Free Widgets

Sunday, August 9, 2015

Pemakaian Braces? Damon Braces? Ini Cerita Aku.

assalamualaikum.
last post aku 17 April 2014.
dah setahun lebih tak ber-blog weh.
aku tak tahu apa jadi dengan blog ni.
aku tak tahu jugak kenapa hari ni rasa nak update jugak.
ntah, tak tahu kenapa.

hari ni aku saja nak kongsi,
ataupun kalau aku punya blog ni dah tiada pembaca,
cuma untuk simpanan dan rujukan aku masa akan datang.
you know what i mean?
sama juga macam kat instagram.
bila kau upload gambar, then satu masa kau ada masa lapang selapang padang bola,
pastu kau scroll balik gambar-gambar kat instagram kau.
pastu kau senyum sorang-sorang.
sama lah macam blog aku ni.
cuma blog ni malas kadang-kadang nak menulis.

ok cukup.
29 Mei 2015 aku mula bergigi besi.
lama dah aku berhajat untuk menyusun atur semula gigi aku ni.
dah kerja ni ada lah sikit duit untuk bayar bulan-bulan ye dak?
dah ada duit tu, masa dan keadaan pulak jadi kekangan.
alhamdulillah, gigi aku  berbesi dah dua bulan dah.

so, sebelum aku nekad untuk membesikan gigi aku,
sudah semestinya aku membuat serba sedikit
kajian/survey/soal selidik dan sebagainya
tentang pendakap gigi atau lebih mesra dipanggil braces ni.
aku ada terbaca iklan kat facebook satu klinik gigi ni
aku pun pergilah kat page tu,
tak cuckup facebook,
aku pergi lah search kat instagram
aku baca/tengok testimoni-testimoni para pelanggan/pesakit klinik tu.
selepas mengambil kira pelbagai faktor,
aku pun berjaya meyakinkan diri aku untuk menjadi pelanggan Klinik Dr. Smile kat Bangi tu.

pada yang tak tahu tu,
kau bukan boleh pergi klinik gigi tu hari ni,
hari ni jugak kau pasang besi.
kalau kau beranggapan begitu,
kau silap bro/sis.
mestilah ada beberapa sesi dahulu sebelum kata sepakat diambil
antara kau dan orthodontik kau untuk memasang besi.
ada beberapa prosedur yang perlu diambil.
kalau kau jenis beli fake braces kat instagram,
lepas tu kau suruh jiran kau pasang, tu lain cerita.

oh ya,
aku telah memilih Damon Braces (DB) untuk gigi aku.
what i can say about Damon Braces,
bracket dia kecik sikit compared to conventional braces tu
lepas tu, waktu temu janji kau hanya dua bulan sekali.
well, but it depends how it works on your teeth.
kalau bracket dah kecik sikit tu,
konon-kononnya kurang lah sikit ulser dalam mulut kau tu,
but still, kalau dah pakai braces siapa yang tak kena ulser?
sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula bracket dan ulser.
haaa, gitulah perumpamaannya.
macam aku, ulser tu sikit je, area gigi yg terkeluar dari landasan yg betul.
yang lain ok je.
DB ni jugak katanya 'self ligating system'
part yang ni kau kena tanya doktor gigi kau.
aku tak reti nak explain the mechanism or how it works etc.
plus, DB ni pun tak memerlukan kau bergaya setiap bulan
dengan pelbagai menukar warna getah celah bracket tu.
it's plain metal.
so, kalau kau tu jenis yang macam nak match kan warna gigi kau dengan baju kau setiap bulan,
lupakan lah DB ni. amik yang conventional tu.
joking.
selalu, kalau nak pakai braces mesti kena cabut gigi kan?
pada mulanya, aku kena cabut 4 batang gigi.
ya, empat ya. ini bukan gurauan.
bila aku dengar 4 batang gigi aku kena cabut.
hati ini mula terdetik.
betul ke aku nak pakai braces ni?
banyak dugaan emosi ya sewaktu memilih jalan untuk ber-braces ni.
masa appointment,
doktor tengok balik, cuma dua je perlu dicabut.
bila aku dah pakai braces dua bulan ni.
doktor kata, tak payah cabut dah.
sebab gigi aku menunjukkan prestasi yang baik.
good job gigi.
berapa pun gigi yang kena cabut,
ia bergantung kepada keadaan gigi masing-masing

