Free Widgets
Showing posts with label jom makan~. Show all posts
Showing posts with label jom makan~. Show all posts

Thursday, May 2, 2013

Chicken Spinach Quiche! First Attempt.

assalamualaikum,
masa cuti hari pekerja hari tu,
ya, kini aku seorang pekerja.
pekerja yang akan tamat tempoh bekerja bulan depan.
lepas tu, tak taulah terus jadi pekerja,
ataupun kembali menjadi pelajar.
hewhewhew..

ceritanya begini.
aku try buat Quiche.
mula-mula aku dengan keyakinan paling tinggi eja Quiche sebagai Quinche.
pastu, ada seorang pakar masakan tanya aku,
"Quiche ke Quinche?"
and it's Quiche.
hahaha.
thanks Aya sebab menyedarkan saya.
kalau tak, mesti aku dah hanyut dalam dunia kesesatan.
and don't even know how to pronounce that word.
errr..

aku pernah ternampak resepi quiche ni.
sebab bunyi pun agak asing,
jadi aku abaikan.
bila tengok gambar,
macam pie je.
tak lah susah sangat pun nak buat.

aku amek resepi ni daripada blog Dr. Ezani.
kat sini.
malas aku nak tulis balik,
maksud aku malas nak type.
kalau nak tengok, silalah ke blog beliau ye.

sebenarnya,
inti quiche ni boleh je ikut tekak korang.
nak letak apa.
yang aku buat ni chicken spinach.
aku pakai chicken sausage je instead of chicken breast.
malas aku nak carik chicken breast,
nanti kesian chicken tu takde breast.
macam mana anak-anak chicken tu nak menyusu.
eh, chicken menyusu ke? -,-
ok, cukup!
spinach tu, aku pakai spinach lah.
pastu aku olah lah sikit-sikit.
aku tambah tomato sikit.
ingat nak tambah macam-macam lagi,
tapi, cukuplah dgn bahan-bahan tu.

disebabkan aku malas nak type resepi,
jadi aku sajikan dengan gambar-gambar je lah ye?

pastry dough

fillings.

pour the sour cream, milk and eggs (mixed togehter).

tadaa!

done!




like kalau suka! :)

Thursday, February 14, 2013

Blueberry Cheese Tart, My First Attempt.

assalamualaikum,
hari dapat jugak aku melaksanakan satu projek yang agak tertangguh,
Blueberry Cheese Tart.
lepas buat Lemon Meringue hari tu,
kali ni aku try buat tart pulak.
konon-konon nak mencuba buat tart.

bagi aku,
takde lah susah pun buat Blueberry Cheese Tart ni,
bahan pun tak banyak mana,
cuma yang agak leceh sikit tu,
part nak buat doh dia,
dan tenyeh-tenyeh dalam acuan.
aku buat benda ni sorang-sorang,
tanpa bantuan adik-adik aku yang tau makan je.
tu yang rasa macam bosan buat pastri tart ni.
tapi, kalau pastri ni dah siap,
mmg kejap je buat tart ni.

entry kali ni bukan nak share resepi,
bukan apa,
malas nak menaip.
korang google je,
berderet resepi keluar.
entry ni,
cuma nak share gambar-gambar je.
alhamdulillah, percubaan kali pertama berjaya!

part yang paling aku suka,
part nak decorate tart ni,
berseni jugak aku ni,
dulu masa subjek pendidikan seni kat sekolah,
ntah apa-apa ntah yang aku buat.
skills decorate tart ni aku pernah belajar masa kerja part time kat Secret Recipe dulu,
masa tu, bukan decorate tart,
tapi decorate coffee, latte, etc.
dengan corak yg lebih kurang sama macam kat atas tart ni.
ayuh, mari kita sama-sama saksikan gambar-gambar yang sempat aku snap.



mula-mula buat 'crust' dia dulu.

pastu, letak la blueberry filling. cover dengan cream cheese.

then, decorate lah ikut kreativiti korg.

zoom in sikit.

susun lah kat pinggan tingkat macam ni. hehe..

gambar yang lebih terang dengan bantuan flash.


like kalau suka!

Friday, February 8, 2013

Lemon Meringue! Nak Resepi?

assalamualaikum,
hari ni rasa nak try buat Lemon Meringue,
aku google lah resepi,
aku amek daripada sini (resepicitarasawan)
thanks.

Lemon Meringue (LM)?
apakah? jarang jumpa kan?
memang takde jual kat gerai2 goreng pisang tepi jalan tu,
kat bazaar ramadhan xpernah jumpa lagi,
barangkali ada.
ye lah, bazaar ramadhan tu, apa yg takde jual?
*motif bangkitkan isu bazaar ramadhan?
cuba bayangkan dialog masa nak beli,
"kak, Lemon Meringue ni berapa satu?"
"tiga singgit dik.."
"erm.. bagi dua ringgit kak.."
hahaha...
ok, panjang dah merepek.

bagi aku, LM ni macam tart je.
cuma ada tambah egg white kat atas.
nak buat LM ni xbyk bahan pakai,
senang kata, main ingredient dia Lemon dan telur.
baiklah, tanpa membuang masa lagi,
mari kita saksikan bahan-bahannya.

