Free Widgets

Tuesday, December 7, 2010

oreo cheese cake! nak resepi?

hai...
new update today~
hari ni lepas aku baca satu blog,
(blog sherah)
entry pasal oreo cheese cake...
tgk dia buat oreo cheese cake tu tempting sgt!
dan nafsu makan aku pon terangsang lah...
nak mintak, kompem xdpt,
nak beli, xpuas..
so, aku pon mengambil langkah drastik untuk
membuat nye sendiri.
yeah, gigih aku mencari bahan2 utk wat kek ni...
xpernah- pernah aku wat kek yg canggih darisegi nama nya,
ye lah,
oreo cheese cake,
sounds complicated...
xde la complicated pon simple je...
campak2 dalam mangkuk, sejuk kan,
dah siap!

ok cukup membebel,
jom kte tgk bahan-bahan nya...

80ml fresh milk
50g butter
250g cream cheese
100ml whipping cream
1 table spoon gula perang/merah
1 table spoon gelatine + 40ml air panas
1/2 cawan gula
2 paket oreo

itu je bahan-bahan nya...
nak senang,
kte bahagikan bahan2 tu kpd dua bahagian,

bahagian A

2 paket oreo
1 table spoon gula merah/perang
50g butter

ok pertama skali kita harus membina bahagian bawah kek ni,
dia punya crust,
kita pakai oreo,
pakai semua nya dan tinggal kan lebih kurang 7-8 keping je...
tapi kena asingkan cream oreo tu dulu...

nak pakai yg hitam ni dulu...yg krim putih tu pakai utk bahagian lain..

krim putih tuu...


lepas dah asingkan,
korg hancur2kan biskut tu sampai hancur...
pakai tangan sudehh...
nak pulak korg pakai lesung batu
ataupon blender nk hancur kan biskut ni?
terserah anda...
macam ni tau!

haa..henyak2 lah biskut tu sampai jadi cam serbuk...

bilaa dah hancur camtu,
korg masukkan lah 50g butter td...
make sure butter korg tu lembut lah,
xperlu dicairkan, cukup untuk memudahkan 
korg nak gaulkan dengan biskut tuu...
dah rata, sebati...
masukkan pulak satu sudu gula perang/merah...
gaul lagi sampai lah sebati ye...
dah siap dah 'tapak' kek ni...
oh ye, masukkan ke dalam peti sejuk selama sejam.


dah siap, masukkan dalam peti sejuk..


then, we move to next part of the cake,

bahagian B

250g cream cheese
80ml fresh milk
1/2 cawan gula
100ml whipping cream
krim oreo yg dah dipisahkan

get it?
ok now,
masukkan cream cheese tu ke dalam bekas,
lenyek2 dulu cheese tu,
pastu masukkan 80ml fresh milk tu,
gaul sebati,
pastu masukkan 1/2 cawan gula,
gaul lagi...
masukkan 100ml whipping cream,
gaul lagi,
masukkan 1 sudu gelatin yg dah dibancuh dengan 40ml air panas.
make sure gelatin tu betul2 larut ye...
masukkan krim oreo yg dah diasingkan td tu...
tak nak ada ketul2 yea...
eh, eh..
lupa pulak,
ingat tak balance 7 keping oreo yg ditinggalkan tadi?
amk la dalam 3 keping oreo tu,
hancur2kan macam kte buat tapak kek tu tadi...
pastu masukkan dalam adunan tadi...
eh, paham tak ni?
baki lagi 4 tu utk topping.

ini lah dia cream cheese tuu..

dah campur gula, susu, whipping cream, 
cream cheese dan gelatin...

dah campur dengan oreo yg dah dihancurkan...



last sekali,
kluarkan balik tapak kek yg dalam peti sejuk tu,
lalu jiruskan bahagian B ke dalamnya..
pastu letak lah baki 4 keping oreo yg tggl tu sbg topping..
dah siap!
eh, jgn terus makan pulak!
masuk dalam peti sejuk,
jgn masuk oven pulak!
resepi ni xmemerlukan oven ye...


bahagian B ke dalam bahagian A...

dah siap, masukkan dalam peti sejuk balik dalam 4-5 jam...
tapi agak2 dah sejuk tu, makan jea..hahaha...

nak tau ape rasa oreo cheese cake aku?
sedap!
cukup rasa..
tapi xkeras sgt..
mungkin aku xcukup sejuk lagi kot...
xsabar nak makan!

inilah hasilnya!

dah siap!
xpayah nak beli2,
buat sendiri je...
kan?

p/s: ada org tanye, kenapa aku suka masak? aku jawab, sebab aku suka makan!

