Thursday, July 11, 2013

Krabi Trip! Part 1

assalamualaikum,
entry kali ni nak share sikit tentang trip aku dan kawan-kawan ke Krabi, Thailand.
aku booked 2 bulan awal via AirAsiaGo.
aku pergi bersama tiga orang lagi kawan aku; Makcik, KA, dan adik Makcik (Faiz).
ni kira first time la aku arrange trip ni.
so, dua bulan tu aku dah macam travel agency,
call kawan-kawan aku ni.
dah settle booking semua,
benda yang paling tak best ialah menunggu.
nak tunggu hari nak pergi tu punyalah tak sabar-sabar.
excited kau tahu?

sebelum aku booking ni,
memang aku dah buat research sikit  banyak pasal trip ke Krabi ni.
habis semua blog-blog yang review pasal Krabi ni aku baca.
aku banyak refer kat blog OdItuSufi.
tapi blog-blog lain ada jugak.
aku rasa, benda ni sangat-sangat penting.
especially, kau ni first timer, pastu kau yang kena arrange semua.
daripada kosong, tak tahu apa-apa pasal Krabi,
sampai kau dah jadi expert, dah rasa diri macam warga tempatan Krabi.
ok, itu macam over sikit.

flight kami berempat 24-27 Jun 2013.
aku memang saja amek flight pukul 7 pagi waktu Malaysia.
pukul 5 pagi lagi ktorang dah ada kat LCCT.
excited kau tahu?
tau je lah, LCCT tu memang sentiasa ramai manusia.

since aku dah buat research pasal Krabi ni,
so, aku tau la flow apa nak buat bila dah sampai Airport Krabi tu,
just naik teksi (600Baht lebih kurang RM 60 satu teksi),
terus bagitahu pemandu teksi tu untuk bawa kami ke hotel.
mostly teksi yang beratur area airport tu yang aku perasan, kereta Vios.
perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit ke Ao Nang Beach.

sampai je kat Buri Tara Resort,
terus check in,
aku terus tanya pasal pakej-pakej yang disediakan,
so, ktorang decide utk pergi buat tour yang ada
Elephant trekking, Tiger Cave, Hot Stream dan Emerald Pool.
hotel sediakan van besar just untuk kami berempat.
kira private tour la, siap ada driver bawak ktorg jalan-jalan.
satu van ni ktorg sewa/bayar 2500 Baht/ RM 250 sehari.
kira ok lah kan, boleh buat perangai sendiri,
driver pun ikut kita je. 
siap bukak kan pintu masa nak turun/naik dari van tu.
like a boss sangat!
perjalanan naik van ni pun agak jauh.
especially waktu balik dari Emerald Pool tu.
berbaloi lah jugak.

ok jom start dengan aktiviti hari pertama di Krabi.
lepas check in,
rehat kejap dalam bilik lebih kurang sejam,
lepas tu pergi makan, carik kedai nak beli sim card,
pastu beli water proof bag/ dry bag.
sim card tu dalam 49 Baht je. dalam ada 15 Baht.
first day unlimited internet.
ok, water proof bag tu ktorg dapat dalam 32 Baht je.
sebab beli sorang satu.
kalau tak dia bagi 35 Baht utk yg 10L punya bag.

dah settle semua,
kami pun berlari lari anak menuju ke hotel, 
memandangkan driver ktorg dah menunggu.
ni yang special nya ada driver sendiri.
setia menunggu, walaupun ktorg dah lambat 10 minit.
perjalanan menuju ke tempat gajah.
naik gajah 60 Baht/ sejam.
dia bawak lah pusing-pusing dalam tu.
tapi aku tak rasa teruja sangat naik gajah ni.
rasa kesian pulak rasanya.
sebab 'driver' gajah ni ketuk-ketuk kepala gajah tu.
sakit tau tak?
aku pulak yang over.

