Free Widgets

Saturday, January 20, 2024

Hey, what's up guys?!

Assalamulaikum. sihat ke tu? hahahaha. 
lama gila wei tak update sini. 
last update 2016 tak silap. sekarang dah 2024. 8 tahun bai.
Alhamdulillah, aku masih sihat dan bernyawa lagi.
ni pun saja gatal tangan tulis, nak tengok macam mana update blog lepas lapan tahun.
godek-godek, sampai dashboard ni terus tulis tanpa ada darft ke apa.

sekarang ni ada ke lagi orang baca blog ek?
dulu ye lah, sekarang aku pun dah jarang baca blog orang.
sekarang ada instagram lah, tiktok lah, podcast lah, youtube segala.
orang dah tak menulis semua buat video content atau pun vlog.
record sendiri, then post.
aku dah la camera shy, memang tak la aku buat record diri sendiri buat vlog.
lepastu bila tengok balik video tu rasa cringe lepastu, macam mana nak edit kan, hahaha.
nak edit tu satu hal lagi.
nak menulis ni pun kadang malas. ni kan nak edit video.
edit-edit video, hujung-hujung nanti video aku,
jadi video presentation power point. 
hahahahaha.

apa lagi aku nak bebel kat sini.
haa, platform blogspot ni pun nasib baik masih free, aku rasalah.
kot kejap lagi kena bayar ke apa, aku tak tahu lah.
harap-harap masih free. 
bila aku tengok posting-posting lama,
sumpah aku rasa, apa benda la yang aku duk mengarut tulis dulu ni.
cringe gila.
lepas tu gelak sendiri baca. hahahaha.
walaupun begitu,
sempat la merasa duit hasil blogging dulu.
walaupun tak banyak, boleh la kan.
ingat nak terus jadi top blogger, 
hujung-hujung, tenggelam terus.

tapi, betul ni aku nak tanya,
ada ke orang tulis dan baca blog lagi?
kalau ada cuba komen kat bawah.
lahhhh, konon influencer.

cukup la dulu kot untuk kali ni.
kalau aku boring, aku sambung tulis sini lagi.
mana lah tahu, boleh jadi penulis blog yang aktif semula. 
masih berangan ya.
ok lah. bye.
assalamualaikum. 

Sunday, April 3, 2016

Dato' Siti Nurhaliza and Friends Concert 2016 Yonder Music Malaysia

Assalamualaikum.
Nampaknya, aku semakin rajin update blog ni, walaupun ... hahaha takpe lah kan. Entry kali ni, entry paling aku excited nak update. Aku dapat meyaksikan sendiri Konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends 2016 bersempena 20 tahun penglibatan beliau dalam industri seni. Konsert ni bagi aku tersangatlah ekslusif, sebab tiket-tiket nya tidak dijual ya. Aku tersangatlah bertuah untuk kali ni sebab dapat dua tiket melalui aplikasi Yonder Music Malaysia dan juga Xpax Celcom. I would say its kind of 'contest' to win the passes. Untuk memenangi pas konsert tu, kau mestilah pengguna Celcom/ Xpax dan memuat turun aplikasi YonderMusic disamping melanggan data plan yang disediakan. Bila aku tahu je ada contest ni, memang aku tidak teragak-agak untuk turut serta lah kan. Lepas register, setiap hari berharap supaya dapat lah dua tikiet ke konsert tersebut. Semakin hari semakin dekat dan masih lagi tiada jawapan dari pihak penganjur. Hati mula berasa pasrah dan redha bahawasanya aku tak dapat tiket yang didambakan itu. Kusangkan panas berpanjangan rupanya hujan ditengah hari. Tapi, aku rasa pepatah itu tiada kaitan pun. hahahaha. Lima hari sebelum konsert aku mendapat panggilan daripada Celcom dan dia kata aku menang pas konsert tu. Keterujaan menyelubungi diriku tatkala itu. hahahahaha. Excited lah oi, dapat Diamond Seat Area pulak tu. Boleh kata dekat dengan stage jugak lah. memang tak sangka beb!

