Free Widgets

Sunday, November 25, 2012

Penang, What a Wonderful Trip!

assalamualaikum.
cuti mid sem hari tu,
aku meluangkan masa bercuti bersama kawan-kawan.
alhamdulillah,
plan ktorg berjalan lancar.
kami pergi bercuti ke Pulau Pinang.
rumah mamu,
kat bawah ni ada gambar dia,
kalau ada yg berminat boleh download gambar beliau dari blog ni..
hehehe.. *matilaa...

aku pun dah lama tak pergi penang,
since zaman matrik dulu lah kot..
untuk trip kali ni,
ktorg menginap di home stay,
area Teluk Bahang,
dekat sangat dengan Taman Negara Pulau Pinang.
home stay yg sangat sempoi,
group ktorg je yg local,
penghuni bilik lain semua foreigner.

banyak jugak tempat yg ktorg pergi,
nak cerita satu-satu,
jadi novel pulak kan,
nak tulis panjang-panjang..
antara tempat yang mamu bawak ktorg jalan-jalan,
taman botani penang, gurney drive, taman rimba, taman negara,
empangan teluk bahang, komtar, pasar chowrasta, tropical fruit farm etc.

oh ya,
ktorg pergi dan balik dgn menaiki bas.
masa pergi tu alhamdulillah,
sampai awal drpd yg dijangka,
masa balik tu yg tak tahan.
macam macam dugaan,
bas tukar tiga kali,
pastu habis bateri pulak,
lepas tu, 
ada pulak beg jatuh dari bas,
polis kejar bas nak bagi balik beg tu,
nak pulak tuan beg tu si KA,
Nasib baik dapat balik beg ko..
kalau tak...

rasanya,
mari kita berpegang pada peribahasa orang putih,
a picture tells a thousand words.
kira kat bawah ni ada berapa byk gambar,
pastu kira berapa words jumlahkan,
rasanya korg faham tak apa yg aku cuba sampaikan ni?
aku malas nak type dah ni,
tengok gambar je lah ye.
*rasanya ni la entry paling banyak gambar.



Pudu Sentral.


cuba untuk bergaya ala-ala Kpop. cuba lihat seluar senteng tu..
tapi muka kami ibarat jauh panggang dari api dengan korean people.


tiba di jetty.

diatas ferry.

ini restoren Nasi Kandar Line Clear, kami datang awal sgt,
kedai tak ready lagi.. pastu, mamak tu ajak bergambar..

ni la homestay yg ktorg menginap.

Laksa penang home made. mak mamu yg masak. terbaik!

pastu, durian time!

tggu bas nak amek motor sewa.. kalau naik kereta, 
percutian ni macam bercuti dalam kereta, sebab penang jam!

Hard Rock Penang!

ni la KA, yang beg dia terjatuh dari bas tu,
tragis kan? kalau nak download gambar dia ni pun boleh.. peace!

yang ni pulak aizat.. hot stuff jugak ni... psssstt.. panassss..
*jangan marah aizat..

ini la mamu a.k.a faiz.. 

ini pulak, makcik.. makcik is her middle name. 
hahaha.. ada sape2 berminat? sila pm.

ini lah aku.. konon2 check in kat hard rock.

main entrance. nice.

pantai belakang hard rock.

lepas mandi sungai kat Taman Rimba..

pekena tropical fruit ABC kat Tropical Fruit Farm..

super nice!

dah settle makan.

ini bukan penampilan terbaru aku, takut pulak nanti org kata aku dah berhijab,
ni sebab panas sangat masa kat taman negara.. mana taknya, mandi laut tengah-tengah hari..
panas gila.

lepas mandi laut, lunch kat rumah mamu.. marvelous.

pastu, pergi chowrasta cari jeruk.

nampak tak komtar belakang tu?

fokus gambar ini adalah tulisan 'komtar' kat belakang tu,
sila abaikan fokus sedia ada itu..  :)

stripes!

bergambar sebelum memulangkan motor..


bergambar bersama mak mamu..

 
batu fernggi.


maka berakhirlah percutian selama 3hari 2malam kami..
*ada sape2 nak taja percutian kami tak lepas ni?
cc: air asia, fire fly & mas.


sila like kalau suka! :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...