Monday, November 29, 2010

tips untuk ke MAHA 2010

haii..
dah 4 hari tak bersiaran..
so, normal la kalau trafik down...
baru pulang dari xpdc ke gunung brinchang, cameron highlands...
tapi bukan hendak diceritakan sekarang,
kerana gambar2 tiada disisi...
semuanya pada kawan-kawan yang memiliki kamera...
ok, cukup.

ingat lagi entry aku pasal MAHA 2010?
tadi aku pergi lah menziarahi MAEPS tu nak usha2 MAHA 2010...
aku gerak pagi dalam pukul 11...
bagi aku best la jalan2 kat dalam tu...
aku pergi hari ke-4...
maknanye, ade 6 hari lagi...
sape2 yg belum pergi tu, ade mase lagi...

berdasarkan kunjungan aku tadi,
aku nak share beberapa tips kalau korg nak g MAHA 2010 ni...
#entry ni xde gambar sebab xde kamera.

********************************************************************************
1. datang awal.
-kalau boleh korang datang lah awal. sebab xsusah nak carik parking, sebab xjam sangat, sebab masih pagi. tadi aku sampai sana dalam pukul 11. still ok sebab MAHA start pukul 10 pagi.

2. bawak payung.
-sebab nanti hujan. sekarang musim hujan tau kan? kalau tak pun panas. mmg panas tadi, lagi2 kalau korg parking kereta jauh.berlemuih la korg nt..

3. bawak air minuman sendiri.
-air botol dan segala macam air memang byk disediakan, maksud aku, dijual. tapi xpuas lah. kalau cuaca terik mmg tekak kering dan dahaga. so, kalau bawak air sendiri kan lebih jimat!

4. usha harga dahulu.
-kalau korg nak beli ape2 kat sana, jgn terus beli. jalan2 dulu survey harga. mungkin ada gerai yg menawarkan harga lebih murah. kalau rajin buat dua round, 1st round jalan-jalan dan 2nd round, beli-beli.

5. bawak duit secukupnya.
-bawak la duit secukupnya. kat dalam tu memang ada atm machine. tapi org ramai. haruslah beratur panjang untuk mengeluarkan wang.

6. buang segala air besar mahupun kecil.
-tadi aku tengok, ramai org nak masuk toilet. siap beratur lagi, nasib baik pandai beratur nak masuk toilet. aku pon pelek, mereka ni nak pergi MAHA ke nak pergi toilet? tapi kalau dah terpaksa tu nak buat macam mana kan.

7. amek tester.
-ni part yg aku paling suka. mana2 gerai yg ade tester je mesti aku g. macam2 lah dorg bagi untuk kita rasa sendiri. jalan gerai ni makan ini, gerai tu pulak rasa benda lain pulak. best2.

ape lagi eh?
tu je kot, stakat yg aku ingat lah.
kepada mereka yang nak pergi nanti,
semoga tips2 ni berguna kepada anda semua.
dah, babai!

Tuesday, November 23, 2010

How I Met Your Mother?

hi guys...!
how are you today?
great?
ok, saje je nak prektis2 cakap omputih...
nak tanye boleh?
kalau korg boring2 korang buat ape?
tengok movie?
slalu nye dalam laptop korg ade movie ape eh?
ok, maksud aku dalam external korg...
tau dah, skng ni sume org ade external masing2...
latest movie?
korean drama? naruto? kamen rider?
ke cter 2 Alam? teetttt...hahaha...
mcm2 la kan...

skang ni aku tgh dok suka tgk series
'How I Met Your Mother'
mesti ada yg jawab:
"oh, cter tu...aku pon suka tengok gak...best2.."
ataupon yang ni:
"cter ape tu? drama baru rozita che wan ke?..."
hahaa..
mula2 aku pon jawab yg jawapan yg kedua itu...
tapi skng bila org tanye,
aku jawab jawapan yg pertama tuu...

skang aku tgh tgk 3rd season...
ok tau, aku agak ketinggalan... =_="
xsilap skng dah 7th season kan? *betulkan aku kalau salah...
tak tau la nape aku lambat tgk cter ni...
cter2 ni pon aku amk kat member aku yg rajin memuat turun cter ni..
nape aku ske tgk?
sebab cter ni lawak...
dan aku suka tgk cter2 yg lawak2...
jap2...season2 yg seterusnya boleh tengok online tak?
hmmmm...


pelakon2 HIMYM...





tu je...
ade cter yg best lagi tak?
jom share...

p/s: khamis ni nak g cameron highland...yeay!

