamera org lain....

ceria je dorg ni bergurau senda...

sampai2 je kami amk gmbr dulu...aku yg snap gmbr ni...
so xde la aku kat dalam tu...



mereka start melukis...

time melukis...

dah lukis, letak gam, pastu tabur kacang2 tu...

peace...

bergambar dgn cikgu2 dorg...


majlis perasmian yg simple...


itu saja....
daaa...

Tuesday, April 20, 2010

tips berguna untuk semua~


korg pernah dgr x kes pukau- memukau ni??
bukan 'memukau' yg itu aku maksudkan...
pukau disini adalah salah satu amalan sihir...
yup,
bukan zaman dulu2 je ada pukau2 ni...
skng pon masih wujud...
mungkin lebih advanced!

nk cerita pengalaman, mmg xde *mintak jauh lah...
saje nk share ngn korg semua beberapa tips utk mengatasi masalah ini....
td aku tgk 1 program kat tv...
topik dia pukau di zaman moden...
sebenarnya pukau ni ada byk kategori...
ade yg pukau utk beberapa minit, ada yg memakan masa yg agak lama...
biasa yg kte dgr mengenai kes pukau ni,
masa kat parking lot,
atau pun dia pakai angin ataupun asap...*sgt bahaya...
aku pon baru tau,
pukau ni jgk boleh berpanjangan...
mcm2 masalh boleh timbul berpunca drpd pukau ni...

ok,
tips pertama...
baca ayat ke-17 surah al a'raf...
ayat ni melindung kte drpd terkena pukau...
mungkin sebelum keluar rumah,
boleh la dibaca ayat tu....

tips kedua,
utk menyedarkan org drpd pukau,
pakai limau kasturi....
ada 1 cerita ustaz tu ckp,
dia ni dah kena pukau dari kat bank lagi...
dia xsedar sampai kat rumah utk amk buku bank...
dia ni mmg minat mkn laksa...
masa tu isteri dia ajak makan laksa...
tp dia xnk,
isteri dia pelik sbb suami dia xpernah menolak makan laksa...
pastu, isteri dia tarik laki tu duduk makan kat meja...
tau kan, laksa kan ada sket2 limau kasturi...
bila bau limau tu je,
laki tu tersedar..
dan bertanya kenapa dia pegang buku bank tu...
ustaz tu bgtau jgk,
selain limau kasturi tu,
boleh jugak pakai minyak kasturi putih yg ada kat pasaran...
kaedah pemakaian nye,
sapu kat pergelangan tgn, kat nadi tu...
pastu gosok...
then sapu kat bulu kening kita...
insyaallah...

so dgn beberapa tips yg dikongsikan td
dpt memberi sedikit manfaat kat korg sume...
renung2kan & selamat beramal~~

Friday, April 2, 2010

dia telah pergi, pergi selamanya...


assalamualaikum...
siapa xkenal din beramboi kan??
setiap pagi menceriakan warga malaysia
di riuh pagi era...
sebenarnya,
kelmarin,
terkejut juga bila baca paper,
kata din beramboi koma
disebabkan kena jangkitan bakteria kencing tikus...
berada dalam keadaan kritikal,
dan semalam,
baca paper lagi,
beliau berada di ICU bukan kerana terkena jangkitan tu,
tapi,
demam denggi berdarah....

pagi tadi,
on da way balik rumah...
dgr radio,
terkejut sekali lagi bila dgr din beramboi dah xde...
rasa mcm xpercaya...
sebab aku terfikir,
pas ni da xde la 'drama sebabak' dan 'sewancara' kat era lagi...
2 segmen ni mmg selalu wat aku tergelak...
sebab lawak din beramboi yg selamba....
pagi td jugak,
hampir semua stesen radio kat malaysia ni
bercakap pasal arwah din beramboi,
iaitu hot fm, suria fm dan semestinya radio era tempat din beramboi bekerja...
ada pendengar radio tersebut berkata,
"ni sebenarnya satu peringatan apabila kita bersuka, bergembira, kita juga perlu beringat sebab Tuhan boleh ambil kita bila2 masa shj..."

apa2 pon marilah kita menyedekahkan al-fatihah kpd roh nya...
al-fatihah...




this pic taken from here...

