Saturday, December 24, 2011

Kisah Seorang Kawan Yang Mengidap Kanser Stage 4

assalamualaikum...
aku baru je balik drpd melawat kawan
aku yang mengidap barah tahap 4...
kalau korg masih ingat lagi entry aku masa aku kerja kat Secret Recipe,
supervisor aku kat tempat kerja tu lah yg sakit..
aku panggil dia kak nor..
dia mmg sporting, senang berkawan laa..

masa time kerja kadang2 dia sakit perut,
makin lama, makin kerap..
bila suruh check dia xnak..
dia kata biasa je,
pastu, dalam bulan lepas xsilap,
dia bgtau, dia masuk wad..
aku ingat biasa je lah..
beberapa minggu lepas tu,
dia msg aku, dia kata dia ada kanser kat limpa, hati, pancreas..
aku mcm xpercaya,
terus 3 organ kena serang..
dia bgtau lagi dah stage 4 dah..
ya Allah..

tadi aku pergi tgk dia kat rumah..
dia sangat kurus..
mmg aku terkejut..
dia dah tak se-happy dulu yg aku kenal..
ye la, boleh bayangkan tak,
orang yg perangai dia happy-go-lucky,
tiba2 dapat kanser, yang dah stage 4..
mmg dah lain..
lemah je badan dia..
khamis depan ni baru dia nak pergi buat first kimoterapi dia..

so, aku nak mintak tolong kat korg semua,
doakan kesihtan kak nor..
semoga dia kuat lawan penyakit dia tu..
amin..

Sunday, December 18, 2011

eh, dah nak habis sem lah!

assalamualaikum..
start esok je dah last week lecture utk sem 5..
giler lah, mmg rasa sekejap sgt!
ayat nak cliché je..
stiap sem pon ko cakap cemtu..
ok cukup..
sem depan dah sem 6..
biasa lah dah hujung2 nak dekat final year ni,
mestilah kena buat final year project (fyp),
tajuk2 pon aku dah pilih..
harap2 dapat lah ape yang aku mintak tu..
semoga aral tak payah nak melintang sangat..
bila di fikir-fikirkan balik,
dah nak buat fyp..
nanti dah nak grad..
cliché lagi..
ok, dah la tu..
till the next post!
bye!




Thursday, December 15, 2011

Pengalaman Jual Rock Melon dan Cabaran Siswatani 2011

assalamualaikum..
aku tak tau la ape nak jadi dgn blog aku ni.
makin lama makin terabai..
visitors pon ala-ala je..
yang datang pon sekadar menjeling sebelah mata,
pastu tekan butang pangkah tu..
tapi, takpe..
tu semua sampingan..
yang penting ada cerita baru haruslah di-update..

hari ni,
ada Karnival Siswa Tani kat fakulti..
ingat tak hari tu aku ade post pasal yang aku tanam Rock Melon?
so, hari ni macam majlis kemuncak lah kiranya..
ktorg masuk pertandingan Cabaran Siswatani ni..
bukan nye saje2 masuk,
tapi memang dah ter-masuk pun..
sebab ktorg amk subjek keusahawanan pertanian...
ade tiga kategori, iaitu, rumah teduhan, ayam kampung dan ternakan ikan talapia.
group aku menang tempat ke-2 kategori rumah teduhan..
alhamdulillah..
mestilah happy sebab menang kan?
dapat rm500 lagi..
tapi kena bahagi2 dgn ahli kumpulan lah..

oh ye,
ktorg pon ade bukak gerai jual hasil rock melon ktorg..
kat gerai ni ktorg bersatu menjualnya bersama..
tapi yg lebih2 tu ade jugak jual ikut strategi kumpulan..
macam kumpulan ktorg,
lepas dah puas jual akt karnival tu,
ktorg buat car boot sale..
memang aku tak pernah buat kerja ni..
mula2 ktorg serang kat area Uniten,
tempat jual kuih2, cendol etc tu..
sape study area UPM, Uniten mesti tau tempat ni..
agak2 sejam pastu ktorg gerak g hospital serdang pulak..
ni memang kerja giler jugak lah..
mula2 ktorg cadang nak guna style car boot sale,
tapi cam xde org je,
ktorg pon mengambil langkah drastik jual kat lobby hospital..
mula2 takut jugak,
sebab suka-suka hati je nak berjual beli kat lobby tu..
tak silap2 kena halau dgn pak guard..
tapi pak guard situ cam rilex cool je,
ktorg pon ok je lah..
kat hospital ni ktorg mcm sopan sikit lah,
yelah nama pun hospital,
kau nak terjerit-jerit macam kat pasar malam tu mmg nak kena baling kasut lah kan..
so, ktorg pon behave lah..
oh, sorry lah karangan ni panjang sikit..
almaklumlah lama tak menaip..
ok sambung balik..
memang mcm2 kerenah lah..
memang mencabar dan seronok sebenarnya..
lagi seronok bila diorang beli rock melon ktorg...
its a good experience indeed.
ok lah jom tgk gambar2..

banner group ktorg.

putra best!

preparation.. 

melon-melon ktorg..

RM6/kg

minah Iran ni nak rasa..

mini melon.. 

 rock melon.

mini melon.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin merasa melon ktorg.

 ayam kampung.

ikan tilapia..

bersama media.

interview sinar harian.

 tempat pertama, kedua dan ketiga.

kumpulan aku!

car boot sale!

ni tgh menjual melon kat hospital serdang.


selalu reporter yg wat interview kan?
kali ni jom tgk reporter yg kena interview..
semuanya berlaku bila aku merampas microphone reporter tu..
"eh kak, pinjam jap microphone tu.."
ni kes xde keje lah..
jom tgk interview reporter sinar harian..


till the next post!
bye..

boleh like kalau suka.. =)

Thursday, December 1, 2011

seronok jalan-jalan!

assalamualaikum!
lama xpost entry baru kan?
utk entry kali ni xnak byk cerita..
cter kat gambar2 ni je..
sem ni aku mcm byk je lawatan/trip..
so, ni nak share sket gambar time aku g lawatan/trip..

ni masa lawatan kat Cold Storage, Alamanda.. 
under subject Postharvest Physiology..best!

time ni lawatan ke ladang cendawan..kat Kemensah, Ulu Klang..
blakang zoo negara..under subject Farm Management..

dah lepas lawatan kat ladang tu, ape lagi..
mandi sungai lah..best!

yang ni pulak lawatan kat Pasar Borong Kuala Lumpur..
ni pon under postharvest physiology.. ramai gler manusia..


bergambar depan pintu masuk pasar..

yang ni lawatan ke ladang organik zenxin kat kluang..
under subject keusahawanan pertanian..

dlm ladang zenxin..


yang ni kat melaka.. otw balik dari kluang..

ni kawan2 aku bershopping kat melaka..

tu je..
till the next post!
bye..

kalau suka, like.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...