Monday, November 11, 2013

Akhirnya! Akhirnya!

assalamualaikum,
kembali bersiaran setelah lama menyepi.
yang ni pun spontan je tanpa ada rangka atau draft segala.
setelah didesak oleh beberapa pembaca tegar blog ni,
akhirnya aku menunaikan hasrat mereka untuk update blog yang lama ditinggalkan ini.
ya, memang ada pembaca tegar blog ni,
walaupun tidak seberapa.
krik krik krik krik..
terima kasih kalian.  :)

memang banyak nak diceritakan sepanjang kebisuan blog ni.
antaranya, aku sekarang telah pun bekerja.
tapi, aku cuba untuk bercerita satu persatu.
bergantung kepada tahap kerajinan, masa dan mood.

hari ini aku nak bercerita tentang
perkara yang sangat membuatkan aku sangat teruja.
hari graduasi.
sangat-sangat teruja sebelum tiba harinya.
menghitung hari menanti hari tersebut.
selesai empat tahun mengambil program bachelor,
akhirnya, 26 Oktober 2013,
aku telah pun bergraduasi.
alhamdulillah!
rasa terharu, gembira, sedih semua bercampur.
gembira sebab berjaya tamatkan pengajian,
dan sedih sangat sebab kehidupan di universiti telah pun berakhir.
kawan-kawan universiti memang best!
malas nak bercerita pasal kawan kawan ni.
nanti ada yang mengalirkan air mata.
srot srot..

sangat teruja menanti hari konvokesyen,
seminggu sebelum tu, aku dan kawan-kawan dah buat pre-convo photoshoot.
siap hired photographer lagi.
nasib baik ada seorang junior aku bakal seorang photographer berjaya.
jadi kami pun bersepakat untuk meng-hire beliau.
senang sikit nak kawtim.
aku nak promote kan pun xde page nak bagi link kat sini.
nak hashtag pun tak tau nak hashtag apa.
aku bagi nama je lah ye,
Ahmad Nash Photographer kot tak silap.
mohon Nash bagi komisen kat aku. hahaha.

cukuplah aku promote kau Nash.
ni nak share sikit gambar-gambar sebelum, semasa dan selepas konvo.
sumber gambar pun campur campur.
nah tengoklah sendiri.


kali pertama jubah disarungkan.

geng-geng pre-convo photoshoot.

gigih buat props segala.

amboi, seronok sangat gelak macam tu. belakang tu, dua orang OP kami;
Nash dan Harzin.

ni gambar instagram

yang ni sesi photoshoot yang lain pulak.

bersama rakan sekerja


comel ke buat muka macam tu?

masa ni, tengah beratur luar dewan untuk perarakan graduan.

Horticulturists!

dalam dewan.

setelah selesai.

with my mom!

ni antara gambar yang diambil oleh OP kami. ni pun download thru fb je.
sebab belum dapat lagi kesemua hasilnya.

ni satu lagi.


ok lah itu saja buat entry kali ni.
ada masa, ada lah entry seterusnya.

"Sebelum konvo rasa seronok, lepas konvo rasa sedih sebab tak tahu bila dapat jumpa kawan-kawan lagi.."
(Firdaus Rosli, 2013).
 

Monday, August 26, 2013

Sekitar Majlis Pra Tonton Filem KL Zombi

assalamualaikum,
khamis lepas, 22/8/2013.
aku berpeluang menghadiri Malam Gala Filem KL Zombi,
di Cathay Cineplex e@curve.
ni kira kali pertama lah aku datang ke preview filem macam ni,
good experience for me.

aku dengar, ramai yang tak sabar nak tengok filem ni.
antara sebabnya.
sebab ada Zizan.
dan ada juga sebab novel Fixi Zombijaya.
ramai diantara pembaca-pembaca Zombijaya mengatakan tak sabar nak menonton filem yang diadaptasikan daripada novel tersebut.
apa yang aku nampak sekarang, 
macam dah jadi trend buat filem ataupun drama based on novel.
mungkin salah satu strategi untuk menarik penonton menonton sesuatu filem ataupun drama.

aku ni bukan lah hebat sangat nak komen ataupun mengkritik filem ni.
jadi, kepada semua peminat Zizan atau pun pembaca novel Fixi Zombijaya,
pergi sendiri menonton filem ini yang bakal ditayangkan 29 Ogos ini.
dan anda sendiri nilaikan bagaimana.
selamat menonton!
dekat bawah ni ada lah sedikit gambar-gambar sekitar majlis tersebut.


