Wednesday, May 29, 2013

Selamat Tinggal Sin Chan!

assalamualaikum.
sedih.
semalam, kucing kesayangan aku telah pergi bertemu Penciptanya.
setelah 8 tahun dia hidup dengan family aku,
akhirnya, Sin Chan pergi buat selamanya.

lebih kurang sebulan sebelum tu,
Sin Chan kurang aktif,
macam kerap tidur je.
perut dia bengkak.
Sin Chan dah dibawa ke hospital 3 kali,
dalam 3 kali tu, 5 injections Dr. bagi.
kali kedua pergi, Dr. tukar ubat antibiotik dia.

semalam,
balik je kerja, aku tengok Sin Chan terbaring kat dapur.
cara dia terbaring tu macam lain macam sikit.
aku pun perhatikan sekejap.
lepas tu, dia macam kena sawan.
di tarik-tarik macam tu.

aku usap kepala dia,
panggil nama dia,
dia tak menyahut.
sedih.
aku tak sanggup tengok dia dalam keadaan macam tu.
dia lemah sangat.
dalam pukul 7 macam tu,
adik aku kata Sin Chan dah mati.

aku pegang badan dia,
usap-usap badan dia.
keras tak bernyawa.
mata Sin Chan yang terbuka,
aku tutupkan.
sedih.

lepas tu,
adik-adik aku gali lubang nak tanam Sin Chan.
kat bawah pokok jambu.
sebelum Sin Chan ditimbus,
aku tabur daun pandan supaya kurang berbau.
sedih.

terima kasih Sin Chan,
sedikit sebanyak, sebab kau aku dapat pahala jugak.
sebab bagi kau makan. bagi kau minum.
mandikan kau bila kau masuk longkang.
walaupun kadang-kadang aku marah kau sebab kau nakal sangat.
sekarang, bila kat dapur je,
aku nampak bekas yang simpan whiskas kau.
aku rindu.
takpe lah Sin Chan.
sekurang-kurang nya kau dah tak rasa sakit lagi sekarang.
rehatlah kau kat sana.

Sin Chan masa kena injection. sekarang dia dah tak ada.. :(


3 comments:

HaeFy said...

housemate aku pulak, kesedihan sebab kucing yg dia dah anggap maacam adik-beradik sendiri,dibuang ngan mak dia pagi tadi sebab sakit n doktor kata dah nak mati.


-nawal-

::dAuZsHaNLeY:: said...

nawal: eh, ko dah kembali aktif berblog ke? hahaa.. kesian nye housemate ko, dia xpergi carik balik ke?

Leadership Developmant Training said...

nice blog :)

salam kenal dari kami outbond di malang :)
jangan lupa kunjungi kami di website kami : http://www.nolimitadventure.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...