Sunday, March 3, 2013

Diari Seorang Pengapit

assalamualaikum.
kali ni kali kedua aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengapit.
kedua-duanya untuk sepupu aku.
sebelum ni,
untuk abangnya,
kali ni untuk adiknya yang bongsu.

kalau nak diikutkan hierarchy sepupu-sepupu aku,
lepas yang ni kawin,
memang turn aku lah seterusnya,
tapi aku rasa, jauh lagi tu.
mau 8-9 tahun lagi kot.
doa-doa je lah untuk aku ye.
ok, lets put this story aside.

kali ni punya tugas sepupu aku call je,
call bukan cakap nak suruh jadi pengapit,
tapi call nak bagi kain ela.
aku pun semacam bingung masa tu,
hah? nak bagi kain?
bila masa aku jadi tukang jahit kan?
untuk apa?
untuk baju pengapit.
"abang jadi pengapit kak nem tau nanti.."
dalam kebingungan,
"aaa.. ok."
nasib lah aku ni tak bekerjaya lagi,
baru berpraktikal.
tu pun dah outstation je kejenye.
nasib weekend tak kacau.
tak pasal-pasal tempah baju melayu sepasang.
dah sah-sah lah jadi baju raya aku tahun ni jugak.
ok lah tu.

tips untuk jadi pengapit ni,
bagi aku benda paling penting adalah tisu.
lagi2 kalau bersanding waktu tengah2 hari buta.
hoi, panas dia tak ingat.
lagi lah kalau pakai baju pengantin tu,
sapa pernah pakai tu, tau lah panas dia macam mana,
tak cukup dengan tu,
baju pengapit tu sendiri boleh tahan panas jugak.
berbaju melayu di tengah terik mentari,*hamboi.
apa yang keluar, kalau bukan peluh mencurah-curah.
nasiblah nama dia pengapit, sedap sikit.
daripada namanya pengelap peluh pengantin,
sungguh tidak glamor.
hahah.. jangan marah para pengantin di luar sana.

ok lah,
daripada berterusan bercerita yang bukan-bukan lagi,
mari kita saksikan,
kegigihan aku menjadi pengapit.
gigih, tak gigih.
tengok je lah gambar kat bawah ni.


i am a groomsman.

patutnya kipas tu biar je kat pelamin. dah tak cukup tangan nak lap peluh,
pegang tisu, payung lagi. tapi takpe, cool beb!

dah semua orang nak amek gambar aku. aku pun redho je la..
*perasan amat.


ketibaan pengantin.

pengapit memang tak lekang dengan kipas tangan tu, 
walaupun dah ada kipas letrik. 

gigih tak kami, untuk memastikan tiada setitik peluh pun menitik?
*walaupun.

harus juga membersihkan bunga-bunga rampai yang di renjis terhadap pengantin.
pengapit juga terkena tempiasnya. itu biasa.

i just love this picture. shows that we're working hard.
haha.

sangat bertungkus lumus. 

ni yang paling best. makan semeja dengan pengantin. 
lauk-lauk semua kelas atasan. tak sama dengan rakyat jelata. haha..

selamat pengantin baru, Kak Anem & Abg. Azeem.




like kalau suka! :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...