Monday, April 15, 2013

Kek Hantaran Pertama.

assalamualaikum,
agak sibuk sejak kebelakangan ni,
rasa macam dah lama tak update.
sebab ada orang complain,
cepatlah update blog.
hahh, ni dah update.
takde cerita menarik pun.
cuma,

cuma apa?
cuma aku telah berjaya menerima tempahan
kek hantaran.
kek hantaran pertama aku.
moist chocolate cake.
dan aku berjaya menyiapkannya.
at first, rasa tak confident nak terima tempahan tu,
kek biasa2 je takpe lah,
ni kek hantaran hoi.
buat nye tak jadi,
mana kau nak letak muka ni?
tiba-tiba emo.
hahahaa..

cerita nya bermula begini,
ada satu hari tu,
aku bawak lah Tiramisu yang aku buat kat ofis,
aku letak dalam fridge pantry.
masa diorg rehat,
diorg macam beriya nak tahu,
siapa punya kek dalam fridge ni,
masa rehat tu aku masuk la dalam pantry tu,
bagi tau diorg suruh makan.
diorg macam excited giler kot.
sambil makan, sambil tanya macam-macam kat aku,
dah macam artis pulak aku rasa,
lepas satu soalan, satu lagi dan lagi,
ok no comment, next question please!
ahhh, over pulak.
seronok tengok gelagat diorang.
plus, most of them suka makan kek.
sejak daripada tu lah segalanya bermula.
gituu. hahaha..

ada seorang lab staff tu namanya ibu.
memang semua kat situ panggil dia ibu.
dia lah yang beriya suruh aku buatkan
kek hantaran untuk anak buah dia kahwin.
mula-mula tu memang rasa tak confident.
tapi, ibu lah setiap hari tanya dan suruh aku cuba.
dan terhasil lah kek macam gambar kat bawah ni.
dan aku tahu,
masih banyak yan aku kena polish.
especially,
to smooth the frosting.
menggigil kot nak buat frosting ni.








walaupun masih ada cacat celanya,
i'll improve those skills.
thanks ibu sebab jadi first customer untuk kek hantaran.
and i'm happy coz u like it.
terima kasih. :)


like kalau suka! :)

3 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

comel...

cuma warna tulisan tak striking...

Cik Pipi said...

same with me . last two weeks pun dpt tempahan buat kek kawen 3 tingkat . dah lahh tak pernah g kelas baking , seminggu tu manjang tgk utube je tgk cara nak deco cake . seharian tenung cake tkt tak cantik . haha . nasib baik semua puas hati ;D

::dAuZsHaNLeY:: said...

Rapunzeel Cikilolo: thanks! lepas ni sy cuba improve. :)

Cik Pipi:kann.. bila kita dah buat sehabis baik, lepas tu customer puas hati, rasa lega n puas sgt kan?

*maaf, lambat reply..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...