Free Widgets

Saturday, November 12, 2011

Nak Makan Rock Melon Tak?

assalamualaikum!
lama dah xbercerita kat sini...
hari ni, aku nak share ngn korg pasal tanaman rock melon,
sebelum tu, korg pernah makan rock melon tak?
ke tak tau rock melon tu benda ape?
rock melon ni mcm tembikai susu/ honey dew..
tapi isi nya crunchy skit..
nak tau cane rupanya, google lah sendiri..

sem ni aku 'kena buat' projek pasal rock melon ni lah..
kena buat, bukan suka2 aku nak buat...
tanaman secara fertigasi...
ape tu fertigasi?
sekali lagi, google lah sendiri..=P

kalau nak tau, rock melon ni antara buah yg cepat besar,
so, capat lah dapat hasil..
baru2 ni, pokok2 aku dah start berbuah..
xlama lagi dah boleh harvest..
projek ni ktorg bukan setakat tanam je,
bila dah harvest, ktorg kena jual pulak buah2 ni..
so, ade sape2 yang berminat nak beli tak?
roger2 lah ye..
kalau boleh ktorg nak jual borong,
senang skit keje ktorg..
jom layan gambar2 ni..

ok abaikan mahkluk berbaju merah tu..masa pokok baru je transplant..

pokok dah besar, dah berbunga pun..

lebah tolong kami buat pollination..terima kasih encik lebah!

dah berbuah..kecik lagi..

selepas seminggu, dah besar sket..

tu je nak share!
till the next post..
bye!

Wednesday, November 2, 2011

wordless wednesday #3



p/s: ada persamaan..kalau hebat, ape dia? hehe..

Monday, October 24, 2011

Jalan-Jalan kat Ukay Nursery (UN)

assalamualaikum!
lama jugak xcerita pasal aktiviti2 yang aku buat kan,
ni nak cerita la ni..
semalam aku pergi wat assignment/ lawatan kat Ukay Nursery (UN)..
bukan nursery jaga anak/ budak kecik tu..
tapi nursery yang byk pokok2..
nursery ni terletak kat Ukay Perdana, dekat dgn Bukit Antarabangsa..
senang cter kat Ampang lah..tepi jalan je..

ktorg sampai sana dalam pukul 8.50am cemtu,
sebab janji dgn owner nursery pukul 9am..
sampai2 je xde org..
pastu baru owner tu sampai..
terus dia ajak masuk ofis dia,
dan terus je dia bercerita...
oh ye, owner nursery ni namanya Tn. Hj. Ismail...
dia ni mmg suka bercakap,
sampai dia sendiri cakap bila dia dah bercakap susah nak berhenti..
but its ok..
byk pengalaman dan tunjuk ajar yg dia berikan kat ktorg..
actually ktorg pergi nursery ni nak tau pasal management nursery ni..
macam account, balance sheet, input, output,cash flow dan benda2 seangkatannya lah..
tapi, Tn. Hj ni bercerita pasal nursery dia..excited giler dia bercerita..
seronok jugak..

beliau dah berkecimpung dalam perniagaan nursery ni dah 31 tahun..
lama kan?
setakat ni dia dah ada 6 nursery semuanya..
milik tunggal, tak main kongsi2 ni..
3 nursery beliau ada kat area KL ni, 
yang ketiga-tiga nursery tu ktorg pergi..
1 kat sepang, 1 kat melaka,
dan 1 lagi kat Dubai!
bila dia kata kat Dubai, aku macam 'whaaat?'
awesome kan?!
selain nursery, dia ade buat landscaping jugak..
ramai org2 kenamaan yg pakai khidmat beliau..
projek2 dia pon main juta2 punye..
Tun Dr. Mahathir pon pernah pergi nursery ni..
foreigner pon ade singgah kat sini,
bisness dia ni bukan setakat dalam negara je,
eksport pon ade..
dia ada tunjuk surat tempahan pokok drpd client dia dari Hong Kong..
hebat...

aku ingat semalam,
just nak melawat nursery dia yg satu tu je,
bila dia kata, dia ade dua lagi nursery,
pastu dia kata nak bwak ktorg pergi tgk..
dalam hati, taknak ke bwk ktorg tgk nursery yg kat Dubai tu..
hehe..
dekat separuh hari jugak beliau habis kan masa dgn ktorg..
lagi best dia siap belanja ktorg lunch lagi!
plus bagi 50% off kalau nak beli ape2 pokok kat nursery dia..
tapi utk hari tu jelah..

byk sgt ilmu yg ktorg dapat daripada beliau..
happy je aritu..
so, jom tgk gambar2..



Ukay Nursery..

sesi temuramah sedang dijalankan..

Tn Hj tgh tunjuk kan antara landscape yg menjadi inspirasa beliau..

spesis orkid dalam nursery beliau..

pokok hiasan famili bromeliads... keluarga nenas..

sebelum pergi ke nursery kedua dan ketiga, singgah lunch dulu...
Tn Hj. dgn anak beliau..first time aku sampai AEON AU2 ni..

ni kat nursery kedua..ayam pon ade..

ayam bulu gebu..

burung ape ntah..antara bisness terbaru beliau..

kolam ikan kelah..pon bisness baru jugak..

ni supervisor kat nursery ni..Tiger namanya..

yes! dapat peluk Tiger..



tu je untuk kali ni..
till the next post!
bye..

Saturday, October 22, 2011

tension sekejap! tak tau la sekejap ke tak..

assalamualaikum..
hai korg!
aku stress hari ni..
tiba2 je..
emm..bukan tiba2...
eh, xtau lah cane nak cter..
tension..
mood spoiled!
hmm...


positive sket..smile...


tension! 
dah..babai..

Wednesday, October 12, 2011

wordless wednesday #2


=)

Tuesday, October 11, 2011

5 Buffered Earnings!

assalamualaikum..
korg sehat?
just a short entry..
nak btau,
walaupun dah sebulan aku xupdate blog,
boleh baca entry sebelum ni kalau nak tau,
tadi aku check Nuffnang,
ade lima (5) Buffered Earning (BE)!
giler lah..
alhamdulillah..
sebelum ni tak dua pon satu je BE..
tak pon xde langsung..

aku xdelah mengharap sgt...
org kata sikit2 lama jadi bukit..
side side income lah kata nya..


nampak tak? kalau tak, klik lah..sikit je..xde lah byk mana pon..saje nak share..


thanks kat korg yg rajin singgah blog aku sambil klik2 iklan tu...
tu je kot utk kali ni...
till the next post!
bye!

p/s: menunggu utk menjadi bukit..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...