dah, lepas naik gajah tu,
pergi Tiger cave. tempat ni ada temple.
ada satu bukit, nak naik kena panjat tangga yang tinggi amat.
bagaikan Batu Cave la perumpamaan dia.
diorang ni sibuk sangat nak naik.
aku ikut la skali.
tapi aku cakap kat diorang, 
kalau kau nak naik, teruskan.
aku taknak naik sampai puncak.
aku rasa, tak sampai suku pun kaki aku dah sakit, tercungap-cungap.
tu baru naik, belum turun lagi.
dah lah masa nak naik, tak stretching,
buatnya cramp kat atas tu?

perjalanan diteruskan ke Hot Stream
air terjun yang air dia panas.
best berendam!
rasa tenang, aman, nyaman, nyenyak.
nyenyak?
satu lagi,
kawasan-kawasan pelancongan macam ni,
pihak sana memang tak benarkan makanan dibawa masuk,
tidak sama sekali,
apatah lagi kalau kau nak ber-BBQ kat situ.
memang tidak dibenarkan.
jadi, tidak hairan lah tempat tu masih terpelihara.
sama jugak dengan Emerald Pool.

lepas Hot Stream,
kami meneruskan perjalanan ke Emerald Pool.
nampak macam pool biasa je,
tapi jernih.
cantik!
lepas berendam, bermandi manda kat situ.
kami pun terus pulang ke hotel.

malam lepas solat semua,
baru keluar kejap untuk dinner.
letih dah aku menaip karangan panjang ni
ni baru untuk day 1.
layan lah gambar yang ada ni.
enjoy!



view from ze airplane.

touch down. 7.25am waktu Krabi.

katil bergajah.

stok untuk mabuk- mabuk. hahaha..

sim card. untuk tourist macam kami.

gajah yang comel. so, siapa kata dia comel, 
dia macam??

gajahku lari gagah berani.

diorang ni nak p mandi dengan gajah. 

gajah lagi.

lepas naik gajah, bagi kami makan nanas. sedap.

ni kat Tiger Cave. kira rasional la ada patung tiger kat situ.

ni yang tak rasional, nak panjat bukit ni. letih gila. dah la tangga dia curam!


see. curam bukan?


bergambar depan temple yang tak siap lagi.

Hot Stream.


aku tak tau pulak mineral-mineral ni ada contest, bukankah content sepatutnya? hmmm..

this is it!

masa untuk berendam!


Emerald Pool.

boleh tahan jugak lah dalam pool ni.


cukuplah dulu untuk part 1 ni.
nanti kalau rajin, aku update untuk part 2,3 and 4.
ambik kau sampai part 4.
best!
p/s: gambar-gambar ni ada yang sama kat blog makcik. sebab aku amek gambar daripada dia.



like kalau suka! :)

8 comments:

cokie DA comot said...

bestnya .. haha .. tak tahan contest dgn content tu , kih kih .

::dAuZsHaNLeY:: said...

cokie DA comot: best sangat! ni baru part 1, ada 3 part lagi. mula2 xperasan tau word contest tu. dah smpai msia baru perasan. hahah. lawak betul.

ILYANA IDURA said...

cepat 3 part in one day!haha

sufian.ghaffar said...

Thanks sebab refer blog saya... Ape pun Krabi mmg sangat best kan... Anyway bro "Selamat berpuasa"

::dAuZsHaNLeY:: said...

ILYANA IDURA: nak tulis kat blog ni, kena ada mood. kalau xde, memang tak jalan. nak buat satu part pun amek masa kau tau? 2nd part still dalam draft lagi.

sufian.ghaffar: most welcome! mmg byk refer blog OdItuSufi pun. since dok hotel sama. Krabi syok! selamat berpuasa juga!

ILYANA IDURA said...

Dah cam wat thesis..pliss..(=_=)

Eazy Izzuddin said...

bestnyya ....
kita baru sampai Hatyai hehe

paed R said...

assalam...cuma nak tanya...bro pg sana x guna trip dari malaysia ka???kalau lone ranger redah saja berapa abis..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...