Sunday, March 28, 2010

kisah seorang rakan


okehh...
jom tuka mood kepada mood serius...
ye, serius!
how to start?
erm...

ini adalah kisah benar drpd pengalaman kawan aku sndri...
ade satu slot,
dimana luahan rasa berlaku...
dan dia meluahkan apa yg dia rasai/deritai selama ini...
cerita nya bermula....

dia ni kehilangan kasih sayang seorang bapa
kerana,
dia xdpt straight A dlm UPSR...
dia hanya dapat 4A1B,
ye  4A1B...
bapak dia sgt2 marah sebab dia xdpt straight A mcm adik beradik dia yg lain...
bapak dia sgt2 marah kan dia sampai xmengaku bahawa dia adalah anak dia...
sampai keluar dialog,
"anak ayah xbodoh..."
"kau bukan anak ayah..."
dan dia ni jugak dipinggirkan...
selama 7 tahun dia xbertegur sapa dgn ayah dia...
bayangkan...
setiap kali raya,
ayah dia belikan baju raya ntok semua anak2nya...
da bila si dia tanya mana baju dia,
ayah nya jawab,
"kau anak aku ke?"
"anak aku semua pandai...."
dan bila ayah dia tahu yg masakan tu si dia yg masak,
ayah dia xkan makan...
dia juga bercerita,
sepanjang 7 tahun tersebut,
bahasa yg digunakan antara dia dan ayah nya
hanyalah 'kau' dan 'aku'....
ibunya juga tidak boleh berbuat apa2 kerana menurut arahan suami...
begitu juga dgn adik beradik yg lain...
smpai kan bila ada diantara adik beradik dia yg ingin membantunya,
si ayah berkata,
"kau pon xnk jd anak ayah ke?"
"kalau ayah boleh buat kat dia,
kat kau pon ayah boleh buat..."
sejak drpd peristiwa yg 'mengecewakan' si ayah,
si ayah tidak memberi batuan kewangan kpd si dia...
bila si dia nk sambung belajar pun,
si ayah x mengeluarkan 1 sen pon...
hanya menggunakan duit drpd ibunya
yg di beri secara sorok2...
dia juga bercerita,
maki hamun tu sudah biasa antara dirinya dan ayah...
si dia pernah meluahkan isi hati nya kpd ayahnya,
ttp, tiada kesan positif...
senang cerita dia ni selalu dipersalahkan,
xde yg betul, semuanya salah...
dia juga memberitahu,
ketika dia sedang sakit,
si ayah berkata,
"kau jangan la nk carik perhatian,
jgn la nk berpura2 sakit..."
padahal si dia mmg betul2 sakit...
dia juga memberitahu,
kalau adik beradik yg lain pening kepala sikit pun,
dah sibuk nk bawak pergi klinik...
dia yg sakit nk mati pon si ayah boleh kata sebegitu...
dia di rumah mmg terasing...
terkurung dalam bilik...
sebab kalau keluar pon asyek menyakitkan hati je...
dan bila dia ingin menyambung pelajarannya,
si ayah berkata,
"kau tu bodoh,
kenapa nk sambung belajar lagi?"
dan dia nekad utk terus menyambung pelajaran nya...(diploma)
tanpa bantuan seorang ayah...
sepanjang 7 tahun tu juga la dia sgt2 down...
bila tiba hari konvokesyen,
dia serba salah ingin memberitahu dan menjemput ayahnya hadir ke majlis itu...
akhirnya si ayah datang...
pada saat itu lah dia sgt2 terharu kerana ayahnya berkata,
"ayah bangga dengan anak ayah..."
bercucuran air mata mengalir....
pada saat itu juga lah saat yg paling gembira buatnya setelah 7 thn menderita....
pada saat itu juga lah panggilan 'ayah' itu bermain semula di bibir si dia..