Crust
210g tepung gandum
113g butter
50g gula kastor
1 biji kuning telur gred A

Lemon curd
3 biji telur
80ml jus lemon (lebih kurang 2biji lemon)
150g gula
56g butter
1 sudu besar lemon zest (parutan kulit)

Meringue
4 biji putih telur
130g gula kastor
1/2 sudu teh cream of tartar

untuk crust,
pukul gula dan butter sebati.
tak payah pakai mixer pun xpe.
masukkan kuning telur sampai sebati,
masukkan tepung,
gaul sehingga menjadi doh.
bungkus dan simpan dalam fridge 30min
lepas tu,
masukkan dalam loose tin
cucuk base dengan garfu,
dan simpan semula dalam fridge 20min.
bakar selama 15-20min suhu 180C
dah siap,
sejukkan crust tu,
then, ratakan lemon curd tadi.
masukkan semula ke dalam oven 170C selama 15 min
keluarkan dan ratakan meringue keatas lemon curd yg masih panas tadi.
bakar selama 5 minit dengan api atas sahaja atau sehingga meringue perang.

untuk lemon curd,
kena pakai kaedah double boil
masukkan telur, gula dan jus lemon.
gaul sampai pekat mcm cream.
memang jenuh sikitlah nak tggu benda ni pekat,
bila dah pekat,
masukkan butter dan lemon zest.
ratakan atas crust,
bakar pada suhu 170C selama 10min,
sehingga mengeras, jgn smpai perang.

untuk meringue
pukul putih telur, gula dan cream of tartar sampai kembang bertanduk.
ratakan atas curd yg masih panas, kemudian,
bakar selama 5 minit dengan api atas sahaja atau sehingga meringue perang.
aku rasa 4biji tu mcm byk sgt je.
sbb td aku buat,
aku rasa meringue tu boleh cover dua biji LM kot
so, cut it half,
dua biji cukup kot.
kalau dah adjust telur ni,
adjust gula skali lah,
kang termanis pulak kan?


Lemon.

doh yang sudah siap.

telur, gula, jus lemon.

kacau menggunakan kaedah double boil.

lebih kurang pekat mcm ni laah..

doh tadi, buat jadi macam ni..
 aku saje poyo-poyo buat roses ni.. nak flat ratakan pun boleh.

ni dah lepas diperangkan. jangan hangus sudah.

tada! inilah hasilnya.

comot sikit.

masa aku buat ni,
aku rasa mcm banyak sangat pulak meringue nya,
nampak tebal kan?
bila makan rasa cepat muak,
so, aku ketepikan meringue tu,
aku makan yg bawah je.
kurang sikit muaknya..
aku rasa, kalau xbuat meringue tu pun ok,
bagi pendapat aku lah,
tekak aku lain dengan tekak korg.
tapi, kalau xde meringue,
tak panggil Lemon Meringue lah.
jadi Lemon tart pulak.

konklusinya,
ikut suka korg lah..
hahah..
selamat mencuba!


like kalau suka! :)

Wednesday, January 23, 2013

Aglio Olio Spaghetti! Nak resepi?

assalamualaikum,
hari ni nak share resepi aglio olio,
senang sgt resepi ni,
aku first time masak masa kat kolej dulu,
alhamdulillah jadi,
wah, kedengaran sangat mudah bukan?
hehe..

bahan-bahan:
1 paket spaghetti
sea food, (boleh campur2; udang, sotong, kupang etc)
minyak masak/ olive oil
6-7 ulas bawang putih
3-4 cili kering
italian herbs/oregano flakes
chili flakes
black pepper
garam

mula2, rebus spaghetti lebih kurang 3/4 masak,
jgn  terlalu masak,
dikhuatiri spghetti anda akan hancur ketika menggoreng,
lepas tu,
panaskan minyak/olive oil
tumiskan bawang putih yg telah dicincang halus,
smpai naik bau,
jgn sampai hangit,
pastu, masukkan cili kering
tumis lagi,
pastu masukkan semua seafood,
gaul gaul mesra,
agak2 nmpk mcm dah masak,
masukkan lah spghetti td..
gaul2 lagi,
masukkan chili flakes, black pepper, italian herbs
dan garam secukupnya..
ikut tekak masing2 lah..
ok,
sedia untuk dihidang.
dah siap!


ni seafood yg aku guna. sotong, udang, kupang. yg merah tu cili kering.

waktu menumis..

