Free Widgets
Showing posts with label charity. Show all posts
Showing posts with label charity. Show all posts

Saturday, October 13, 2012

World Hunger Relief 2012 Walktahon: Be The Movement

assalamualaikum!
dah genap seminggu baru sempat nak update 
pasal World Hunger Relief 2012 Walkathon,
yang berlangsung 6 oktober lepas.

program ni start pukul 6 petang,
tapi, aku dan kawa-kawan aku gerak pukul 2 ptg,
sebab untuk ambil tshirt.
sampai2 je sana, 
ktorg terus carik registration counter,
ktorg register online, so, ada counter khas utk online registration,
masa kat counter, dia bagi tshirt and coupon utk makanan dan goodies.
dah settle semua,
ktorg carik pot utk lepak2 dan makan2..

makin petang makin ramai orang.
semua nya pakai tshirt purple tu,
masa tu ada mini konsert jugak,
amy search, one nation emcee, suki, dafi etc.
meriah jugak lah.

lepas solat asar, 
ktorg turun balik semula ke garisan permulaan,
perjalanan dimulakan sejauh 5km,
6.15 start berjalan dan habis dalam 7.30..
letih, memang letih,
tapi sangat seronok.
so much fun!
sangat2 enjoy, lagi-lagi dengan kawan2..
dah,
jom tengok gambar2 yang ada ni:



suasana dalam pukul 2 petang.

kupon utk ditebus.

masa mula2 sampai, ambik gambar dulu.. hewhew..

our meals.

selepas tukar baju..

kawan-kawan aku yang excited untuk memulakan perjalanan.


purple wave! awesome~

YMM Raja Zarith Sofia semasa perasmian WHR 2012.

keep walking


peace!

another purple wave.

garisan penamat, almost 7.30pm

goodies! 

Tuesday, October 2, 2012

World Hunger Relief 2012 Walkathon!

assalamualaikum..
1st entry in october.
just a short entry,
sabtu ni,
aku join satu walkathon,
'World Hunger Relief 2012'
kat Istana Kehakiman Presint 3,
Putrajaya.
rasa excited untuk program ni,
xtau sebab apa..

baru nak ajak korg semua join,
tapi pendaftaran dah tutup 30 sept lepas.
lepas program ni ada je lagi program2 macam ni,
nak tau lagi,
try usha website ni ( hooha.asia)
ni pulak facebook untuk program ni,
(world hunger relief 2012)


till the next post,
bye!

Friday, April 6, 2012

Night Walk@15 moments

assalamualaikum..
malas nak tulis pendahuluan,
hari ni nak update pasal night walk@15 yang lepas.
program ni kira 3 in 1 lah,
environment, charity, and health.

ok,
aku memang tak sangka langsung,
pendaftaran sampai 785 peserta,
if i'm not mistaken.
nombor2 ni payah sket aku nak ingat,
tapi memang dalam lingkungan tu lah peserta yg ada malam tu.
satu lagi pasal kehadiran peserta,
sebab aku fikir, mungkin ada yg daftar just letak nama,
dan pada hari kejadian dorg tak datang,
sbb pernah berlaku sebelum ni,
tapi, memang tak betul sangkaan aku.
mana yg dah daftar tu, memang datang join program malam tu.
sebab tu, aku rasa berlaku kesesakan yg amat dahsyat kat kaunter pendaftaran.
kepada mana-mana peserta yg kurang selesa dengan sistem pendaftaran kami hari tu,
saya minta maaf sangat2, memang silap kami.
our bad.

yang lain aku rasa semuanya berjalan lancar.
alhamdulillah.
mungkin ada segelintir yang rasa tak puas hati,
maaf sekali lagi,
tapi yang lain tu, nampaknya enjoy pada malam tu.

dikesempatan ini nak ucapkan ucapan terima kasih kepada
penaja kami Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
kerana telah sudi menyumbangkan
seratus kampit beras untuk program ni.
beras2 tersebut diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan.
tak lupa juga kepada 2 syarikat yang turut menyumbang kepada program ni,
syarikat Prestariang dan Encoral.

taknak cerita panjang lagi,
jom tengok gambar mana yang sempat.

kaunter pendaftaran yang sesak diserbu peserta.

perasmian yang simple.

perjalanan bermula



blok digelapkan sempena Earth Hour. 

 people with candles.

bahagian keselamatan UPM memberikan kerjasama yang baik.


pemandangan yang cantik sebenarnya, manusia dan lilin.dalam gelap.

antara rumah kebajikan yang hadir pada malam tu.

 Crew yang membantu melancarkan perjalanan program.


bersama wakil rumah-rumah kebajikan.

setakat itu sahaja.
aku sangat gembira sepanjang program ni berlangsung!
lastly, thanks awesome people!
till the next post,
bye!


like kalau suka!

Monday, March 26, 2012

Night Walk@15


assalamualaikum..
short update,
sibuk dengan pelbagai perkara.
antaranya,
program kat atas ni.
Night Walk@15.
will be held on this saturday,
31st march 2012.
boleh like page Night Walk@15 (disini)
berjalan sambil beramal.
100 kampit beras akan diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan.
harap-harap semua berjalan lancar.
amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...