Wednesday, May 22, 2013

Short Film 'Passport Ekspress'. Best!

assalamualaikum.
hari tu aku ada tengok satu short film ni,
bertajuk 'Passport Ekspress'.
arahan Rewan Ishak.
cerita ni tak panjang, dalam 18 minit je.
lepas tengok je, aku terus suka cerita ni.
jalan cerita dia simple tapi bermesej.
masa tengok cerita ni,
siap boleh senyum sorang-sorang lagi.

selain aku suka plot cerita ni,
aku suka jugak lagu-lagu yang diselitkan dalam cerita ni.
macam lagu Ahmad Jais dan SM Salim.
walaupun aku ni bukan lah peminat no.1 mereka berdua,
tetapi lagu-lagu ni buat aku rasa relax and chill je tengok cerita Passport Ekspress ni.

aku rasa cerita ni agak sesuai kalau dipertontonkan kepada murid-murid masa hari guru.
tak pun untuk promosi pelancongan negeri Perlis.
atau pun, untuk mengenang sasterawan negara Usman Awang.
sebab apa?
sebab, satu watak dalam cerita ni adalah seorang guru,
yang cuba memartabatkan bahasa kebangsaan.
dan rasanya keseluruhan latar tempat cerita ni, shooting area Perlis.
banyak tempat-tempat menarik sekitar Perlis yang dapat ditonton dalam cerita ni.

bagi aku cerita ni banyak mesej yang ingin disampaikan,
tetapi dalam bentuk yang ringan.
dan aku replay tengok cerita ni banyak kali dan tak bosan.
so, kalau ada yang tak tahu nak tengok cerita apa kat youtube tu,
cubalah menonton filem pendek arahan Rewan Ishak ni.

oh ya,
aku dapat tahu cerita ni pun daripada kawan social network aku, Aya.
sebab masa aku tweet, cakap nak tengok filem KIL.
then dia suggest aku tengok filem pendek ni.
rupanya pengarah filem pendek ni adalah orang yang sama yang mengarah filem KIL.
Rewan Ishak.
rasa tak sabar nak tonton filem KIL yang bakal ditayangkan di pawagam pada 30 Mei 2013 nanti.


pelakon Passport Ekspress.



"Hidup bukan untuk derita, derita bukan selamanya.."


like kalau suka!  :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...