i still remember what my doctor said to me after the braces have been installed.
"nanti awak makan je lah apa yang awak nak, janganlah makan bubur je, kurus pulak nanti."
memang betul.
right after gigi aku dah ada braces tu,
tak rasa apa, cuma rasa macam ada benda asing je.
malam tu masa nak tidur,
dia dah buat perangai.
berdenyut, rasa tegang je gigi kau.
bila aku tanya kawan-kawan aku yang pernah pakai braces.
diorang kata mula-mula pakai memang rasa sakit.
at least for two weeks.
memang serius rasa macam menyesal je pakai braces ni.
rasa macam, apa aku dah buat ni?
that's what i felt.
seminggu tu aku makan bubur je.
try jugak kunyah nasi,
gigi depan ni rasa ngilu dan macam tak kuat je gigi tu.
tapi selepas hampir dua minggu,
rasa ok dah. yelah, gigi tu nak ambil masa jugak kan.
tetiba kau pasang besi kat dia yang selama ni duduk dendiam tu.
ini apa yang aku rasa lah, lain orang lain pengalaman ye dak?

apa lagi aku nak cerita ni ek?
aku cuba untuk tulis semua pasal braces ni dalam satu post
malas pulak nak buat part by part.
next entry ni pun tak tahu lah tahun bila aku nak sambung.
ok lah,
bajet pulak.
untuk DB yang aku buat kat Klinik Dr. Smile ni
total semua adalah RM 6500.
kalau aku tulis RM 6.5K nampak banyak jugak ke?
ya, itulah jumlahnya sister dan brother sekalian.
downpayment RM 1.8K
then, every month RM0.2K sahaja.
tak termasuk x-ray, cabut gigi dan moulding ya.
kalau yang conventional,
RM5K saja total.

kat mana aku buat braces ni?
 - Klinik Pergigian Dr.Smile (Bandar Baru Bangi)
- Address : No.19A Jalan 15/1B, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 43650, Kajang, Selangor
- Numb Tel : 0192432010
- Email : drsmile.bangi@gmail.com

Klinik Dr. Smile ni ada tiga cawangan.
Bandar Baru Bangi, Taman Pelangi Semenyih dan Bandar Sri Permaisuri Cheras.
kepada anda semua yang ingin mendapatkan perkhidmatan pergigian
silalah berkunjung ke klinik tersebut.

lepas aku dah ber-braces ni,
ada kawan-kawan dan bos aku tanya kat mana buat.
tapi diorang bukan pergi untuk pasang braces.
nak buat rawatan gigi sebab sakit.
sorang bos aku dan sorang kawan sekerja dah pergi membuat rawatan kat klinik Dr. Smile Bangi tu.
they give positive feedback.
amboi beriya aku promote klinik ni.
Dr. Shazleen, discount for me please. :)
aku cuba bagi cadangan je.
aku bukan duta klinik tersebut apatah lagi dibayar untuk membuat promosi.
cuma beri cadangan dan info saja.

panjang jugak aku menulis kali ni.
itu sahaja untuk kali ni.
bye.

nampak tak macam benda putih berbentuk gigi tu?
itulah acuan gigi aku sebelum proses pakai braces.
doktor akan study apa nak buat kat gigi kau guna model tu.


ini lah perbezaan DB dan Conventional braces. 

ni bila dah pasang kat gigi. tapi ni bukan gigi aku, google je ni. 
gigi aku terabur lagi, nanti dah cantik aku tayang. luls.




kepada brother mahupun sister yang rasa-rasa nak bertanya tu,
jangan ragu-ragu untuk tuliskan sebarang pertanyaan di ruangan komen dibawah ya?
insyaallah, saya akan jawab mana yang termampu.
please do comment down below. :)




copy url & shrare :)
like kalau suka. :)

19 comments:

Siti Norshilla said...