Monday, December 6, 2010

Gunung Brinchang, pendakian bermula!

hai semua!
aku xtau lah kenapa lately xde mood nak update blog...
rasa malas sgt,
nak blogwalking pon same...
tapi,
bila difikir-fikirkan ada cerita yang aku
nak ceritakan kat korg semua hampir basi,
baiklah aku bercerita supaya ianya tidak basi,
dan menjadi satu bahan untuk aku update blog ini...
*nama pon cerita, so panjang sket lah karangan aku ni, harap sabar membaca =)

hey,
korg pernah mendaki bukit? gunung mungkin?
entry kali ni aku nak cter sket 1st experience aku daki gunung...
kalau jungle tracking, masuk hutan, camping, pergi pulau tu aku pernah lah,
tapi daki gunung ni mmg xpernah...
so, bila ada peluang ni aku join lah...

program ni organize under kolej aku,
dgn kerjasama pihak BTN,
pada awalnya kami merancang mendaki ke
Gunung Brinchang dan Gunung Berembun
di Cameron Highland,

nak tau cane 1st time daki gunung?
bukit pon aku xpernah daki,
tiba-tiba nak daki gunung?
hahaaa...
dengan bawak beg yg berat kat belakang
tu pon memang barang2 yg sgt perlu je diangkut keatas...
mmg dah edit habis2 lah...
memang bahu rasa tegang giler lah time naik tu,
kaki ok lagi...
bak kata pepatah, *ecehh...
'berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul'
baru aku paham maksud berat lagi bahu yang memikul tuh...
ade jugak lah antara kami ni yg cramp kaki,
alhamdulillah aku x...

nak tau tak?
cameron higland tu dah la tempat sejuk kan?
pastu naik gunung tu lagi lah bertambah sejuk nya...
bila dah makin tinggi tu,
memang sejuk lah tambah dengan angin, hujan renyai2...
dalam perjalanan nak dekat sampai puncak tu,
nampak lah pemandangan2 yg cantik...
cuma aku xde la nampak kancil ke,
rusa ke, ataupon pelanduk...
bila dah sampai puncak tu mmg rasa
'waahhhh' sampai jugak kat puncak...
kat atas tu memang dah berkabus yg agak tebal lah,
yg best nye bila kita bercakap tu,
kluar cam kabus/'asap' dari mulut...
cam kat luar negara tuu...

kalau ikut perancangan,
kami sepatutnya bercamping kat campsite area
puncak brinchang tu,
tp, campsite tu dah ditutup,
so, kami semua terpaksa turun ke brinchang balik...
lebih kurang 9km lah...

time turun ni yg paling sakit,
bahu yg semakin menegang,
tambah lagi dengan otot2 kaki dah sengal2...
memang terbaik lah!
bagi aku kalau nak ikutkan 9km tu kalau berjalan
ok je, tapi keadaan jalan tu yg kejap naik kejap turun,
tambah dengan jalan yg agak cerun,
rasa mcm lama je berjalan...
pastu kami di bawa ke camp site kat sg. pauh xsilap...
tapi pengalaman ni sangat2 best dan menakjubkan!

esok nye, baru lah naik ke gunung berembun,
gunung tu belakang campsite kami je,
tapi aku xnaik sebab sedikit injured
plus xbrp sihat mungkin disebabkan perubahan cuaca...
dorg naik cam laju je,
dalam sejam lebih dah sampai puncak berembun!
rasa cam rugi je xnaik skali...
xpelah,
so, kami2 yg xnaik bukan dok goyang kaki je kat bwah tu,
kami sume ada kerja yg perlu dilaksanakan...
kami jadi tukang masak...
dan dalam kumpulan aku,
aku memang salah seorang tukang masak yg berkhidmat,
hehee...
dan dipendekkan cerita,
kami pulang ke kolej keesokan harinya....
abes...

jom tengok gambar2 jom!



bergambar di Brinchang...



perjalanan bermula...

sebelum pendakian bermula...

hutan simpan kekal...

bergambar sebelum meneruskan pendakian!

pendakian diteruskan...


tiba dipuncak 6666 feet..

apa lagi? bergambar beramai2...

dan lagi...

blur, tapi cantek je gambar ni...

turun gunung~

terdampar keletihan time turun..

pemandangan di ladang teh~

masak utk breakfast!

bersiap sedia utk makan!

makan bersama kumpulan~

megi goreng satu!

last dinner~

menunggu bas untuk pulang...

shopping sket untuk di bawa pulang..


ni cerita aku,
korang ada cerita daki mendaki tak?
share lah...
tu je...
bye!