Cukuplah seperenggan mukadimah meleret leret aku tu. Konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends 2016 ini juga menampilkan barisan penyanyi tersohor termasuklah Anggun, Afghan, Chakra Khan, Hafiz, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Sona One, dan Jaclyn Victor. Antara kelainan konsert ni, pengarah muzik dan beberapa musician diterangkan khas dari New York yang memberikan music arrangement baru untuk lagu lagu Siti pada malam itu. Superb! Kalau korang yang pernah menyaksikan Siti menyanyi secara live, mesti tahu betapa powerful dan mantapnya suara beliau dan malam tadi, beliau masih mengekalkan kehebatan suaranya itu. Memang bertenaga!

Bagi aku, artis-artis jemputan Siti pada malam tu, sangat membantu persembahan beliau. Maksud aku, artis-artis jemputan tu tak overshadow Siti and it just nice, walaupun mereka adalah antara nama-nama artis tersohor dan terkenal dan ianya memang menggambarkan Konsert Siti and Friends.

Persembahan Siti dan Anggun artis antarabangsa dari Indonesia bagi aku agak unik. Aku pun first time dengar suara Anggun secara live. Aku rasa, sebelum ni, siti hanya pernah menyanyi dengan Kris Dayanti, Rossa, Hetty Koes Endang dan beberapa artis Indonesia yang lain. Tapi, malam tadi kami dapat mendengar gabungan suara Siti dan Anggun yang mempunyai suara yang agak besar dan dalam. Bila aku tengok Anggun ni menyanyi, ada style Ella sikit. Persembahan Faizal Tahir dan Siti juga aku rasa unik sebab tak terfikir Faizal dan Siti akan menyanyikan lagu 'Bagaikan Sakti' OST Filem Puteri Gunung Ledang tu. Suara Faizal membawakan lagu tu pun sangat power dan jelas vokalnya. Afghan berduet bersama Siti menyanyikan lagu 'Biarlah Rahsia'. Bila Afghan masuk je stage, kuat gila crowd bersorak. serius. Oh ya, Siti pun ada nyanyikan lagu single terbaru beliau bertajuk 'Memories' lagu 'duet' dengan mendiang Whitney Houston. Tak silap aku, unreleased track ni dah dirakamkan oleh Whitney Houston dan dgn adanya teknologi canggih, jadilah lagu itu seperti lagu duet mereka berdua. Siti pun sempat merakamkan music video single tu masa malam konsert tu dengan semua penonton. Nak tahu macam mana hasilnya, kita tunggu je nanti.

Aku rasa itu saja yang dapat aku ringkaskan untuk Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concer 2016 ni. Macam biasa, jom lah kita srcoll gambar gambar yang sempat aku snap sepanjang konsert malam tadi.



Terima kasih Yonder Music Malaysia dan Xpax untuk tiket ini.


Suasana dipintu masuk sebelum konsert bermula.


Bergambar kejap.


Waktu mula mula Siti mula menyanyi malam tu.


Siti dan Anggun.


Siti dan Hafiz.


Chakra Khan


Siti lagi.


Siti dan Afghan menyanyikan lagu 'Biarlah Rahsia'.


Lagu penutup, 'Kau Ilhamku' oleh kesemua artis jemputan konsert.


Penyampaian cenderahati kepada semua artis terlibat.


cantik weh, bila dalam gelap, crowd on lampu handphone memasing.


Masa persembahan lagu penutup, diorang minta semua crowd berdiri. Tu yang sampai depan stage masing masing tu.



Terima kasih sekali lagi kepada Yonder Music Malaysia dan Xpax untuk pengalaman indah ini. Kalau ada tiket-tiket free lagi, boleh lah bagi lagi. Kesimpulannya, memang puas hati dengan persembahan Dato' Siti dan rakan rakannya. Memang tak silaplah Yonder Music sponsor konsert Dato' Siti ni. kepada korang semua yang tak berpeluang meyaksikan konsert ni, tunggu lah dvd ni siap dan akan dijual. bolehlah beli ya. 


like and share kalau suka :)

Saturday, March 26, 2016

Progres Pemakaian Damon Braces Selepas 10 Bulan

Assalamualaikum.
sepatutnya, entry yang ni aku publish dulu sebelum entry LepaqLepaq tu, tapi sebab aku terlalu teruja dengan makanan, tu yang jadi macam tu.takpe lah, janji ada entry baru. ye dak? update entry pun seminggu sekali, Tapi berangan nak jadi top blogger yang income ribu riban tu. Berangan je lah weh. Hahaha. Ehh, berangan tu bagus sebenarnya. Boleh jadi motivasi kadang kadang.

