Friday, November 5, 2010

Tazkirah Jumaat: keberkatan Surah Al-Ikhlas

assalamualaikum...
hai bloggers!
seperti biasa,
agak sibuk dengan final exam yg tggl brp hari je lagi...
cuak-cuak!

ok la...
xpernah2 aku wat tazkirah kan...
tetiba je rasa nak share ng korg sume...
keberkatan Surah Al-Ikhlas...
mungkin ada yg dah tau, mungkin ada yg belum...
tak salah nk berkongsi kan?



Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan
juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas
(sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada
orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.


Solat
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang
diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.
Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap
di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan
membawanya dengan sayap mereka melintasi Titian Siratul Mustaqim lalu menuju ke syurga.
Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Khatam Al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali
(yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama
dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca
surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.



p/s:


Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertim ana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa ana k- ana knya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaik ann ya kepada orang lain.

selamat beramal kawan-kawan!

7 comments:

SyerAgh said...

semoga kamu mengamalkannya.. haha

::dAuZsHaNLeY:: said...

SyerAgh: kamu juga! hahahaaa..

AdiE said...

BEST OF LUCK!!

~ DanieL AdiE ~

::dAuZsHaNLeY:: said...

AdiE: thanks bro!

YamMy said...

gud luck tok finall

nba-Nur said...

Salam.. Kak Nur mohon izin nak copy entri ni.. Terima kasih kerana sudi berkongsi..

::dAuZsHaNLeY:: said...

nba-Nur:boleh saja...sama-sama..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...