Sunday, December 5, 2010

blog larian!

lari, lari, lari, kecut perut...
oh tidak, ni bukan senam seni...
ini ialah program blog larian...
macam blog walking gak,
tp versi baru...
aku dah kena tag...
jom kita tengok cane blog larian ni...



saya suka berblogwalking kerana saya dapat baca banyak blog blogger yang lain dan dapat menambah kenalan.

kena tag orang lain...
fatin, muncai, danial adie.

p/s: xpernah2 aku update entry kol 1pagi, xboleh tidor...

Friday, December 3, 2010

sea monkey? apekah?

salam semua!
hari ini aku nak share ngan korg semua pasal
satu cerita...
hari tu aku jalan2 kat Mines...
pastu saje la singgah kat Pet Lovers
tetiba aku ternampak la satu akuarium kecik berisi air.
aku ingat biasa lah kan,
kedai haiwan peliharaan mmg byk benda2 cemtu...
pastu member aku panggil...
dia suruh aku tgk haiwan tu...
aku pon berkata:
"eh, nate gapo tu?"
dia pon xtau...
pastu aku tanye lah kat cashier tu...
bermulalah sesi temubual diantara aku dan cashier tersebut...
nama haiwan tu adalah 'sea monkey' dan
bila diterjemahkan adalah monyet laut...
wah...
aku makin teruja...
xpernah jumpa kot binatang ni...
kecik je, lebih kecik drpd berudu rasanya...

cashier tu pon excited bercerita,
menurut beliau lagi,
binatang sejenis plankton,
boleh hidup selama dua tahun.
dan kat negara lain dorg jadikan haiwan peliharaan..
kat M'sia ni baru je diperkenalkan...
kat kedai tu ade jual,
xlah mahal sgt, lebih kurang RM18 je satu set...
ada akuarium kecik, telur sea monkey tu, water purifier dan makanan.
telur sea monkey ni macam serbuk/debu...
bila nak bela,
masukkan telur tu dalam air,
kacau2 cam bancuh milo 3 in 1 tu...
pastu biar je, nnt dia jadi lah sea monkey tu...
menarik kan, kan, kan?
nak tengok gambar sea monkey ni tak?

ni la paras rupa sea monkey tu...ada cam monyet ke?

sea monkey..

kat kedai tu jual lebih kurang cemni lah...

aku pon ade lah carik sket info pasal haiwan ni...
kalau nak tau lebih lanjut (klik sini)
video pon ade...
try tengok ni...
menarik!






tu je nak share ngn korg semua...
mungkin korg ada info/ perkara menarik pasal sea monkey ni,
boleh lah share kat sini....
thats all...
bye!

Wednesday, December 1, 2010

contest nak menang blog header makeover

hai semua!
hey, hey..
u know what?
aku ada jumpa satu contest yg amat menarik perhatian!
contest apekah?
'Contest Nak Menang Blog Header Makeover'
macam tau2 je,
aku nak tukar sume2 tu...
ni, kat blog cicakdanlelabah!

sila klik untuk ke blog cicakdanlelabah!

hadiah dia dah tentulah make over blog...
ala-ala deko bersama eric!
hehehee...
tapi ada lagi hadiah misteri...
aku pon xtau ape lah hadiah misteri tu...
kalau aku tau xmisteri la kan?
eh,eh..cukup2...
cicakdanlelabah ni kata aku kena elaborate kenapa nak menang...
so,
these are the reasons:

1.aku dah bosing boran dgn layout,template,header,design dan ape2 je yg berkaitan dgn blog aku ni. i want something new!

2.aku dah cuba tukar2 template blog aku ni, tapi hasilnya mendukacitakan, so tolonglah yea cicakdanlelabah!

3.aku kurang arif sket bab2 komputer ni, tapi xdelah sampai buta it. so, kalau org yg kurang arif ni wat kerja2 komputer ni dah sah2 lah lambat cam kura2. kadang2 xjadi langsung! so, apa kata cicakdanlelabah tolong buatkan, kan cepat sikit siap! hehehe...

4.ade blogger yang jalan2 kat blog ni kata: "eh, aku pernah pakai layout ni..." so, cicakdanlelabah boleh tolong tak supaya dorg akan cakap cemni pulak lepas blog ni di make over kan: "eh, cantiknye layout kau ni, aku xpernah nampak lagi, unik nye, etc, etc..."

5. perasan tak ade 3 ekor lelabah kat seblah tu, blog kita ni cam ade persamaan kan? ye la nama anda pon cicakdanlelabah, so xsalah rasanya cik cicakdanlelabah pilih blog ni untuk menang! *sebab kukuh!

