Free Widgets
Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Review Filem Seram The Conjuring.

assalamualaikum.
hari ni nak review sikit pasal filem seram The Conjuring.
sebenarnya, aku tak tau pun kewujudan cerita ni,
dengar kecoh kecoh kat twitter je,
dorang dok cakap filem The Conjuring ni best, seram, etc.
lima enam orang jugak lah.
aku ni boleh dikatakan penggemar filem seram.
selalunya, yang betul-betul seram filem Thailand.
tapi The Conjuring ni filem US.
daripada testimoni yang hangat diperkatakan kat twitter.
aku pun terpanggil dan macam teruja lah untuk pergi menontonnya.

apa yang aku tahu,
filem The Conjuring ni adaptasi daripada kisah benar.
sepasang suami isteri yang merupakan penyiasat aktiviti paranormal.
cuba untuk membantu sebuah keluarga daripada gangguan roh/ benda-benda jahat.

bagi aku lah kan,
cerita ni best sebab jalan cerita dia aku faham.
kadang-kadang cerita seram orang putih ni macam plot dia terabur.
permulaan dia macam slow sikit.
tapi takde lah lama sangat slow tu.
biasalah intro, mestilah lek-lek sap kok lu,
ni kau nak start start je,
terus keluar hantu sampai habis,
tak best jugak kan?
sekejap je slow tu.
lepas tu, kau dah tak duduk diam dah.
haaa, nak hantu sangat!
jalan cerita dia buat aku tertanya-tanya.
kenapa macam tu, siapa dia.
macam misteri-misteri sikit.
lagi satu, part yang terkejut-terkejut.
best jugak part ni.
tiba-tiba je. keluar muka hantu tu.
ada jugak action sikit dalam filem ni.
macam rambut dia kena tarik dengan hantu,
dan kena hempas ke dinding.
tapi hantu tu invisible.
ada satu scene yang dalam ruangan bawah tanah banglo tu pun best,
termasuk juga scene upacara menghalau hantu yang merasuk.
nak cerita lebih-lebih pun tak best.
kalau korang rasa nak tonton filem seram,
aku recommend filem The Conjuring ni.
highly recommended!

tadi aku ada terbaca,
pengarah filem The Conjuring ni, James Wan,
lahir kat Malaysia.
kat Sarawak.
serius, aku baru tahu!
baru nak bangga,
tapi dia dibesarkan di Australia.
dah jadi warganegara sana pun, dengarnya lah.



salah satu scene yang best.

yang ni pun.

ini lah James Wan. The Director.

James Wan dengan pelakon.
#sumber gambar: Google.



lepas tengok filem ni,
aku bagi 4/5.
selamat menonton!
 
like kalau suka!  :)

Friday, June 14, 2013

Pee Mak 2013 Review. Komedi Seram Yang Sangat Lawak!

assalamualaikum,
lately, kerap jugak lah aku tengok wayang,
KIL & Now You See Me.
dua-dua best!
semalam tengok cerita Thailand,
Pee Mak.
sebut betul-betul jangan salah sebut,
nanti orang kata kau mencarut.
hahahaha..

cerita ni adaptasi filem seram Mae Nak,
dia dah komedikan gila-gila punya.
gelak sampai menangis teresak-esak aku dalam panggung semalam,
bukan aku sorang je, satu panggung gelak!
tengok muka pelakon-pelakon tu je kau dah tergelak.
elemen seram dia takde lah banyak sangat,
ada lah terkejut-kejut sikit.
kalau takde seram,
takde lah genre filem ni komedi seram kan.
pastu, ada jugak lah scene yang macam sweet sweet sikit.
cinta suami kat isteri dia walaupun isteri dia dah jadi hantu.
nak cerita panjang pun,
tak syok lah kan,
nak tau lagi, pergi tengok sendiri!

