Free Widgets

Sunday, November 4, 2012

3 Lelaki Sesat di Pavilion, Kuala Lumpur.

assalamualaikum.
selasa lepas,
aku dan dua orang lagi kawan aku pergi ke pudu sentral,
nak beli tiket ke penang untuk
percutian 3 hari 2 malam kami pada cuti mid sem akan datang ni,
lepas beli tiket,
"jom pergi pavilion?"
tiba tiba..
memandangkan tiada antara kami yg pernah menjejakkan kaki ke sana,
maka,
bermula lah eksplorasi kami bertiga ke Pavilion.
memandangkan kami bertiga adalah teruna- teruna desa.
eksplorasi ke pavilion ini seolah-olah bertukar menjadi explorace.
sebab, malu bertanya, sesat jalan.
jadi kami pun tanpa segan silu menggunakan khidmat
orang awam disekeliling kami untuk bertanya.
akhirnya GPS hp yang membantu,
jadi kami ni tidak lah se-desa yang anda sangkakan.
*bukti pertama kami bukan desa.

sesampai kami di stesen monorel bukit bintang,
*bukti kedua.
terus masuk ke dalam satu bangunan yang kami sendiri tidak pasti nama bangunan tersebut.
memandangkan hari hujan lebat, kami terus merayau didalam bangunan tersebut,
misi, masih mencari dimana letaknya Pavilion.
akhirnya kami terjumpa gedung pakaian H&M
aku ada juga terbaca mengenai H&M ni.
baru dibuka di Malaysia katanya.
jadi kami pun masuk ke dalam gedung pakaian itu.
setelah beberapa ketika,
kami menjenguk ke luar,
namun hujan masih belum reda.
kami terus menunggu sehingga hujan sedikit reda.

kami meneruskan perjalanan ke Pavilion,
yang terletak tidak jauh daripada bangunan tadi.
dalam keadaan hujan renyai-renyai,
kami memulakan aktiviti bergambar di hadapan pintu masuk Pavilion
untuk dijadikan bukti bahawa kami telah menjejakkan kaki ke Pavilion.
selepas itu, kami terus masuk dan menikmati sendiri pemandangan butik-butik mewah.
beratus jenama, beribu gaya.
iklan Zalora pulak.
setelah puas berjalan-jalan,
kami pun pulang ke kolej.
kesimpulannya,
kami telah pun menjejakkan kaki ke Pavilion.
ini adalah bukti ketiga kami bukan lagi teruna desa.
disini saya sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan.




tourist sangat.

H&M 

Bruno Mars live in KL. katanyee.

nak jugak.

sama tak dengan yang belakang tu?


Penang Next Top Model (PNTM).

thats it. Pavilion yaww!

bersama Bruno Mars.

Jimmy Choo.

bersama PNTM.
keesokkannya,
kami mendapat tahu,
bangunan yg kami mula-mula masuk itu adalah
Lot 10!
ok bye.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...