Wednesday, August 14, 2013

Krabi Trip! Part 4

assalamualaikum,
akhirnya sampai jugak entry untuk last part.
jenuh betul nak update.
rasanya pendek je entry kali ni.

ok lah.
hari keempat diKrabi kami bangun awal pagi,
sebab nak pergi Ao Nang Centre lagi.
for the very last shopping.
nak lengkapkan mana yang tak dapat lagi.
nak habiskan duit Baht ni.
pagi tu,
terus mencari kedai makan untuk breakfast.
masa kami keluar tu,
banyak kedai kedai baru nak bukak,
tak sedia lagi untuk terima pelanggan.
dah tu, kami teruskan perjalanan mencari kedai kedai souvenir yang dah bukak
dah dapat apa yang masing masing hajati tu,
baru la cari makanan balik.
kira brunch la.

flight kami pukul 2.15ptg.
pukul 11pagi teksi dah tunggu depan hotel.
perjalanan ke airport je nak dekat sejam.
so, pukul 12 tengah hari dah ada kat airport dah.
kira ok la tu.
sampai airport je, terus check in luggage.
nasib la kat Krabi Airport ni tak sesak dan ramai sangat orang.
kalau kat LCCT tu,
jangan cakaplah.
lepas tu, kami carik tempat duduk,
lepak sekejap sementara tunggu masuk waktu zohor.
dah siap solat, terus check in dan tunggu kat kawasan menunggu.
touch down LCCT dalam pukul 4.30 ptg waktu Malaysia.

nak tahu berapa tambang ke?
ke aku dah cerita masa part 1?
aku pun tak ingat.
takpelah, aku bagitahu je lah.
aku booked melalui AirAsiaGo.
seorang dalam RM534 siap tiket pergi balik dan juga
hotel untuk 4 hari 3 malam.
aku rasa takde lah murah sangat, sebab aku ada terbaca orang dapat lagi murah.
ni pun booked 2 bulan awal.
aku rasa, kalau nak betul betul murah,
boleh je.
kena betul betul jadi backpacker lah.
dok kat hostel/bajet hotel.
lepastu, daripada airport nak ke Ao Nang tu naik bas,
jangan naik teksi macam kami.
jangan ambil private tour macam kitaorang untuk ke Jungle Tour tu.
rasanya, kalau betul-betul buat macam tu,
kos nya boleh kurang daripada RM1K.
or less than that.

cuma kitaorang ni,
nak kata backpack sangat tu tak lah.
campur campur kot.
kawan-kawan aku pun selesa dengan cara ni,
aku pun ok je lah.

awal pagi berjalan kaki ke Ao Nang Centre.


konon konon tengah vlogging. hahaha.

ambil gambar kat hotel lain.

bergambar di hotel penginapan kami sebelum pulang ke tanah air.

Krabi Airport.

touch down. LCCT.

ni aku nak bagitahu engkorang.
Krabi sangat best tahu?!
kalau korang first time nak try bercuti keluar negara macam aku.
boleh lah cuba bercuti di Krabi ni.
orang kata waktu paling sesuai ke Krabi ni
adalah pada selain bulan Mei-Oktober.
sebab Mei-Oktober tengah Monsun.
aku pergi masa bulan Jun.
nasib la. 
tapi ok je. 
sebab tengah low season.

kalau ada rezeki lebih.
nak jugak datang Krabi lagi.
tapi lepas ni,
mungkin nak ke negara lain pula,
mudah mudahan murah lah rezeki aku.
amin.

jikalau ada sebarang pertanyaan,
anda boleh saja meninggalkan soalan di ruangan komen.
apa yang aku boleh jawab/tolong tu,
aku jawab lah.
like kalau suka! :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...