Free Widgets
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Red Velvet Brownies! Nak Resepi?

assalamualaikum.
lama gila dah tak berblogging ni.
almaklumlah, dah bekerja.
tak ada masa nak update.
tapi tu semua alasan.
aku tak tahu lah kenapa hari ni rasa bersemangat pulak nak update blog ni.
nak share resepi pulak tu.
random sangat.

aku pun dah lama jugak tak baking,
satu hari tiba tiba rasa nak baking,
so, aku terfikir nak baking apa.
beberapa minggu sebelum tu, aku ada tengok video Laura Vitale kat YouTube.
kalau korang nak tahu, boleh cari video dia.
kalau berminat, subscribe je channel dia macam aku.
dipendekkan cerita, aku rasa nak try bake Red Velvet Brownies inspired by Laura Vitale ni.
bukan Red Velvet Cake ya, ia adalah sejenis Brownies.
nak tahu apa beza cake dengan brownies,
pergi lah google sendiri. :)

berikut adalah resepinya:

1/2 cup of Unsalted Butter, softened at room temperature
1 cup of sugar1/4 tsp of Salt
2 eggs
3/4 cup of Flour
3 Tbsp of Cocoa powder
1 tsp of vinegar
1 tsp of Vanilla Extract

Cream Cheese Filling:
250g of Cream Cheese, softened at room temperature
1 Egg
3-1/2 Tbsp of Sugar
1 tsp of Vanilla Extract

1. grease baking pan/ loyang dengan butter, letak parchment paper macam biasa.
2. panaskan oven 180C
3. pukul butter dan gula sebati kemudian masukkan telur.masukkan cocoa powder, gaul      
    sebati dan disusuli dengan food coloring dan vinegar. akhir sekali masukkan tepung gaul       sebati (kaup balik). 
4. asingkan 1/4 adunan dalam bekas berasingan. masukkan lebihan adunan (3/4) kedalam         loyang.  
5. dalam bekas yang lain, pukul cream cheese, gula, vanilla extract dan telur sehingga tiada     ketulan.
6. ratakan adunan cream cheese diatas adunan tepung warna merah tu. lepas tu, 1/4               adunan tu boleh lah ambil sudu corakkan atas lapisan cream cheese. boleh lah buat swirl     ke macam marble kek tu ke, any pattern you like. macam aku, aku masukkan 1/4 adunan     tu dalam piping bag. lepas tu buat corak garis garis then tarik (seperti dalam gambar           dibawah). konon konon nak canggih sikit lah. konon je lah.
7. dah siap semua, bolehlah masukkan ke dalam oven yang dah pre-heat tadi, bakar pada       suhu 180C selama 30min.


adunan brownie

yang putih tu adunan cream cheese, yang bercorak tu 1/4 adunan brownie yang diasingkan. 
maka jadilah corak sedemikian.

selepas 30min dalam oven.

siap untuk dijamu. ngap ngap ngap. eh sedap pula. ok, over.




akhir kata, selamat mencuba!
oh ya, nah link channel Laura Vitale kalau korang semua nak usha lah.


sila like kalau suka! :)

Thursday, May 2, 2013

Chicken Spinach Quiche! First Attempt.

assalamualaikum,
masa cuti hari pekerja hari tu,
ya, kini aku seorang pekerja.
pekerja yang akan tamat tempoh bekerja bulan depan.
lepas tu, tak taulah terus jadi pekerja,
ataupun kembali menjadi pelajar.
hewhewhew..

ceritanya begini.
aku try buat Quiche.
mula-mula aku dengan keyakinan paling tinggi eja Quiche sebagai Quinche.
pastu, ada seorang pakar masakan tanya aku,
"Quiche ke Quinche?"
and it's Quiche.
hahaha.
thanks Aya sebab menyedarkan saya.
kalau tak, mesti aku dah hanyut dalam dunia kesesatan.
and don't even know how to pronounce that word.
errr..