Back to the topic. Aku saje nak tayang progress gigi aku setelah 10 bulan aku pakai braces ni. Like always, kalau blog ni dah takde pembaca, ia adalah untuk rujukan aku masa akan datang. Well. Bila dah lama pakai braces ni. Dah tak rasa macam ada benda asing dalam mulut kau dah. Kau pernah dengar pepatah "bagai aur dengan tebing" atau pun "bagai isi dengan kuku" haaa begitulah akrabnya hubungan braces ni dengan gigi aku serta organ penghuni mulut yang lain.

Cuma asam garam bila pakai braces ni,
Memang tak lari lah daripada bracket tertanggal, wire terkeluar dari bracket, hatta ulser sekalipun. Tapi paling, paling aku tak suka, bila hari ni kau dah pergi appointment dengan orthodontist kau, baik punya servis, betulkan itu ini, gam balik mana bracket yang tercabut tu, then bila sampai rumah ataupun waktu malam tengah makan, bracket kau tertanggal balik. serius stress weh! kadang-kadang tu bukan waktu tengah makan pun. tetiba bracket melonggar lalu tertanggal dari gigi. demmit. Kepada kalian yang mempunyai pengalaman yang sama macam aku, silah komen diruangan bawah tu. nak jugak tahu cerita korang.

kalau kau ada rasa gigi-phobic(baca: jijik tengok gambar gigi) ke apa, sila berhenti membaca setakat disini. jangan teruskan. takut-takut nanti kau loya lalu pitam sewaktu membaca entry aku yang ini. tapi aku rasa, takde lah jijik pun weh. ianya cuma gigi. dah lah.



yang ini gambar masa baru beberapa minit selepas braces aku dipasang. kau tengok betapa huru-haranya keadaan gigi aku. aku dapat rasakan betapa struggle nya wire tu kat gigi aku untuk meluruskannya kembali. aku pun tak pasti kenapa gigi aku tak nak beratur susun elok-elok secara semula jadi. aku pakai ni pun, bukan sebab semata untuk susun semula, tapi untuk senang dijaga sebab bila berus, ada yang tak dapat dibersihkan dengan sempurna. Gigi ni nampak bersih sebab sebelum install braces tu, doktor scalling dulu. kalau tak. aku pun tak berani post kat sini. hahahahaha.




setelah sepuluh bulan pemakaian Damon Braces. teraturlah sikit. gigi bawah yang lintang pukang tu pun dah mula align, sebaris. gigi atas tengah-tengah masih ada sedikit senget. nampak tak gambar tu? ni kira paling latest punya lah. aku ada je amik gambar gigi sahaja macam gambar atas tu. tapi aku rasa, gambar ni lebih berseni untuk tatapan umum. :)


ok lah rakan-rakan sekalian. itu saja untuk entry kali ini. doakan aku rajin update lagi untuk jadi seorang blogger berjaya. amin. hahahaha. 

please like and share if you love this entry :) 

Sunday, March 20, 2016

Lepaq Lepaq. Cafe Hipster ke?

Assalamualaikum.
Sekarang ni, banyak cafe-cafe hipster dibuka dan menawarkan pelbagai menu menarik lagi mengiurkan.
Sebenarnya, aku pun kurang jelas macam mana cafe tu dikategorikan sebagai cafe hipster.
Well, bila aku google apa kejadahnya maksud hipster ni, google memberikan aku jawapan ini:

"a person who follows the latest trends and fashions, 
especially those regarded as being outside the cultural mainstream." 

Haaa, nampak ilmiah sikit entry aku kali ni.
Kiranya, cafe hipster ni, cefe yang lain daripada yang lain dari segi suasana cafe tu dan juga menu (baca: unik) yang disediakan lah kan? Aku pun malas nak mengulas lanjut tentang hipster ni. Hahaha. Lets proceed to the main agenda.

