Free Widgets

Thursday, August 15, 2013

Review Filem Seram The Conjuring.

assalamualaikum.
hari ni nak review sikit pasal filem seram The Conjuring.
sebenarnya, aku tak tau pun kewujudan cerita ni,
dengar kecoh kecoh kat twitter je,
dorang dok cakap filem The Conjuring ni best, seram, etc.
lima enam orang jugak lah.
aku ni boleh dikatakan penggemar filem seram.
selalunya, yang betul-betul seram filem Thailand.
tapi The Conjuring ni filem US.
daripada testimoni yang hangat diperkatakan kat twitter.
aku pun terpanggil dan macam teruja lah untuk pergi menontonnya.

apa yang aku tahu,
filem The Conjuring ni adaptasi daripada kisah benar.
sepasang suami isteri yang merupakan penyiasat aktiviti paranormal.
cuba untuk membantu sebuah keluarga daripada gangguan roh/ benda-benda jahat.

bagi aku lah kan,
cerita ni best sebab jalan cerita dia aku faham.
kadang-kadang cerita seram orang putih ni macam plot dia terabur.
permulaan dia macam slow sikit.
tapi takde lah lama sangat slow tu.
biasalah intro, mestilah lek-lek sap kok lu,
ni kau nak start start je,
terus keluar hantu sampai habis,
tak best jugak kan?
sekejap je slow tu.
lepas tu, kau dah tak duduk diam dah.
haaa, nak hantu sangat!
jalan cerita dia buat aku tertanya-tanya.
kenapa macam tu, siapa dia.
macam misteri-misteri sikit.
lagi satu, part yang terkejut-terkejut.
best jugak part ni.
tiba-tiba je. keluar muka hantu tu.
ada jugak action sikit dalam filem ni.
macam rambut dia kena tarik dengan hantu,
dan kena hempas ke dinding.
tapi hantu tu invisible.
ada satu scene yang dalam ruangan bawah tanah banglo tu pun best,
termasuk juga scene upacara menghalau hantu yang merasuk.
nak cerita lebih-lebih pun tak best.
kalau korang rasa nak tonton filem seram,
aku recommend filem The Conjuring ni.
highly recommended!

tadi aku ada terbaca,
pengarah filem The Conjuring ni, James Wan,
lahir kat Malaysia.
kat Sarawak.
serius, aku baru tahu!
baru nak bangga,
tapi dia dibesarkan di Australia.
dah jadi warganegara sana pun, dengarnya lah.



salah satu scene yang best.

yang ni pun.

ini lah James Wan. The Director.

James Wan dengan pelakon.
#sumber gambar: Google.



lepas tengok filem ni,
aku bagi 4/5.
selamat menonton!
 
like kalau suka!  :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...