aku pernah ternampak resepi quiche ni.
sebab bunyi pun agak asing,
jadi aku abaikan.
bila tengok gambar,
macam pie je.
tak lah susah sangat pun nak buat.

aku amek resepi ni daripada blog Dr. Ezani.
kat sini.
malas aku nak tulis balik,
maksud aku malas nak type.
kalau nak tengok, silalah ke blog beliau ye.

sebenarnya,
inti quiche ni boleh je ikut tekak korang.
nak letak apa.
yang aku buat ni chicken spinach.
aku pakai chicken sausage je instead of chicken breast.
malas aku nak carik chicken breast,
nanti kesian chicken tu takde breast.
macam mana anak-anak chicken tu nak menyusu.
eh, chicken menyusu ke? -,-
ok, cukup!
spinach tu, aku pakai spinach lah.
pastu aku olah lah sikit-sikit.
aku tambah tomato sikit.
ingat nak tambah macam-macam lagi,
tapi, cukuplah dgn bahan-bahan tu.

disebabkan aku malas nak type resepi,
jadi aku sajikan dengan gambar-gambar je lah ye?

pastry dough

fillings.

pour the sour cream, milk and eggs (mixed togehter).

tadaa!

done!




like kalau suka! :)

Friday, February 8, 2013

Lemon Meringue! Nak Resepi?

assalamualaikum,
hari ni rasa nak try buat Lemon Meringue,
aku google lah resepi,
aku amek daripada sini (resepicitarasawan)
thanks.

Lemon Meringue (LM)?
apakah? jarang jumpa kan?
memang takde jual kat gerai2 goreng pisang tepi jalan tu,
kat bazaar ramadhan xpernah jumpa lagi,
barangkali ada.
ye lah, bazaar ramadhan tu, apa yg takde jual?
*motif bangkitkan isu bazaar ramadhan?
cuba bayangkan dialog masa nak beli,
"kak, Lemon Meringue ni berapa satu?"
"tiga singgit dik.."
"erm.. bagi dua ringgit kak.."
hahaha...
ok, panjang dah merepek.

bagi aku, LM ni macam tart je.
cuma ada tambah egg white kat atas.
nak buat LM ni xbyk bahan pakai,
senang kata, main ingredient dia Lemon dan telur.
baiklah, tanpa membuang masa lagi,
mari kita saksikan bahan-bahannya.

Crust
210g tepung gandum
113g butter
50g gula kastor
1 biji kuning telur gred A

Lemon curd
3 biji telur
80ml jus lemon (lebih kurang 2biji lemon)
150g gula
56g butter
1 sudu besar lemon zest (parutan kulit)

Meringue
4 biji putih telur
130g gula kastor
1/2 sudu teh cream of tartar

untuk crust,
pukul gula dan butter sebati.
tak payah pakai mixer pun xpe.
masukkan kuning telur sampai sebati,
masukkan tepung,
gaul sehingga menjadi doh.
bungkus dan simpan dalam fridge 30min
lepas tu,
masukkan dalam loose tin
cucuk base dengan garfu,
dan simpan semula dalam fridge 20min.
bakar selama 15-20min suhu 180C
dah siap,
sejukkan crust tu,
then, ratakan lemon curd tadi.
masukkan semula ke dalam oven 170C selama 15 min
keluarkan dan ratakan meringue keatas lemon curd yg masih panas tadi.
bakar selama 5 minit dengan api atas sahaja atau sehingga meringue perang.

untuk lemon curd,
kena pakai kaedah double boil
masukkan telur, gula dan jus lemon.
gaul sampai pekat mcm cream.
memang jenuh sikitlah nak tggu benda ni pekat,
bila dah pekat,
masukkan butter dan lemon zest.
ratakan atas crust,
bakar pada suhu 170C selama 10min,
sehingga mengeras, jgn smpai perang.

untuk meringue
pukul putih telur, gula dan cream of tartar sampai kembang bertanduk.
ratakan atas curd yg masih panas, kemudian,
bakar selama 5 minit dengan api atas sahaja atau sehingga meringue perang.
aku rasa 4biji tu mcm byk sgt je.
sbb td aku buat,
aku rasa meringue tu boleh cover dua biji LM kot
so, cut it half,
dua biji cukup kot.
kalau dah adjust telur ni,
adjust gula skali lah,
kang termanis pulak kan?