Jumaat lepas, lepas melawat one of my best friends kat Hospital Ampang Puteri sebab dia kena ACL, terus menuju ke Cafe Lepaq Lepaq kat Jalan Ceylon KL. Kira dekat jugak dengan KL Tower kalau korang tak tahu celah mana Jalan Ceylon ni. Aku pergi berdua je dengan Atikah. Si Tikah ni beriya nak try situ. Sebenarnya, aku pun, sebab kawan aku (Qayyum) masa kat MRSM Pasir Salak dulu chef kat Lepaq Lepaq tu. Satu hal lagi, si Qayyum ni asyik duk post and promote Lepaq Lepaq kat instagram dia. Makanan dan desserts yang dia post tu boleh meruntuhkan tembok kuat nafsu makan kau tahu?

Cafe ni dalam bangunan sendiri, bukan dalam mall atau mana mana kedai. Errr, kau faham apa yang aku maksudkan tak? Bila masuk dalam restoran ni, suasana 'cozy', relax je. Dua tingkat, tingkat bawah tu tempat cashier, ruangan pastry dan kitchen. Kalau nak dine in, semua kat atas. Alamak, aku tak sempat nak snap gambar ruangan ruangan tersebut sebab excited terlampau nak makan. Hahaha. Satu lagi sebab, tak plan pun nak buat entry baru pasal ni. Takpe, nanti aku amik gambar kat instagram si Qayyum.

Menu dia tak banyak mana, mostly aku rasa western. Drinks macam biasa lah macam coffee, latte, cuppucino etc. Untuk meal kami haritu, we decided to order 'Big Daddy' dan 'Honey Chicken Benedict'. Big daddy tu hidangan ala ala english breakfast dihidangkan atas dulang. Hahaha. Untuk dua orang cukup sangat weh. Kalau kau dapat habiskan sorang power sangat kau ni. Honey Chicken Benedict ni lebih kurang macam McD punya chicken sausage McMuffin with egg tapi dalam version yang lebih sedap. Serius!
Drinks pulak aku pilih 'Grandpa Coffee' dan si Tikah pilih 'Rainy Day Coffee'. Coffee dia pun not bad dan paling menarik cara hidangan dia. Macam Grandpa coffee ni, dia serve sekali dengan cotton candy. Macam mana dia serve? Nanti aku tunjuk gambar kat bawah ni.

Dessert pulak, kami pilih Tiramisu dan Peach cheese cake. Dua dua sedap! Ringan dan rasa cair je dalam mulut. Heaven gila rasa. Lepas tu, rezeki kami murah haritu, si Qayyum belanja Kek Nasi Lemak. Kau pernah ke terfikir nasi lemak boleh jadi dessert? Not bad jugak lah rasa dia. Memang rasa nasi lemak but in dessert version. Hahaha. Thanks Qayyum! 
Ok lah, jom layan gambar gambar mana yang sempat aku snap. 




Kami baru saja sampai. Dalam pukul 10.30 pagi macam tu.



Yes. Ini lah coffee yang aku cakap dia serve dengan cotton candy tu. Yelah, kalau dia serve coffee semata tak nampaklah ke-hipster-an tu kan? Mahkluk berbaju merah tu tak hipster langsung. 


Main dish belum sampai lagi, dah berlari lari anak turun bawah balik untuk pilih kek. 
Dari kiri: Peach Cheese Cake, Tiramisu.


Yang ni lah Honey Chicken Benedict tu. Nak tengok gambar ni yang lagi style, nanti aku tunjuk yang lagi satu.



Haaaa. Ini lah Big Daddy. Sampai sampai je waiter letak atas meja, excited gila tengok weh. Hahaha. Bila tengok macam ni, kau mungkin terdetik dalam hati, "eleh, aku boleh habiskan sorang je ni." Tak tahu lah kan, tapi aku makan dua orang ni pun dah cukup mengenyangkan. Ke sebab aku dah makan chicken benedict dulu? Hahahaha. Mungkin.



Yang ni, 'Rainy Day Coffee'.


Ini Qayyum. Dia seorang chef. Dia belanja kami Kek Nasi Lemak. 
Dia tetap kerja walaupun dia tengah demam. Walaupun half day. Jadilah seperti Qayyum. 
Hahaha. Lama gila tak jumpa.