Sunday, November 21, 2010

MAHA 2010

salam semua!
kesian la tengok blog ni asek entry yg sama je setiap kali bukak...
sebab xtau nak update pasal ape...
kadang2 pelek gak tgk blogger2 lain sehari je 4, 5 entry...
giler lah...
mesti mencurah-curah idea mereka..
aku ni,
nak tulis entry ni pon kena mundar-mandir
sambil berkerut-kerut dahi dulu,
baru dapat idea...*haha...tipu!
ade tips tak, cane nak dpt kan idea yg mencurah2 tu?
ok, cukup untuk itu...

sebenarnya,
aku nak ajak korang semua pergi ke MAHA 2010...
MAHA stand for Malaysian Agriculture, Horticulture, Agrotourism...
MAHA International 2010 ni berlangsung kat
MAEPS= Malaysia Agro-Exposition Park Serdang...
pada 26Nov-5Dis ni..
acara ni 2 tahun sekali,
dapat sambutan yg hebat pada tahun sebelumnya (2008)..

aku sendiri xpernah pergi lagi
sebab 2008 still belajar kat penang,
so, rasa nya tahun ni nak pergi lah...
sebab aku pon amk Bachelor Sc. Horticulture kat UPM tu,
rasanye tak rugi kalau aku pergi sana...

ada ape kat MAHA 2010 ni?
segala macam pameran, bengkel, seminar, jualan etc...
xsilap 28 buah negara join MAHA 2010 ni...
kpd sape2 yg berminat dlm bidang pertanian ni,
this is the time!
pertanian ni bukan setakat pokok sayur, buah, bunga,
korg nak jumpa lembu? kambing? ikan pon ade...
so, boring2 cuti sem + cuti sekolah ni xtau nak pergi mana,
xrugi pon..jom la, jom la, jom laaa...hahaaa...
ayuh kita ke MAHA International 2010!
for more info,


see you there!

Thursday, November 18, 2010

geng blogger sudah pulih seperti sedia kala!

haiiiii...
sgt teruja hari ni sbb?
geng blogger dah pulih dari koma yg berbulan2...
ahahaha...
suka2...
mcm tau2 je aku tgh cuti sem ni...
so, boleh la lepak2 kat GB ni...
dah lama x blogwalking thru GB,
baca blog kat GB,
byk lagi lah...
yeya!
sape yang dah daftar geng blogger tu,
jom lepak!
yg belum?
kasi daftar dulu...
kat sini (klik)
ok?


hehee....
p/s : harap gb xsakit lagi la pasni...

Tuesday, November 9, 2010

me and animalia, animalia and me

hai semua!
dah lama xmasuk contest,
pernah masuk, tapi xpernah menang pon...
hmmpphh... =_="

contest yang dianjurkan oleh blog ni,
tema?
'u & animalia'....


banner contest...


dan ini pilihan aku untuk contest ni...

#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#



saya dan timun laut...


aku terserempak dengan
animalia ni time kat teluk segadas,
pulau pangkor...
jelly-like structure...
bila animalia ni takut,
beliau akan pancutkan air...
mula2 cam geli je nak pegang animalia ni,
tapi bila dah pegang rasa cam nk picit2 je ....
hahahaaa...
xgeli pon...
best2...
ok, tu je...

Saturday, November 6, 2010

pakcik suka senyum

layan ni jap!


aku mmg suke berkongsi...
hahahaa..
member aku tag kat fb...
so?
korg rase nape ngn pakcik ni?
tebiat ke hape?
sorry pakcik!
tapi pakcik nampak comel...
hahahahaaaa...

Friday, November 5, 2010

Tazkirah Jumaat: keberkatan Surah Al-Ikhlas

assalamualaikum...
hai bloggers!
seperti biasa,
agak sibuk dengan final exam yg tggl brp hari je lagi...
cuak-cuak!

ok la...
xpernah2 aku wat tazkirah kan...
tetiba je rasa nak share ng korg sume...
keberkatan Surah Al-Ikhlas...
mungkin ada yg dah tau, mungkin ada yg belum...
tak salah nk berkongsi kan?



Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan
juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas
(sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada
orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.


Solat
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang
diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.
Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap
di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan
membawanya dengan sayap mereka melintasi Titian Siratul Mustaqim lalu menuju ke syurga.
Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Khatam Al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali
(yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama
dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca
surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.



p/s:


Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertim ana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa ana k- ana knya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaik ann ya kepada orang lain.

selamat beramal kawan-kawan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...