Lemon.

doh yang sudah siap.

telur, gula, jus lemon.

kacau menggunakan kaedah double boil.

lebih kurang pekat mcm ni laah..

doh tadi, buat jadi macam ni..
 aku saje poyo-poyo buat roses ni.. nak flat ratakan pun boleh.

ni dah lepas diperangkan. jangan hangus sudah.

tada! inilah hasilnya.

comot sikit.

masa aku buat ni,
aku rasa mcm banyak sangat pulak meringue nya,
nampak tebal kan?
bila makan rasa cepat muak,
so, aku ketepikan meringue tu,
aku makan yg bawah je.
kurang sikit muaknya..
aku rasa, kalau xbuat meringue tu pun ok,
bagi pendapat aku lah,
tekak aku lain dengan tekak korg.
tapi, kalau xde meringue,
tak panggil Lemon Meringue lah.
jadi Lemon tart pulak.

konklusinya,
ikut suka korg lah..
hahah..
selamat mencuba!


like kalau suka! :)

Wednesday, January 23, 2013

Aglio Olio Spaghetti! Nak resepi?

assalamualaikum,
hari ni nak share resepi aglio olio,
senang sgt resepi ni,
aku first time masak masa kat kolej dulu,
alhamdulillah jadi,
wah, kedengaran sangat mudah bukan?
hehe..

bahan-bahan:
1 paket spaghetti
sea food, (boleh campur2; udang, sotong, kupang etc)
minyak masak/ olive oil
6-7 ulas bawang putih
3-4 cili kering
italian herbs/oregano flakes
chili flakes
black pepper
garam

mula2, rebus spaghetti lebih kurang 3/4 masak,
jgn  terlalu masak,
dikhuatiri spghetti anda akan hancur ketika menggoreng,
lepas tu,
panaskan minyak/olive oil
tumiskan bawang putih yg telah dicincang halus,
smpai naik bau,
jgn sampai hangit,
pastu, masukkan cili kering
tumis lagi,
pastu masukkan semua seafood,
gaul gaul mesra,
agak2 nmpk mcm dah masak,
masukkan lah spghetti td..
gaul2 lagi,
masukkan chili flakes, black pepper, italian herbs
dan garam secukupnya..
ikut tekak masing2 lah..
ok,
sedia untuk dihidang.
dah siap!


ni seafood yg aku guna. sotong, udang, kupang. yg merah tu cili kering.

waktu menumis..

maaflah, gmbr lepas siap masak lupa nak amek.. so, ni gambar drpd google.
lebih kurang je pun hasilnya..  :)



jadi, bagaimana?
ternyata sangat senang bukan?
kalau dah terliur tu,
pergi bergegas ke pasar raya terdekat,
beli barang2 dan masak!
selamat mencuba!

xoxo,
DS.
*terikut2 cerita istanbul aku datang.


like kalau suka!  :)

Saturday, September 1, 2012

Kuih Seri Muka! Nak Resepi?

assalamualaikum,
hari ni nak update pasal resepi lagi,
haaa.. aku pun rasa blog aku ni dah macam blog resepi,
ye lah, bila aku check key word yg visitors slalu jenguk blog ni pun,
nak carik resepi.
so, aku tambah lah lagi resepi baru..