Desserts and coffee.


So, inilah dia Kek Nasi Lemak yang diperkatakan tadi. Kalau korang boleh nampak, yang warna hijau tu adalah lapisan timun yang diblend dijadikan seperti topping. Yang warna putih tu pulak, nasi+santan+cheese sikit. Yang coklat tu, rasa peanut cake dan yang hitam tu lapisan biskut Oreo.


Gambar-gambar kat bawah ni pulak, aku rembat daripada instagram si Qayyum. konon-konon style sikit lah gambar-gambar dia. 






Akhir kata, itulah dia serba sedikit review untuk Cafe Lepaq Lepaq ni. Aku tak pandai pun buat review ni sebenarnya, just for fun dan aku tulis apa yang aku rasa. Dan jugak sebagai salah satu material untuk aku update blog aku yang berzaman ditinggalkan sepi ini. Marilah kita menadah tangan berdoa supaya aku rajin lagi update blog lepas ni dan dapat dijadikan side income. Amin. Semoga boleh jadi macam Cik Epal dan rakan-rakan blogger hebat yang lain sebab dapat income banyak melalui penulisan blog. Itu harapan dan impian aku. hahahaha. Boleh pulak terselit kat situ.
p/s: please drop your comment down below.  :)

please like and share if you love this entry :)

Sunday, August 9, 2015

Pemakaian Braces? Damon Braces? Ini Cerita Aku.

assalamualaikum.
last post aku 17 April 2014.
dah setahun lebih tak ber-blog weh.
aku tak tahu apa jadi dengan blog ni.
aku tak tahu jugak kenapa hari ni rasa nak update jugak.
ntah, tak tahu kenapa.

hari ni aku saja nak kongsi,
ataupun kalau aku punya blog ni dah tiada pembaca,
cuma untuk simpanan dan rujukan aku masa akan datang.
you know what i mean?
sama juga macam kat instagram.
bila kau upload gambar, then satu masa kau ada masa lapang selapang padang bola,
pastu kau scroll balik gambar-gambar kat instagram kau.
pastu kau senyum sorang-sorang.
sama lah macam blog aku ni.
cuma blog ni malas kadang-kadang nak menulis.

ok cukup.
29 Mei 2015 aku mula bergigi besi.
lama dah aku berhajat untuk menyusun atur semula gigi aku ni.
dah kerja ni ada lah sikit duit untuk bayar bulan-bulan ye dak?
dah ada duit tu, masa dan keadaan pulak jadi kekangan.
alhamdulillah, gigi aku  berbesi dah dua bulan dah.

so, sebelum aku nekad untuk membesikan gigi aku,
sudah semestinya aku membuat serba sedikit
kajian/survey/soal selidik dan sebagainya
tentang pendakap gigi atau lebih mesra dipanggil braces ni.
aku ada terbaca iklan kat facebook satu klinik gigi ni
aku pun pergilah kat page tu,
tak cuckup facebook,
aku pergi lah search kat instagram
aku baca/tengok testimoni-testimoni para pelanggan/pesakit klinik tu.
selepas mengambil kira pelbagai faktor,
aku pun berjaya meyakinkan diri aku untuk menjadi pelanggan Klinik Dr. Smile kat Bangi tu.

pada yang tak tahu tu,
kau bukan boleh pergi klinik gigi tu hari ni,
hari ni jugak kau pasang besi.
kalau kau beranggapan begitu,
kau silap bro/sis.
mestilah ada beberapa sesi dahulu sebelum kata sepakat diambil
antara kau dan orthodontik kau untuk memasang besi.
ada beberapa prosedur yang perlu diambil.
kalau kau jenis beli fake braces kat instagram,
lepas tu kau suruh jiran kau pasang, tu lain cerita.