6.5k tu termasuk procedure after tggal braces ie retainer ke?

Siti Norshilla said...
This comment has been removed by a blog administrator.
::dAuZsHaNLeY:: said...

Siti Norshilla rasanya ya. doktor tak cakap pulak pasal benda ni, xpe, nxt check up saya tanya. :)

Unknown said...

Sy pn bru pakai breses,sy buat dekat USIM..baru beberapa hari pakai,so rasenye stres jugak la..kos dekat USIM tu rm3k..x termasuk xray ,xray rm100..

::dAuZsHaNLeY:: said...

Noris Shasha : i see. oh, dekat USIM ada sedia perkhidmatan braces ye? bawah pusat kesihatan universiti ke macam mana?

~miszirdawaty~ said...

Tolong jawab soalan kat atas, after removal procedure x termasuk. Based on the agreement lah. :)

::dAuZsHaNLeY:: said...

~miszirdawaty~ : terima kasih tolong jawabkan :)

Unknown said...

Assalamualaikum bro. Xray mana tmpt murah erk and prosedur untk xray dngn klinik kerajaan cmner?

Unknown said...

Assalamualaikum bro. Xray mana tmpt murah erk and prosedur untk xray dngn klinik kerajaan cmner?

::dAuZsHaNLeY:: said...

fathull nazmi: wsalam bro. alamak, sorry bro. aku tak dapat nak jawab dua soalan kau tu. since aku pun buat kat swasta, jadinya aku takde info atau pengalaman yang dapat dikongsikan berkaitan soalan kau tu. prosedur x-ray tu memang kena rujuk klinik gigi kerajaan. kalau yang murah utk swasta, rasanya memang rate dia dlm Rm150-rm200 tak silap aku. sorry bro aku tak dapat jawab soalan kau. tp aku cadangkan kau redah je beberapa klinik gigi swasta dan tanya. jangan takut/segan tanya je. dari situ kau kumpul info dan oleh bandingkan mana yang sesuai dengan kau. aku reply komen kau ni mcm tulis satu entry baru pulak. haha.

Unknown said...

Hai .
Sy bru je pakai bracess since last month.. Sy pasang dkt area pj.. But now study dkt bangi. Sy nak tanya kalau sy nak buat service dkt klinik dr.smile ni boleh ke erh ??? Sbb ad bracket yg tcabut . nak balik pj takde masa sbb bz class n assgnmnt..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Nak tanya 200 monthly tu termasuk byr cuci gg x

Unknown said...

Noris Shasha, u buat braces kat USIM cawangan mana ye? The cost is reasonable

::dAuZsHaNLeY:: said...

Nor Atilia Azmi: 200 tu bayar bulan2 kira macam ansuran utk kita habiskan total amount yang beribu2 tu lah. kalau mcm saya, monthly 200 tu mmg termasuk servis semua lah. yg tak termasuk seperti yg saya nyatakan dalam entry ni. sorry for the very late respond. :)

Unknown said...

Hey sis, kalau buat braces dekat USIM lama tak tunggu giliran?

Unknown said...

Yesss.. I pun pakai Damon braces.

Emi said...

Hrga braces tu utk gigi atas bwah ke?.. klu nk buat atas shj dkt dr smile bleh ke?

Haziqah said...

overall ambil berapa lama nak pasang braces drpd start consultantion sampai siap pasang braces?? sbb saya students duduk asrama x byk masa terluang. jadi time pkpb ni lah ingat nak buat. boleh bagi tahu tak tempoh masa yg diambil??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...