Thursday, August 23, 2012

Syawal 1433

assalamualaikum..
lama dah aku abaikan blog ni..
baru kejap tadi ada feeling2 nak update.
memandangkan baru je beberapa hari beraya,
so, update pasal raya lah sket.
mungkin ada yg dah jemu asek baca blog pasal raya,
takpelah, ni kira utk catatan peribadi aku gituu..
hahah..

tahun ni macam biasa,
raya kat Puchong.
rumah atok aku.
the one and only.
atok aku yg lagi satu tu, dah lama xde
since aku darjah dua xsilap..
nenek aku dua2 dah xde..
dua tahun  berturut2 pulak tu..
sedih... *kesat air mata..

lupakan cerita sedih sekejap.
petang raya tu baru gerak g rumah atok,
almaklumlah.. dekat sajo..
ape yg best kampung dekat ni?
satu, tak jamm..
betul, xjam!
dua, boleh ulang alik berapa kali kau nak.
memang itu yg ktorg buat kalau raya.
dalam seminggu tu,
dua, tiga kali jugak pergi rumah atok.
tiga, kampung yg bukan dekat kampung.
Puchong kan bandar,
so, raya tu, xde lah ramai sangat manusia.
jalan pun clear je..
tapi kat area perumahan tu meriah jugaklah..

walaupun bandar/ kawasan perumahan,
malam raya tu masih ada takbir rumah ke rumah.
dari budak2 kecik sampai lah pangkat atok2 yg join.
sampai pukul 2,3 pagi jugak lah bertakbir.

pagi2 macam biasa,
solat sunat kat surau depan rumah atok.
dah abes tu,
lepak2 tgk tv, makan2..
pastu tibalah masa yang dinanti nanti.
sesi bermaaf maaafan.
atau sinonim dengan 'Duit Raya Time'!
hahaha..
dah settle tu,
pergi ziarah kubur nenek.
pastu.
balik banting ziarah saudara mara belah omak den pulak.
malam balik rumah balik.
simple kan raya aku?

internet ni lembab pulak kan,
so, tak dapat lah nak tempek gambar banyak2..
apa yang ada je lah ye..


sesi bermaafan..

atok aku bagi duit raya kat cicit dia..

tiba-tiba excited.. =P

bapak dan omak den dongan cucu saudara mereka.

anak sepupu aku..sibuk nak pakai tudung. nak tudung fareeda je. haha..

big family. walaupun tak besar.


ok lah wahai pembaca-pembaca sekalian,
di kesempatan ini,
saya menyusun jari memohon ampun dan maaf
zahir dan batin,
selamat hari raya aidil fitri!
teruskan membaca blog ni..
*sempat lagi..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...