6. bila tengok design2 yang ada kat blog cicakdanlelabah ni, aku terlompat2 sebab dah terbayang blog aku jadi cantek cam design2 tu..."nak yg ni lah, eh,eh..yg tu lah..." dah rambang mata xtau nak pilih yg mana satu...semuanye best2...ternyata anda memang berbakat  sangat berbakat! 
*ini xbodek ye! memang betul!

7. serius! memang cantek design2 yg ada...nak, nak, nak!

8. saya pengikut baru blog anda! xtau la kenapa hari ni baru jumpa blog cantek ni...kalau dah lama jumpa, mesti dah lama follow~ *ikhlas follow ni...xde paksaan...

9. this the most important reason! tarikh tutup contest ni pada 1st january 2011 kan? FYI, thats
 my birthday! kalau aku menang, its like my birthday present! mesti seronok!* sambil kelip2 mata...

10. eh, eh..dah 10th reason dah...ape lagi nak goreng ni...tu la, suruh elaborate kan? hehee...ha, nt aku promote lah blog cicakdanlelabah bila dah menang! bila org tanye: "eh, sapa design header ko ni?" aku jawab: "blog cicakdanlelabah yg design kan.." kan makin femes blog cicakdanlelabah  nanti...

ok lah...
cukup kot 10 reasons tu...
harap2 cicakdanlelabah baca reason2 tu dgn teliti ye...
hehehee...
oh, ye...
cicakdanlelabah suruh tag 2 orang..
sape ye?
nana chan dengan fatin boleh tak?
oh, ye...
to others! come and join this contest!
mana tau ada rezeki...
thats all...
bye~




Monday, November 29, 2010

tips untuk ke MAHA 2010

haii..
dah 4 hari tak bersiaran..
so, normal la kalau trafik down...
baru pulang dari xpdc ke gunung brinchang, cameron highlands...
tapi bukan hendak diceritakan sekarang,
kerana gambar2 tiada disisi...
semuanya pada kawan-kawan yang memiliki kamera...
ok, cukup.

ingat lagi entry aku pasal MAHA 2010?
tadi aku pergi lah menziarahi MAEPS tu nak usha2 MAHA 2010...
aku gerak pagi dalam pukul 11...
bagi aku best la jalan2 kat dalam tu...
aku pergi hari ke-4...
maknanye, ade 6 hari lagi...
sape2 yg belum pergi tu, ade mase lagi...

berdasarkan kunjungan aku tadi,
aku nak share beberapa tips kalau korg nak g MAHA 2010 ni...
#entry ni xde gambar sebab xde kamera.

********************************************************************************
1. datang awal.
-kalau boleh korang datang lah awal. sebab xsusah nak carik parking, sebab xjam sangat, sebab masih pagi. tadi aku sampai sana dalam pukul 11. still ok sebab MAHA start pukul 10 pagi.

2. bawak payung.
-sebab nanti hujan. sekarang musim hujan tau kan? kalau tak pun panas. mmg panas tadi, lagi2 kalau korg parking kereta jauh.berlemuih la korg nt..

3. bawak air minuman sendiri.
-air botol dan segala macam air memang byk disediakan, maksud aku, dijual. tapi xpuas lah. kalau cuaca terik mmg tekak kering dan dahaga. so, kalau bawak air sendiri kan lebih jimat!

4. usha harga dahulu.
-kalau korg nak beli ape2 kat sana, jgn terus beli. jalan2 dulu survey harga. mungkin ada gerai yg menawarkan harga lebih murah. kalau rajin buat dua round, 1st round jalan-jalan dan 2nd round, beli-beli.

5. bawak duit secukupnya.
-bawak la duit secukupnya. kat dalam tu memang ada atm machine. tapi org ramai. haruslah beratur panjang untuk mengeluarkan wang.

6. buang segala air besar mahupun kecil.
-tadi aku tengok, ramai org nak masuk toilet. siap beratur lagi, nasib baik pandai beratur nak masuk toilet. aku pon pelek, mereka ni nak pergi MAHA ke nak pergi toilet? tapi kalau dah terpaksa tu nak buat macam mana kan.

7. amek tester.
-ni part yg aku paling suka. mana2 gerai yg ade tester je mesti aku g. macam2 lah dorg bagi untuk kita rasa sendiri. jalan gerai ni makan ini, gerai tu pulak rasa benda lain pulak. best2.

ape lagi eh?
tu je kot, stakat yg aku ingat lah.
kepada mereka yang nak pergi nanti,
semoga tips2 ni berguna kepada anda semua.
dah, babai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...