oh ya,
aku telah memilih Damon Braces (DB) untuk gigi aku.
what i can say about Damon Braces,
bracket dia kecik sikit compared to conventional braces tu
lepas tu, waktu temu janji kau hanya dua bulan sekali.
well, but it depends how it works on your teeth.
kalau bracket dah kecik sikit tu,
konon-kononnya kurang lah sikit ulser dalam mulut kau tu,
but still, kalau dah pakai braces siapa yang tak kena ulser?
sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula bracket dan ulser.
haaa, gitulah perumpamaannya.
macam aku, ulser tu sikit je, area gigi yg terkeluar dari landasan yg betul.
yang lain ok je.
DB ni jugak katanya 'self ligating system'
part yang ni kau kena tanya doktor gigi kau.
aku tak reti nak explain the mechanism or how it works etc.
plus, DB ni pun tak memerlukan kau bergaya setiap bulan
dengan pelbagai menukar warna getah celah bracket tu.
it's plain metal.
so, kalau kau tu jenis yang macam nak match kan warna gigi kau dengan baju kau setiap bulan,
lupakan lah DB ni. amik yang conventional tu.
joking.
selalu, kalau nak pakai braces mesti kena cabut gigi kan?
pada mulanya, aku kena cabut 4 batang gigi.
ya, empat ya. ini bukan gurauan.
bila aku dengar 4 batang gigi aku kena cabut.
hati ini mula terdetik.
betul ke aku nak pakai braces ni?
banyak dugaan emosi ya sewaktu memilih jalan untuk ber-braces ni.
masa appointment,
doktor tengok balik, cuma dua je perlu dicabut.
bila aku dah pakai braces dua bulan ni.
doktor kata, tak payah cabut dah.
sebab gigi aku menunjukkan prestasi yang baik.
good job gigi.
berapa pun gigi yang kena cabut,
ia bergantung kepada keadaan gigi masing-masing

i still remember what my doctor said to me after the braces have been installed.
"nanti awak makan je lah apa yang awak nak, janganlah makan bubur je, kurus pulak nanti."
memang betul.
right after gigi aku dah ada braces tu,
tak rasa apa, cuma rasa macam ada benda asing je.
malam tu masa nak tidur,
dia dah buat perangai.
berdenyut, rasa tegang je gigi kau.
bila aku tanya kawan-kawan aku yang pernah pakai braces.
diorang kata mula-mula pakai memang rasa sakit.
at least for two weeks.
memang serius rasa macam menyesal je pakai braces ni.
rasa macam, apa aku dah buat ni?
that's what i felt.
seminggu tu aku makan bubur je.
try jugak kunyah nasi,
gigi depan ni rasa ngilu dan macam tak kuat je gigi tu.
tapi selepas hampir dua minggu,
rasa ok dah. yelah, gigi tu nak ambil masa jugak kan.
tetiba kau pasang besi kat dia yang selama ni duduk dendiam tu.
ini apa yang aku rasa lah, lain orang lain pengalaman ye dak?

apa lagi aku nak cerita ni ek?
aku cuba untuk tulis semua pasal braces ni dalam satu post
malas pulak nak buat part by part.
next entry ni pun tak tahu lah tahun bila aku nak sambung.
ok lah,
bajet pulak.
untuk DB yang aku buat kat Klinik Dr. Smile ni
total semua adalah RM 6500.
kalau aku tulis RM 6.5K nampak banyak jugak ke?
ya, itulah jumlahnya sister dan brother sekalian.
downpayment RM 1.8K
then, every month RM0.2K sahaja.
tak termasuk x-ray, cabut gigi dan moulding ya.
kalau yang conventional,
RM5K saja total.

kat mana aku buat braces ni?
 - Klinik Pergigian Dr.Smile (Bandar Baru Bangi)
- Address : No.19A Jalan 15/1B, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 43650, Kajang, Selangor
- Numb Tel : 0192432010
- Email : drsmile.bangi@gmail.com

Klinik Dr. Smile ni ada tiga cawangan.
Bandar Baru Bangi, Taman Pelangi Semenyih dan Bandar Sri Permaisuri Cheras.
kepada anda semua yang ingin mendapatkan perkhidmatan pergigian
silalah berkunjung ke klinik tersebut.

lepas aku dah ber-braces ni,
ada kawan-kawan dan bos aku tanya kat mana buat.
tapi diorang bukan pergi untuk pasang braces.
nak buat rawatan gigi sebab sakit.
sorang bos aku dan sorang kawan sekerja dah pergi membuat rawatan kat klinik Dr. Smile Bangi tu.
they give positive feedback.
amboi beriya aku promote klinik ni.
Dr. Shazleen, discount for me please. :)
aku cuba bagi cadangan je.
aku bukan duta klinik tersebut apatah lagi dibayar untuk membuat promosi.
cuma beri cadangan dan info saja.