kali ni resepi kuih tradisional melayu pulak,
selalu aku bagi resepi ala-ala org putih kan.
tibalah masa utk aku berkongsi resepi kuih tradisional pulak.
kuih yang kalau pergi pasar malam mesti ada punya,
kuih Seri Muka.
chop! korang tau tak mcm mana rupa kuih seri muka ni?
xtau, kejap lagi scroll ke bawah,
aku ada tempek gambar sikit.

ini memang first time aku buat kuih ni,
masa bulan puasa hari tu lah,
bulan puasa,
nafsu makan tu kadang2 pelik sikit kan,
tgh2 hari tiba-tiba nak makan seri muka lah pulak,
lantas, aku meng-google resepi..
setelah beberapa website resepi dikaji,
maka, aku menyimpulkan,
xde lah susah mana pun nak buat kuih ni.

bahan-bahan:
(utk lapisan bawah)

500g beras pulut
400ml santan cair
1ts garam
2 tbs minyak masak

(lapisan atas)

120g tepung gandum
3tbs tepung jagung
140g gula
3bj telur
450ml santan pekat
1/2 ts garam
10-15 helai daun pandan

mula2 rendam kan beras pulut tu,
dalam 20-30minit.
panaskan pengukus.

lepas rendam pulut tu, toskan.
then, combine semua bahan2 utk bahagian lapisan  bawah tu.
gaul rata.
masukkan dalam pengukus yang dah mendidih selama 20-30 minit.
dah masak pulut tu,
gaul sekali lagi lepas tu,
rata kan permukaan pulut tu.
bagi mampat dan sedia utk letak lapisan atas.

untuk lapisan atas,
blend daun pandan dengan santan sekali.
daun tu dalam 10-15 helai.
kalau xde daun pandan,
pakai perasa pandan pun boleh.
dah settle blend,
letak tepi kejap.
teruskan dengan memukul telur dan gula sampai kembang.
dah kembang tu,
masukkan santan yg dah di-blend dgn daun pandan tadi.
make sure tapis tau!
lepas tu,
ayakkan tepung gandum+tepung jagung kedalam adunan tadi.
pukul lagi sampai adunan tu takde berbiji-biji.
kalau nak tambah pewarna hijau sikit pun boleh.
dan sekali lagi,
tapis!
kalau xtapis, nanti aku tunjuk apa natijahnya..
siap utk dikukus selama 45min- 1jam.

pulut di lapisan bawah. sudah dirata-mampatkan..

lapisan atas yg telah dipukul.

siap untuk dikukus!

nampak tak lapisan hijau tu macam menggerutu sikit?
itulah akibatnya malas nak tapis.

this is it! kuih seri muka bagi yang tidak mengetahui 
bagaimana rupa paras kuih tersebut.



sedikit tips drpd aku,
macam aku pakai santan kotak je.
aku beli dua kotak,
1 kotak yg 500ml dan 1kotak lagi 200ml.
tu je yg tggl masa tu kat kedai.
kalau nak beli yg 1liter punya pun boleh.
oh, ye make sure korg tutup loyang tu dengan aluminium foil masa nak mengukus.
nanti masuk air jadi lembik.
one more thing,
kalau nak potong kuih tu,
make sure betul2 sejuk dulu.
baru cantik je potongan kuih tu..

ok, selamat mencuba!
kalau ada yg nak lah kan..
bye!

Sunday, July 29, 2012

Sayur Campur Campur! Nak Resepi?

assalamualaikum.
salam ramadhan semua!
ok lah,
tanpa membuang masa lagi,
ayuh kita terus kepada subjek perbincangan kita hari ni.
tak perlu bincang pun sebenarnya,
cuma baca,
kalau rasa suka,
boleh lah cuba.

boleh dikatakan, kalau pergi makan kat kenduri, kat hotel2,
mesti jumpa hidangan sayur campur ni,
bila dah makan, aku cakap, nak try lah masak.
tapi xtau resepi.
nak google, satu hari satu hari tak menyempat.
minggu lepas aku google,
senang je sebenarnya resepi sayur campur ni.
lebih senang daripada ABC.