KL Zombi

e@curve

Premier screening KL Zombi

tiket free! :)

masa ni belum ramai lagi. aku datang awal sikit.

hidangan yang disediakan untuk para tetamu. macam jamuan hari raya sikit.

bergambar dengan zombi.

dah mula ramai.

zombi yang sporting bergambar dengan aku.

satu lagi zombi.

ok, zoom sikit muka zombi ni.

adik Afiq

Iedil Putra

Faizah Elai


Usop Wilcha

Pengarah KL Zombi ditemuramah, JM Woo.

video promo.

interview lagi. Zain.

Shamsul Yusof.

Faizah Elai.

ehhh. 

met Iedil. 

met Redza Minhat.

aku tak dapat jumpa Zizan, Izara dan Siti Saleha.
Zizan ada masa press conference.
masa tu aku dah balik. 
-.-

p/s: selamat menonton filem KL Zombi 29 Ogos 2013.  :)

like kalau suka.  :)

Thursday, August 15, 2013

Review Filem Seram The Conjuring.

assalamualaikum.
hari ni nak review sikit pasal filem seram The Conjuring.
sebenarnya, aku tak tau pun kewujudan cerita ni,
dengar kecoh kecoh kat twitter je,
dorang dok cakap filem The Conjuring ni best, seram, etc.
lima enam orang jugak lah.
aku ni boleh dikatakan penggemar filem seram.
selalunya, yang betul-betul seram filem Thailand.
tapi The Conjuring ni filem US.
daripada testimoni yang hangat diperkatakan kat twitter.
aku pun terpanggil dan macam teruja lah untuk pergi menontonnya.

apa yang aku tahu,
filem The Conjuring ni adaptasi daripada kisah benar.
sepasang suami isteri yang merupakan penyiasat aktiviti paranormal.
cuba untuk membantu sebuah keluarga daripada gangguan roh/ benda-benda jahat.

bagi aku lah kan,
cerita ni best sebab jalan cerita dia aku faham.
kadang-kadang cerita seram orang putih ni macam plot dia terabur.
permulaan dia macam slow sikit.
tapi takde lah lama sangat slow tu.
biasalah intro, mestilah lek-lek sap kok lu,
ni kau nak start start je,
terus keluar hantu sampai habis,
tak best jugak kan?
sekejap je slow tu.
lepas tu, kau dah tak duduk diam dah.
haaa, nak hantu sangat!
jalan cerita dia buat aku tertanya-tanya.
kenapa macam tu, siapa dia.
macam misteri-misteri sikit.
lagi satu, part yang terkejut-terkejut.
best jugak part ni.
tiba-tiba je. keluar muka hantu tu.
ada jugak action sikit dalam filem ni.
macam rambut dia kena tarik dengan hantu,
dan kena hempas ke dinding.
tapi hantu tu invisible.
ada satu scene yang dalam ruangan bawah tanah banglo tu pun best,
termasuk juga scene upacara menghalau hantu yang merasuk.
nak cerita lebih-lebih pun tak best.
kalau korang rasa nak tonton filem seram,
aku recommend filem The Conjuring ni.
highly recommended!

tadi aku ada terbaca,
pengarah filem The Conjuring ni, James Wan,
lahir kat Malaysia.
kat Sarawak.
serius, aku baru tahu!
baru nak bangga,
tapi dia dibesarkan di Australia.
dah jadi warganegara sana pun, dengarnya lah.



salah satu scene yang best.

yang ni pun.

ini lah James Wan. The Director.