walaupun hubungan dia dan ayah sudah terjalin semula,
dia berkata, hubungan itu tidaklah serapat yg dulu...
walaupun deritanya sudah berakhir,
namun sejujurnya dia masih berdendam dgn si ayah...
dia juga mengaku dan tahu itu adalah dosa disisi agama,
dan memang itu yg dia rasakan...
hatinya begitu terkesan dgn perbuatan ayahnya,
dan sampai sekarang dia tidak boleh memaafkan ayahnya...
rakan2 dia ada juga menasihati supaya melupakan shj kisah tersebut,
ttp mereka tidak merasai apa kesengsaraan yg dia alami...
sampaikan suatu ketika,
selepas solat dia berdoa kepada Allah,
"Ya Allah, Kau ambil lah nyawa ayahku..."
dan kebetulan, ayahnya terdengar dan menangis...
dia bertanya kpd ayahnya....
"kenapa ayah menangis?"
diam shj jawapannya...

lihatlah,
sampai begitu sekali kesan atas perbuatan ayah itu tadi...
bagi aku,
mmg perit dan sedih kisah ni...
aku yg mendengar sendiri luahan hati dia,
bagaikan hendak menangis...
tujuan aku bercerita mengenai kisah ini,
bukan lah hendak membuka pekung sesiapa...
apatah lagi utk mengaibkan...
hanyalah utk dijadikan pedoman dan iktibar utk kita semua...
semoga cerita ini dpt dijadikan tauladan dan jgn lah mengulangi kesilapan yg sama...

Friday, March 26, 2010

earth hour


earth hour??
aku start tau pasal benda ni sejak tahun lepas...
time kat matrik dulu...
kena tutup lampu 1 jam...
somebody cakap,
poyo la wat keje ni...
poyo ke??
seronok laa...
bergelap selama sejam...
mmg...
setakat tutup lampu ni xbyk yg boleh mengubah keadaan bumi kte ni...
tp sekurang-kurangnya kte menyumbang sedikit...
kan??
better than nothing...
so,
marilah kite beramai2 melaksanakan program
hari bumi sedunia
pada 27/3/10 ni...
padamkan kan lampu anda!
sejam je pon...

Monday, February 1, 2010

-al fatihah-


entry baru untuk bulan baru...
di mulakan dgn cerita sedih...
pemergian sepupu ku...
mustafa kamal mohd hashim,
kemalangan jalan raya yg agak ngeri...
kembali ke rahmatullah pada,
29 januari 2010...
al-fatihah...

Thursday, December 24, 2009

a story behind...


assalamualaikum...
td,
on9 kat fb...
then ade la terbaca satu blog yg drekemenkan oleh kwn aku...
blog ni ade kena mengena dgn agama...
iaitu Islam dan juga Kristian....
selalu la kita dgr org asyik memperkatakan pasal isu ni...
td aku baru la baca 1 artikel ni....
panjang xberagak...
cter nye menarik*bg aku laa...
membuat kan kte utk merenung & berfikir...
ni baru je satu artikel yg aku bace...
de byk lagi sbnrnya...
tp aku tak explore lagi laaa....
saje nk share ngn korg semua...
bak kata penulis blog ni,

"Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam."


kalau korg nk baca,
klik sini-------> free our mind


renung2kan dan selamat beramal....=)





Thursday, December 17, 2009

+salam maal hijrah 1431+

salam Maal Hijrah 1431...
dari 1430..
sekarang dah 1431...
bertambah lagi angka nya...
semoga hari-hari mendatang,
membawa keberkatan kepada anda semua...
semoga dirahmati & diredhai Illahi...
ameenn...
sama2 lah kita 
baca doa akhir tahun& awal tahun 
sebelum & selepas maghrib nnti..
insyaallah...


kat bawah ni ade lirik lagu...
penyanyi & tajuk lagu...
carik sendiri...
nk insaf2 kan diri..
layan jea laa...=)



Kau datang ketika duka

Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..
Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..
Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam

Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...