selalu aku share resepi pasal kek,
hari ni pasal lauk2 pulak..
walaupun xpandai sgt,
tapi hanya ingin berkongsi.

bahan-bahan:
bawang putih & merah
capsicum (merah, hijau, kuning)
brocoli
cauliflower
baby corn
kacang peas
cendawan
carrot
sos tiram
kicap
kiub ayam
air 
bancuhan tepung jagung

kalau nak ikut aku,
takde sukatan pun,
pakai campak2 je,
pastu rasa,
kalau kurang, tambah lagi.

ok, mula2 panaskan minyak,
tumis bawang2 tu,
pastu masukkan 2-3 sudu sos tiram,
kacau sebati,
masukkan 1 kiub pati ayam,
ada versi yg pakai sos ikan jugak,
tapi kiub ayam je yg senang..
kacau lagi,
pastu humban je segala sayur tadi.
gaul rata.
masukkan kicap sket.
agak2 je.
ikut tekak masing2.
masukkan air..
gaul lagi..
pastu rasa lah, kalau kurang tambah lagi.
flexible ok.
jgn masak lama2 sgt,
nanti sayur2 tu layu, dah tak crunchy
last skali,
masukkan bancuhan tepung jagung.
dah siap!
korg boleh je tambah sayur2 kegemaran korg.
macam aku haritu,
aku pakai 2 jenis cendawan.
cendawan butang dalam tin tu,
satu lagi fresh shiitake.


 maaf, kuali kecik..

 sayur-sayur

susah nak gaul, kuali kecik..

senang je kan?
ni ape yg aku blaja lah,
mungkin korg ada versi korg sendiri,
boleh jugak share dgn aku.
selamat mencuba!


Wednesday, May 16, 2012

Blueberry Cupcakes and Oat Nestum Cookies!

assalamualaikum..
another short entry.
another story about foods.
kadang2 terfikir lak nak tukar blog ni jadi blog makanan,
tapi macam taknak pulak.
tak pe lah...

ok,
last week aku balik rumah setelah agak lama tidak pulang.
biasanya bila balik aku akan buat sesuatu.
maksud aku masak tak pon baking.
macam last week aku buat blueberry cupcakes dan oat nestum cookies.
yg cupcakes tu aku dah biasa lah buat,
yang cookies tu jarang..
cookies tu mak aku mintak resepi kat kawan dia,
pastu dia suruh aku yg buat.
alhamdulillah, nasib baik jadi.
aku bawak lah balik kolej ni,
bagi kawan2 aku rasa...
seronok rasa bila bagi orang makan ni..
lagi2 aku yg masak sendiri.
orang kata, kepuasan..hewhewhew..
dah lah,
kata short entry..

 blueberry cupcakes..

oat nestum cookies..

ingat nak share resepi..
maybe next time.
tak sempat.
till the next post,
bye!

p/s: pastu kawan2 suruh masuk masterchef next season.. hahah cam lawak je dorg nih.. 

Saturday, April 14, 2012

Pavlova! Nak Resepi?

assalamualaikum.
akhirnya, setelah lama memendam hasrat
untuk membuat pavlova, kini tercapai.
sebenarnya, senang je nak buat pavlova ni,
cuma kekangan masa dan komitmen lain,
melambatkan hajat untuk membuatnya.
sudah.

setelah beberapa rujukan yang telah aku buat,
search resepi, kat youtube.
tadi aku try lah buat sendiri pavlova ni.
aku tak pernah rasa pon, pavlova ni rasa sebenarnya macam mana,
so, bila aku rasa yang aku buat tadi,
ok la, not bad.
aku kata ok sebab aku xtau nak compare dgn ape,
yelah, tak pernah rasa kan.

