Sunday, April 28, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013!

assalamualaikum.
semalam, aku pergi ke pesta buku kat PWTC tu,
boleh kata, first time lah aku pergi.
sebelum ni, pergi Big Bad Wolf je.
5 hari sebelum hari sabtu tu aku dah excited.
sebab aku pergi sana ada target.

aku pergi sana pun,
nak carik Fixi dan novel Hlovate yang baru 'Anthem'.
alhamdulillah, mission accomplished!
aku pergi ke PWTC naik LRT dari TBS.
sampai je stesen PWTC,
aku dah nampak ramai orang dah.
masuk-masuk je.
hoi, ramainya manusia.
dalam ramai-ramai tu,
aku rasa seronok je.
selalu rasa macam rimas je ramai-ramai orang ni.

sampai-sampai je,
aku terus carik booth Fixi & Lejen Press.
nasib baik senang je nak carik.
masa pesta buku ni,
diorang adakan promosi,
3 novel, RM 50.
aku beli 6 = RM100.
baucer buku sekeping, RM 50 sekeping.
beratur panjang masa nak bayar.
demi Fixi, takpe.

next, carik booth Jemari Seni.
untuk dapatkan 'Anthem' daripada Hlovate.
sekali lagi ramai yang kerumun booth tu.
yang paling best, most of them are girls!
aku ok je kalau nak pergi beli sendiri bersesak-sesak dengan golongan hawa tu.
takut diorang je yang tak selesa.
hahah..
nasib baik aku bawak sekali kawan aku sorang ni,
dia pun nak beli 'Anthem' jugak.
so, takde lah rasa bersalah sangat.
dekat 30 minit jugak lah dia beratur dan bayar.
aku yang menunggu pun dah letih.
ini kan dia yang beratur.
thanks zam!

dalam ramai-ramai orang tu,
boleh pulak terserempak dengan Adi Putra dan Nora Danish.
masa tu diorang dah nak keluar dah.
body guard escort diorang.
mula-mula tak perasan pun.
bila dua kali pandang,
baru macam, ehh. macam kenal.

lepastu,
pusing-pusing lah sekejap dalam tu.
tiba-tiba aku terfikir,
rakyat malaysia ni,
suka membaca jugak ye.
sebab ramai gila yang datang semalam.
tak kisah lah apa bahan bacaan diorang tu,
membaca amalan mulia,
membaca jambatan ilmu.
gitu.
lama tak dengar ungkapan-ungkapan ni.
hahaha..

baru sampai. tengok, ramai kan.

dalam ramai-ramai tu, sempat lagi bergambar ditengah lautan manusia.
dari kiri: makcik dan zam.
PM aku kalau berminat.. hahaha.. :P

excited gila masa nampak booth Fixi!

Fixi, Lejen Press.

sementara beratur untuk pembayaran. 

ni makcik dok cari buku soil series. nak buat rujukan PhD katanya.
tak main lah master-master ni. degree terus PhD. hahaha..

dalam diorang ni belek-belek majalah mingguan wanita,
sekali ada pulak gambar coursemate aku. 2 pages cover cerita dia je.
kelass kau, Aza!

Booth Jemari Seni. can you see that! ramai gila wanita. 

just for this! berasak-asak kat booth Jemari Seni tu.

Booth Elsevier. teringat masa dok rajin baca journal Elsevier masa buat FYP dulu.

nak jugak diorang ni.

pakcik yang amek gambar kitaorang ni nervous ke? blur and shaky je.

This! ni lah hasilnya. ini yang aku mahukan. puas!

lepas tu, dinner kat Sg. Ramal Food Court. layan Abg Burn.



like kalau suka! :)

2 comments:

SHAFIQ HASHIM said...

Best tu...Banyak Buku...

Jemput Melawat ~
http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/04/blouse-wanita-fashion-talk-shoppe.html

::dAuZsHaNLeY:: said...

SHAFIQ HASHIM: best2 jugak.. ramai gila orang.. nasib baik puas, dapat apa yg dicari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...