Monday, November 11, 2013

Akhirnya! Akhirnya!

assalamualaikum,
kembali bersiaran setelah lama menyepi.
yang ni pun spontan je tanpa ada rangka atau draft segala.
setelah didesak oleh beberapa pembaca tegar blog ni,
akhirnya aku menunaikan hasrat mereka untuk update blog yang lama ditinggalkan ini.
ya, memang ada pembaca tegar blog ni,
walaupun tidak seberapa.
krik krik krik krik..
terima kasih kalian.  :)

memang banyak nak diceritakan sepanjang kebisuan blog ni.
antaranya, aku sekarang telah pun bekerja.
tapi, aku cuba untuk bercerita satu persatu.
bergantung kepada tahap kerajinan, masa dan mood.

hari ini aku nak bercerita tentang
perkara yang sangat membuatkan aku sangat teruja.
hari graduasi.
sangat-sangat teruja sebelum tiba harinya.
menghitung hari menanti hari tersebut.
selesai empat tahun mengambil program bachelor,
akhirnya, 26 Oktober 2013,
aku telah pun bergraduasi.
alhamdulillah!
rasa terharu, gembira, sedih semua bercampur.
gembira sebab berjaya tamatkan pengajian,
dan sedih sangat sebab kehidupan di universiti telah pun berakhir.
kawan-kawan universiti memang best!
malas nak bercerita pasal kawan kawan ni.
nanti ada yang mengalirkan air mata.
srot srot..

sangat teruja menanti hari konvokesyen,
seminggu sebelum tu, aku dan kawan-kawan dah buat pre-convo photoshoot.
siap hired photographer lagi.
nasib baik ada seorang junior aku bakal seorang photographer berjaya.
jadi kami pun bersepakat untuk meng-hire beliau.
senang sikit nak kawtim.
aku nak promote kan pun xde page nak bagi link kat sini.
nak hashtag pun tak tau nak hashtag apa.
aku bagi nama je lah ye,
Ahmad Nash Photographer kot tak silap.
mohon Nash bagi komisen kat aku. hahaha.

cukuplah aku promote kau Nash.
ni nak share sikit gambar-gambar sebelum, semasa dan selepas konvo.
sumber gambar pun campur campur.
nah tengoklah sendiri.


kali pertama jubah disarungkan.

geng-geng pre-convo photoshoot.

gigih buat props segala.

amboi, seronok sangat gelak macam tu. belakang tu, dua orang OP kami;
Nash dan Harzin.

ni gambar instagram

yang ni sesi photoshoot yang lain pulak.

bersama rakan sekerja


comel ke buat muka macam tu?

masa ni, tengah beratur luar dewan untuk perarakan graduan.

Horticulturists!

dalam dewan.

setelah selesai.

with my mom!

ni antara gambar yang diambil oleh OP kami. ni pun download thru fb je.
sebab belum dapat lagi kesemua hasilnya.

ni satu lagi.


ok lah itu saja buat entry kali ni.
ada masa, ada lah entry seterusnya.

"Sebelum konvo rasa seronok, lepas konvo rasa sedih sebab tak tahu bila dapat jumpa kawan-kawan lagi.."
(Firdaus Rosli, 2013).
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...