maaflah, gmbr lepas siap masak lupa nak amek.. so, ni gambar drpd google.
lebih kurang je pun hasilnya..  :)



jadi, bagaimana?
ternyata sangat senang bukan?
kalau dah terliur tu,
pergi bergegas ke pasar raya terdekat,
beli barang2 dan masak!
selamat mencuba!

xoxo,
DS.
*terikut2 cerita istanbul aku datang.


like kalau suka!  :)

Tuesday, October 16, 2012

Carbonara daripada Pasta Percuma

assalamualaikum..
ni pun minggu lepas punya cerita,
masa WHR walkathon hari tu,
ada dapat goodies,
dalam goodies tu ada dia bagi pasta,
kami berlima, setiap sorg dapat sebungkus,
total ada lima lah kan,
macam rugi pulak kalau pasta tu dibiarkan begitu saja,
jadi kami mengambil langkah drastik untuk memasaknya,
xdelah drastik sangat sebab masak keesokkan harinya,
cuma idea tu je memang drastik dan bernas.
haha..

nak masak bolognese mcm dah biasa,
jadi kami bersepakat untuk memilih carbonara,
memandangkan kelengkapan memasak tidak sempurna,
kami cuba meminimisekan bahan2, janji sedap.
tapi kami masak dua version,
satu yang berkuah,
satu lagi yang goreng ala-ala makcik2 yang masak char kuey teow..
pakai campak2 je kaedahnya..
jadi, tanpa berlengah lagi,
jom tengok gambar-gambar spaghetti 
yang bisa membuat anda semua terliur..
amboi, dah macam fedtri yahya dah..
cukup.


beli prego je.. 

sosej dan udang.


ribbon pasta.. apa ntah nama dia..


kuah carbonara 

goreng version

berkuah version




Tuesday, July 5, 2011

Nak Makan Steamboat Tak? jom kat MAEPS!

assalamualaikum!
good day everybody!
entry kali ni ade kaitan dgn makanan sket..
ke banyak? hmm..
almaklumlah, aku kan suka makan!

ok,
korg pernah makan steamboat?
slalu korg makan kat mana?
Restoren Johny's?
amboi, nak kat Johny's je..
ni aku nak share kat korg sume satu tempat,
baik punye utk korg makan steamboat!
kat MAEPS Serdang...
xtau kat mana?
yg aku boleh cakap,
dekat dgn hospital Serdang,
seblah HQ Mardi,
seblah UPM seharusnya...
xpon kalau korg pernah pergi MAHA,
kat situ laah...
nak tau lebih lanjut celah mana tempat ni,
google lah sendiri! :)

lokasi dah bgtau,
kita cakap pasal harga pulak,
dewasa RM 19.90,
kanak-kanak bwh 12, RM 10...
dalam tu makan ape saje yg ada..
mcm2 jenis bebola,
dari fish ball, chicken ball, eh byk lah...
seafood?
haruslah ade...
ketam, udang, lala, kepah, segala adik beradik dia lah..
bila dah amk sume yg berkenan tu,
ah campak kan aje dalam periuk tu,
agak2 dah masak,
makan lah..
dalam periuk tu ade divider,
ingat jalan je ade divider?
kiranye, seblah utk sup biasa,
dan seblah lagi utk tomyam...
dah kering?
boleh refill...
xde hal punye!

tak cukup lagi?
rojak buah ade, nasi ade, kuew teow ade, mee goreng ade,
ais krim pon ade,
style pakai cedok sendiri...
ambik lah byk mana kau nak,
ABC pon ade,
style buat sendiri jugak,
letak lah brp byk kau nak letak,
mana yg kau suka lebih tu, letak lah lebih...
macam aku ari tu,
aku letak aiskrim atas ABC tu...
baru la special sket..
xde sape nak marah laahh..
air pulak?
dekat 4 jenis air lah..
tu yg sejuk,
yg panas cam teh tarik pon ade..
minum lah puas2...
dah habis? dorg refill bhai...
haha.. heaven tak?

dah dekat dua tahun aku kat UPM,
baru ni je dpt merasa...
plan punya plan,
asek xmenjadi..
but this time jd jugak..
tp, dgn family laa..
so, pesanan kepada sahabat2 aku diluar sana,
bila mahu layan steamboat ni?

oh ye,
waktunye dari kol 6ptg,
sampai kol 10mlm kalau xsilap...
ade dp flyers dia,
tp kat mana ntah aku campak...
ade ape2 pertanyaan atau kemusykilan?
tinggal kan di ruangan komen tu ye,,
jom layan gmbr2 ni jap...
xbyk pon..sbb sibuk makan.. =)



ni la yg aku cakap tadi tu...

see! byk pilihan kan? ni baru sikit... 

amek sket2 dulu..jgn tamak...

 malam tu ramai org gak lah..kenapa ntah..tnye pekerja kat situ,
dorg ckp xdijangka...

 ni yg aku cakap periuk tu ade divider..

 my uncle and cousins...

 aku pon kurang pasti ape benda sebenarnye ni..makan aje lahh..

nak sket? hehe..

ni kerja adek aku la ni...ketam nak makan udang...

itu saja utk kali ni...
till the next post!
bye...