panjang jugak aku menulis kali ni.
itu sahaja untuk kali ni.
bye.

nampak tak macam benda putih berbentuk gigi tu?
itulah acuan gigi aku sebelum proses pakai braces.
doktor akan study apa nak buat kat gigi kau guna model tu.


ini lah perbezaan DB dan Conventional braces. 

ni bila dah pasang kat gigi. tapi ni bukan gigi aku, google je ni. 
gigi aku terabur lagi, nanti dah cantik aku tayang. luls.




kepada brother mahupun sister yang rasa-rasa nak bertanya tu,
jangan ragu-ragu untuk tuliskan sebarang pertanyaan di ruangan komen dibawah ya?
insyaallah, saya akan jawab mana yang termampu.
please do comment down below. :)




copy url & shrare :)
like kalau suka. :)

Thursday, April 17, 2014

Red Velvet Brownies! Nak Resepi?

assalamualaikum.
lama gila dah tak berblogging ni.
almaklumlah, dah bekerja.
tak ada masa nak update.
tapi tu semua alasan.
aku tak tahu lah kenapa hari ni rasa bersemangat pulak nak update blog ni.
nak share resepi pulak tu.
random sangat.

aku pun dah lama jugak tak baking,
satu hari tiba tiba rasa nak baking,
so, aku terfikir nak baking apa.
beberapa minggu sebelum tu, aku ada tengok video Laura Vitale kat YouTube.
kalau korang nak tahu, boleh cari video dia.
kalau berminat, subscribe je channel dia macam aku.
dipendekkan cerita, aku rasa nak try bake Red Velvet Brownies inspired by Laura Vitale ni.
bukan Red Velvet Cake ya, ia adalah sejenis Brownies.
nak tahu apa beza cake dengan brownies,
pergi lah google sendiri. :)

berikut adalah resepinya:

1/2 cup of Unsalted Butter, softened at room temperature
1 cup of sugar1/4 tsp of Salt
2 eggs
3/4 cup of Flour
3 Tbsp of Cocoa powder
1 tsp of vinegar
1 tsp of Vanilla Extract

Cream Cheese Filling:
250g of Cream Cheese, softened at room temperature
1 Egg
3-1/2 Tbsp of Sugar
1 tsp of Vanilla Extract

1. grease baking pan/ loyang dengan butter, letak parchment paper macam biasa.
2. panaskan oven 180C
3. pukul butter dan gula sebati kemudian masukkan telur.masukkan cocoa powder, gaul      
    sebati dan disusuli dengan food coloring dan vinegar. akhir sekali masukkan tepung gaul       sebati (kaup balik). 
4. asingkan 1/4 adunan dalam bekas berasingan. masukkan lebihan adunan (3/4) kedalam         loyang.  
5. dalam bekas yang lain, pukul cream cheese, gula, vanilla extract dan telur sehingga tiada     ketulan.
6. ratakan adunan cream cheese diatas adunan tepung warna merah tu. lepas tu, 1/4               adunan tu boleh lah ambil sudu corakkan atas lapisan cream cheese. boleh lah buat swirl     ke macam marble kek tu ke, any pattern you like. macam aku, aku masukkan 1/4 adunan     tu dalam piping bag. lepas tu buat corak garis garis then tarik (seperti dalam gambar           dibawah). konon konon nak canggih sikit lah. konon je lah.
7. dah siap semua, bolehlah masukkan ke dalam oven yang dah pre-heat tadi, bakar pada       suhu 180C selama 30min.


adunan brownie

yang putih tu adunan cream cheese, yang bercorak tu 1/4 adunan brownie yang diasingkan. 
maka jadilah corak sedemikian.

selepas 30min dalam oven.

siap untuk dijamu. ngap ngap ngap. eh sedap pula. ok, over.




akhir kata, selamat mencuba!
oh ya, nah link channel Laura Vitale kalau korang semua nak usha lah.


sila like kalau suka! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...