James Wan dengan pelakon.
#sumber gambar: Google.



lepas tengok filem ni,
aku bagi 4/5.
selamat menonton!
 
like kalau suka!  :)

Wednesday, August 14, 2013

Krabi Trip! Part 4

assalamualaikum,
akhirnya sampai jugak entry untuk last part.
jenuh betul nak update.
rasanya pendek je entry kali ni.

ok lah.
hari keempat diKrabi kami bangun awal pagi,
sebab nak pergi Ao Nang Centre lagi.
for the very last shopping.
nak lengkapkan mana yang tak dapat lagi.
nak habiskan duit Baht ni.
pagi tu,
terus mencari kedai makan untuk breakfast.
masa kami keluar tu,
banyak kedai kedai baru nak bukak,
tak sedia lagi untuk terima pelanggan.
dah tu, kami teruskan perjalanan mencari kedai kedai souvenir yang dah bukak
dah dapat apa yang masing masing hajati tu,
baru la cari makanan balik.
kira brunch la.

flight kami pukul 2.15ptg.
pukul 11pagi teksi dah tunggu depan hotel.
perjalanan ke airport je nak dekat sejam.
so, pukul 12 tengah hari dah ada kat airport dah.
kira ok la tu.
sampai airport je, terus check in luggage.
nasib la kat Krabi Airport ni tak sesak dan ramai sangat orang.
kalau kat LCCT tu,
jangan cakaplah.
lepas tu, kami carik tempat duduk,
lepak sekejap sementara tunggu masuk waktu zohor.
dah siap solat, terus check in dan tunggu kat kawasan menunggu.
touch down LCCT dalam pukul 4.30 ptg waktu Malaysia.

nak tahu berapa tambang ke?
ke aku dah cerita masa part 1?
aku pun tak ingat.
takpelah, aku bagitahu je lah.
aku booked melalui AirAsiaGo.
seorang dalam RM534 siap tiket pergi balik dan juga
hotel untuk 4 hari 3 malam.
aku rasa takde lah murah sangat, sebab aku ada terbaca orang dapat lagi murah.
ni pun booked 2 bulan awal.
aku rasa, kalau nak betul betul murah,
boleh je.
kena betul betul jadi backpacker lah.
dok kat hostel/bajet hotel.
lepastu, daripada airport nak ke Ao Nang tu naik bas,
jangan naik teksi macam kami.
jangan ambil private tour macam kitaorang untuk ke Jungle Tour tu.
rasanya, kalau betul-betul buat macam tu,
kos nya boleh kurang daripada RM1K.
or less than that.

cuma kitaorang ni,
nak kata backpack sangat tu tak lah.
campur campur kot.
kawan-kawan aku pun selesa dengan cara ni,
aku pun ok je lah.

awal pagi berjalan kaki ke Ao Nang Centre.


konon konon tengah vlogging. hahaha.

ambil gambar kat hotel lain.

bergambar di hotel penginapan kami sebelum pulang ke tanah air.

Krabi Airport.

touch down. LCCT.

ni aku nak bagitahu engkorang.
Krabi sangat best tahu?!
kalau korang first time nak try bercuti keluar negara macam aku.
boleh lah cuba bercuti di Krabi ni.
orang kata waktu paling sesuai ke Krabi ni
adalah pada selain bulan Mei-Oktober.
sebab Mei-Oktober tengah Monsun.
aku pergi masa bulan Jun.
nasib la. 
tapi ok je. 
sebab tengah low season.

kalau ada rezeki lebih.
nak jugak datang Krabi lagi.
tapi lepas ni,
mungkin nak ke negara lain pula,
mudah mudahan murah lah rezeki aku.
amin.

jikalau ada sebarang pertanyaan,
anda boleh saja meninggalkan soalan di ruangan komen.
apa yang aku boleh jawab/tolong tu,
aku jawab lah.
like kalau suka! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...