Friday, February 11, 2011

cupcakes dan puding roti? sigh...

aaaaaaaaaahhh...
kenae xde mood nak update entry...
cter lama ni, baru nak update...
CNY aritu kan byk sale,
aku ade beli oven baru...
murah je..
xkan la baru belajar masak tiba-tiba nak beli oven mahal2...
so, beli yg murah sudeh,
kalau meletup pon xde la frust, kecewa, dissapointed, sedih etc sebab oven meletup,
kan?
mmg laku lah oven yg aku carik ni,
mula2 usha kat Tesco Puchong,
skali tgk, clean and clear...
sampai display oven pon xde dah...
last2 Tesco Banting gak yg ade stok...
orang banting xbeli oven kot, aku je sibuk dok carik oven...

dah beli oven mesti lah nak masak sesuatu yg menggunakan oven,
so, google la utk carik resepi,
mula2 wat puding roti,
selang beberapa hari wat cupcakes lak,
tp, cupcakes jadi cam muffin...
ke cupcakes tu sebenarnye muffin?
ape2 je lah...
rasanye yg cupcakes tu ok,
tapi yg puding roti tu cam xberape je...
ntah, dah ikut resepi pon cam pelek je rasa...
xpelah.. nama pon experiment...
pasni boleh try lasagna ngn pizza lak..
dah, jom tgk hasilnya...




puding roti, nampak cam best je...tp rasenye kurang best..

cupcakes...

dah siap..



Saturday, December 25, 2010

Tiramisu! nak resepi?

whats up bloggers?!
pernah makan tiramisu?
beli?
buat sendiri pernah?
hari ni nak share ngn korg sume cane nak buat
tiramisu cake...
since entry (oreo cheese cake) aku aritu dapat sambutan,
plus, ade blogger yg bertanyakan resepi lain.
memang lah kalau korg search je kat google tu dah boleh jumpa
resepi tiramisu, tapi yang ni lain..
sebab? aku yg buat! hehee..
eh aku baru tau,
tiramisu ni makanan Itali...
bertambah sket pengetahuan am aku...lol.

ok jom kita mulakan!
mudah je nak buat tiramisu ni...
kau campak2 je bahan tu,
kacau2 sket, pastu biar je dalam peti sejuk..
dah kau boleh makan dah...
joking...=)
oklah...
bahan2 nye

sponge finger
250ml whipping cream
250g cream cheese
150g yogurt asli (yg xde perasa)
150g gula
1 sudu nescafe campu ngn air suam...
serbuk koko.

ni je bahan2 nye...
mula2 masukkan cream cheese dlm mixer...
xde mixer pon boleh...
tapi jenuh sket lah nak mengacaunye nanti...
pastu,
masukkan gula,
pukul sampai sebati,
after that,
masukkan whipping cream
pukul lagi...
masukkan yogurt lak...
kalau xnak letak yogurt pon boleh...
pukul lagi...
ni la sponge finger..kalau xde ni, nak pakai sponge kek pon boleh...


mix...

pastu,
susun sponge finger dalam loyang..
agak2 dah tutup base loyang tu,
sapu la air nescafe yg dah dibancuh td atas sponge finger..
jgn byk2 sgt...
nanti lembik sponge finger tu...
dah sapu semua,
baru la tepekkan cream yg dah siap tu...
sapu rata,
then ayakkan serbuk koko atas tu...
repeat the same steps for next layer!


susun elok2 ye..kalau ada loyang 4segi lagi senang nak susun..


ni lah hasilnye...selekeh sket lah...tapi sedap gak...
tak sampai sehari dah abes..


yang ni cantek sket...kemas jea..


kalau korg xde loyang, wat dalam gelas pon boleh..
lagi cantek nampak layer dia..

oh ye,
tiramisu ni bajet dia
kurang sket daripada oreo cheese cake!
kalau korg nak sedap lagi,
tambah chocolate ganache kat atas tiramisu tu...
mcm topping gak laa..
senang je nak buat...
bahan-bahan:

1/2 cawan serbuk koko
1/4 tin susu pekat
1/4 marjerin

chocolate ganache

pakai kaedah double boil,
cairkan marjerin tu,
pastu masukkan susu
dah kacau sebati,
masukkan serbuk koko pulak..
dah siap...
dah tu,
boleh lah jiruskan kat atas tiramisu korg tu!
tapi aku xbuat pon yg ni..
saje la kalau korg rajen nak buat kan?
selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...