bahan-bahan:
pavlova:
4 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh cuka
1/2 sudu besar tepung jagung
baking paper


topping:
240ml whipping cream
1 1/2 sudu besar gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla

mula2, asingkan putih telur dgn kuning telur.
sebab nak pakai putih telur je.
pukul sampai kembang.
bila angkat mixer tu,
ada cam tajam2 tu, kira dah kembang la tu,
after that,
masukkan gula sedikit demi sedikit
sambil pukul.
pastu, baru masukkan cuka dan tepung jagung tadi.
pukul lagi sampai betul2 kembang ye.

dah siap,
amek baking paper,
griskan pakai margerin.
tadi aku lupa beli baking paper,
pakai A4 je.
bila dah masak,
ambik kau, melekat taknak tanggal.
moral of the story,
pakai baking paper ye.
ok, dah griskan
tepek lah adunan tadi supaya jadi bulat,
agak2 dah puas hati dengan bulatan tu,
masukkan dalam oven 120C selama satu jam
sebelum tu pre-heat la dalam 10 minit awal.
tapi aku rasa,
baking tadi lebih sejam.
xpuas hati, aku tambah lagi masa.
so, pandai-pandai adjust lah ye.
bila dah masak,
bukak kan pintu oven tu sket.
jgn terus kluarkan dan makan.
gelojoh betul tu.
biarkan dalam oven yg terbuka tu,
dalam 1/2 jam.
pastu keluarkan dan biarkan seketika.
tepeklah topping.

untuk topping.
senang jugak,
pukul whipping cream tu sampai kembang dan sedikit kental.
agak2 lah.
jgn overbeat.
agak2 dah kembang tu,
masukkan gula dan esen vanilla.
pukul lagi bagi sebati.
dah siap.
tepek atas pavlova tadi.
hiriskan strawberry, kiwi, blueberry etc.
orang kata, kena pakai buah2 yg masam.
aku pakai strawberry je.
kiwi aku tak jumpa yang elok laa..

tapi kan.
apesal aku punya pavlova kempis semacam je bila dah sejuk?
mesti ada error somewhere ni.
takpe, baru 1st replication.
boleh buat lagi beberapa replication.
almaklumlah,
tgh buat final year project.
istilah2 sebegitu harus dibiasakan.
dah, jom tengok gambar.


putih telur

beating

become like this

oh, aku modified sket, kekonon nak buat flavor coklat la,
aku tambah lah coco powder sket.

tepek lah kat baking paper. nampak tu, aku pakai A4 paper je.
memang tak tanggal lah.

inilah hasilnya. my ugly pavlova. but the taste still good. heh.

this is another shot.

this is a good example of pavlova. tempting!


cukup sampai disini.
till the next post,
bye.

like kalau suka. =)

Saturday, March 3, 2012

Chocolate Chip Cookies! Nak Resepi?

assalamualaikum..
i'm gonna share another recipe today,
a simple recipe.
chocolate chip cookies.
amboi,
ni kira percubaan pertama aku buat cookies.
sebelum ni buat kek je,
ni nak try lain sikit lah.
ok la, xde la susah sangat.

so, jom tgk bahan-bahannya.

450g tepung gandum
1 biji telur
110g gula halus
110g gula merah
100g chocolate chip
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
250g gajus/almond

first thing,
ayak tepung dengan baking powder,
lepas tu, pukul mentega dengan dua jenis gula tu sampai kembang,
masukkan telur, pukul lagi,
masukkan tepung yang di ayak tadi
pukul lagi.
masukkan chocolate chip dan almond,
dah sebati,
buat bulat kecik-kecik..
tempekkan kat dulang pembakar.
jangan tebal sgt.
bakar pada 180C selama 15-20minit.
siap!

mentega+gula+gula perang

tambah telur.

gaul sebati

aku pakai almond, sebelum blend, bakar dulu. kalau tak,
almond tak rangup dalam cookies.

mix well.

proses tempek menempek~

the product..ready to eat~

senang je nak buat benda ni,
selamat mencuba!
till the next post,
bye!
like kalau suka! =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...