lepas tengok cerita ni,
aku memang puas hati sangat!
gelak je dalam panggung.
kepada sesiapa yang tak tahu nak tengok cerita apa kat panggung tu,
cuba lah tengok cerita Pee Mak ni,
confirm, puas hati!









like kalau suka! :)

Wednesday, May 22, 2013

Short Film 'Passport Ekspress'. Best!

assalamualaikum.
hari tu aku ada tengok satu short film ni,
bertajuk 'Passport Ekspress'.
arahan Rewan Ishak.
cerita ni tak panjang, dalam 18 minit je.
lepas tengok je, aku terus suka cerita ni.
jalan cerita dia simple tapi bermesej.
masa tengok cerita ni,
siap boleh senyum sorang-sorang lagi.

selain aku suka plot cerita ni,
aku suka jugak lagu-lagu yang diselitkan dalam cerita ni.
macam lagu Ahmad Jais dan SM Salim.
walaupun aku ni bukan lah peminat no.1 mereka berdua,
tetapi lagu-lagu ni buat aku rasa relax and chill je tengok cerita Passport Ekspress ni.

aku rasa cerita ni agak sesuai kalau dipertontonkan kepada murid-murid masa hari guru.
tak pun untuk promosi pelancongan negeri Perlis.
atau pun, untuk mengenang sasterawan negara Usman Awang.
sebab apa?
sebab, satu watak dalam cerita ni adalah seorang guru,
yang cuba memartabatkan bahasa kebangsaan.
dan rasanya keseluruhan latar tempat cerita ni, shooting area Perlis.
banyak tempat-tempat menarik sekitar Perlis yang dapat ditonton dalam cerita ni.

bagi aku cerita ni banyak mesej yang ingin disampaikan,
tetapi dalam bentuk yang ringan.
dan aku replay tengok cerita ni banyak kali dan tak bosan.
so, kalau ada yang tak tahu nak tengok cerita apa kat youtube tu,
cubalah menonton filem pendek arahan Rewan Ishak ni.

oh ya,
aku dapat tahu cerita ni pun daripada kawan social network aku, Aya.
sebab masa aku tweet, cakap nak tengok filem KIL.
then dia suggest aku tengok filem pendek ni.
rupanya pengarah filem pendek ni adalah orang yang sama yang mengarah filem KIL.
Rewan Ishak.
rasa tak sabar nak tonton filem KIL yang bakal ditayangkan di pawagam pada 30 Mei 2013 nanti.


pelakon Passport Ekspress.



"Hidup bukan untuk derita, derita bukan selamanya.."


like kalau suka!  :)

Monday, February 11, 2013

Flower Boy Next Door, Another K-Drama.

assalamualaikum,
lama dah rasanya aku tak layan drama korea,
masa cuti ni, aku dah kehabisan stock movie,
so, tak tau nak download cter apa dah.
sekali ternampak lah satu k-drama ni,
bertajuk, 'Flower Boy Next Door'..
aku pun saje2 lah usha2, best ke tak cter ni,
kata hati berkata, 
"try download satu episod dulu.."
lantas, aku pun men-download-nya.

bila dah tengok satu episod,
oh, layan pulak.
sebab dia ada komedi2 sket,
so, xde lah boring.
kini, aku sudah pun menonton sehingga ep 10.
masih menunggu utk download smpai episod last.
tak silap, 16 episod kot.

kalau nak ditanyakan pelakon2 dia,
memang aku tak kenal lah,
aku tau tengok je.
tidak seperti kawan-kawan aku yg expert pasal arits korea ni,
semua dorg kenal,
tapi, yg aku noticed,
heroin dia ada pernah berlakon dalam cter
'You're Beatiful'..
mungkin korg dah advanced lagi drpd aku,
buat korg yg xtau nak layan k-drama apa,
you should watch this.
sape2 yg nak download tu,
try kat (sini)




pelakon FBND. kenal ke?

hero & heroin.

:)


like kalau suka! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...