Friday, July 19, 2013

Krabi Trip! Part 2

assalamualaikum.
cukup malas betul nak update blog ni.
ni pun nasib tiba-tiba semangat nak update lepas sahur.
bila tengah ada mood ni, tak elok ditangguh.
nanti sampai kesudah tak update.

ok, kita teruskan dengan Krabi Trip Part 2.
hari kedua,
pagi-pagi ktorg bangun excited nak pergi Phi Phi Island tour.
dah booking siap-siap sebelum tu.
untuk tour ni, bayaran yang dikenakan adalah 1100 Baht seorang.
pagi-pagi tu, ktorg standby je kat lobby hotel,
pastu ada la agen tour ni datang kat depan hotel,
amek ktorg pergi ke pantai nak naik speed boat.
tak jauh pun daripada hotel ktorg.

oh ya,
Phi Phi Island tour ni merangkumi lebih kurang 8 destinasi.
iaitu; Maya Bay, Monkey Bay, Lohsamah Bay, Pileh Bay, 
Viking Cave, Phi Phi Don, Hin Klarng dan Bambo Island.
banyak bukan? ini lah destinasi penjelajahan kami menaiki speed boat.
aktiviti hari ni yang paling aku tunggu-tunggu.
bila aku tengok review-review kat blog pasal Krabi,
cantik amat pemandangan kat situ!
ni yang buat aku tersangat excited untuk tour ni.
oh ya,
untuk sampai ke destinasai pertama mengambil masa lebih kurang sejam.
dalam tour ni,
ada 2 tempat yang boat akan berhenti untuk snorkelling.
first masa destinasi pertama,
lepas tu second last.
best snorkelling ni.
cuma laut sedikit bergelora lah.
ahhh, terjun je lah.
rugi kot kau dah bayar, 
pastu berangan-angan nak sunbathing atas boat.
memang kulit aku ni putih macam 
Leonardo Dicaprio lah kan nak sunbathing segala.
motif kau petik nama Leonardo Dicaprio?

ok lah.
setelah ber-snorkelling,
beramah mesra dan bertanya khabar dengan ikan-ikan Nemo,
kami meneruskan perjalanan ke Destinasi seterusnya.
Maya Bay.
on the way nak kesana tu tersangatlah ekstrem,
speed boat kami terhenjut henjut.
sebab laut agak bergelora masa tu,
jadi, kalau kau tak berpaut kat mana-mana,
memang boleh terpelanting!
ini serius!
sesampai je di perkarangan Maya Bay,
Masyaallah, Subhanallah!
awesome scenery yaw!
masa kami sampai tu,
banyak jugak boat.
dah jejak je kat pantai Maya Bay tu,
bapak ramai gila orang!
yang berselubung, yang one piece, two piece, 
half naked, quarter naked, complete!
crowded!
ni aku pergi masa low season dah seramai ni,
masa Peak season macam mana aku tak tau lah.
oh ya,
walaupun macam cliché,
aku nak bagi tahu jugak.
Maya Bay adalah lokasi penggambaran filem 'The Beach'
lakonan Leonardo Dicaprio.
haaa.. nampak tak link dia dengan perenggan sebelum ni?
errkk..
any how, it's a nice place though.

dalam tour ni,
tak semua tempat boat ni berhenti dan turunkan pelancong.
ada yang untuk sightseeing and amek gambar dari atas boat je.
lepas Maya Bay,
boat terus menuju ke beberapa destinasi,
Pileh Bay, Viking Cave dan terus ke Phi Phi Don.
kat Phi Phi Don ni tempat lunch ktorg.
lunch termasuk dalam pakej dan halal.
lunch dihidangkan secara buffet.
dan sangat puas hati.
oh ya,
Phi Phi Don punya pemandangan pun not bad.
cantik jugak.
air laut jernih, biru.

lepas dah kenyang lunch,
perjalanan diteruskan lagi,
aku tak ingat nama tempat ni,
yang pasti boat berhenti untuk aktiviti snorkelling.
masa tu aku tengok laut masih bergelora.
aku pun macam cuak gak lah nak turun snorkelling.
dalam hati, nak dok atas boat je lah.
boleh ambil gambar diorang snorkelling tu,
bila semua dah turun.
tiba-tiba,
eh, nak turun gak lah.
bukan selalu pun snorkelling ni,
nampak tak hati tu tak tetap pendirian?
aku pun pakai life jacket dan benda alah snorkelling tu.
aku pun dengan gembira menikmati pemandangan batu karang yang indah,
beserta ikan Nemo yang mesra pelancong dan manja.
selesai semua,
naik semula atas boat.
masa tengah berborak borak dengan rakan-rakan,
tangan aku teraba lah dekat area poket seluar aku,
sekali aku rasakan ada sesuatu yang sangat familiar.
it's my hand phone! oh my God!
aku telah berjaya ber-snorkelling bersama sama dengan hand phone aku.
dah siap ber-snorkelling baru tersedar.
ahhh. seribu penyesalan.
tu lah. ada dry bag pun nak jugak letak phone dalam poket.
haishh..

dengan hati gundah gulana dengan raut wajah yang bermuram durja,
perjalanan diteruskan ke destinasi terakhir.
Bambo Island.
pantai cantik, laut biru.
kami pun meluangkan masa duduk ditepi pantai menikmati pemandangan.
yang aku pulak,
sambil mengenangkan nasib hand phone.
spoiled betul lah.
tapi, apakan daya,
benda dah jadi.
pasrah je lah.
dah selesai menikmati keindahan Bambo Island,
kami pun pulang semula ke Ao Nang Beach.

macam biasa,
tengok lah gambar-gambar yang ada ni.
enjoy!

on the way ke pantai. nak naik speed boat.

speed boat. Phi Phi Island Tour.

on the way tu, berselisih dengan Star Cruise ni. macam best je.
ok, next time nak naik ni pulak.

jom snorkelling!

:)

sibuk ambil gambar.

Maya Bay.


cantik kan Maya Bay ni? 

muka cuak dengan ombak. kuat juga ombak masa tu.

see? kuat kan? nampak tak aku dicelahan ombak itu? hahaha..

three of us.

biruuuuu.. jernih...

Viking Cave.

muka kelaparan.

hahaha.. tamak tak ktorg? tapi semua habis. lapar kan? 
lunch at Phi Phi Don.

ni pantai Phi Phi Don. 

kepala aku dah berpasir.

masa kat Bambo Island. nak tenangkan hati sebab phone masuk air.
jadinya aku sempat buat tutorial pakai pario.
hahaha..

see. pario kain batik namanya.

ni jadi photographer untuk model Bollywood tu.
nampak tak? kena paksa naik atas tungguk kayu tu.
nak carik shot baik katanya..


ni time aku pulak nak jadi model. hahaha..

Romantika musim kedua. so sweet. awww. :P

yang ni memang tengah menikmati pemandangan laut biru.

wajah sugul. mahu pulang ke Ao Nang Beach.

waktu nak balik ke Ao Nang Beach tu, diorang serve buah-buah ni.

malam tu, kitorang try pancake.

ni makcik yang jual pancake tu.

gigih menguli doh pancake.

chocolate pancake.

pastu ktorg pergi Ao Nang Centre nak dinner. naik lah Tuk-Tuk ni.


ok lah.
itu saja untuk Part 2.
nantikan bahagian seterusnya.

like kalau suka!  :)

2 comments:

Eazy Izzuddin said...

biru laut tu yg sedap mata memandang hehe
xD

::dAuZsHaNLeY:: said...

Eazy Izzuddin: yes! itu sudah sememangnya cantik! kalau yg suka ambil gambar pun best!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...