Free Widgets

Thursday, March 21, 2013

Ketagih Baca Novel Fixi.

assalamualaikum.
dulu, aku pernah terdengar,
orang kata, novel keluaran fixi ni best,
orang kata, novel ni kira macam novel indie,
orang kata, novel ni ramai peminat.
jadi, aku pun cubalah untuk mencuba membacanya,
masa pergi MPH hari tu,
aku beli sekali tiga novel keluaran fixi ni,
almaklumlah, Voucher buku kan ada,
apa lagi, aku kira gamble lah beli novel-novel ni,
sebab memang tak pernah baca.

bila dah baca,
agak menarik jugak lah,
sampai ada satu novel tu aku habiskan dalam masa sehari je,
aku memang jenis baca novel tu dalam 2,3 bulan baru habis.
tapi novel ni macam ohsem sikit, 
tu yang sehari je aku boleh habiskan.
oh ya, masa first beli hari tu,
aku beli 'Murtad', 'Bisik' dan 'Mental'.
tajuk-tajuk novel fixi ni memang satu perkataan je.
cerita atau gaya penulisan dia sempoi.
kira macam dekat lah dengan aku yang muda remaja ni.
amboi.

boleh kata, most of the novels pasal thriller/mystery.
xde lah ayat-ayat jiwang sangat macam dalam sesetengah novel cinta tu.
satu lagi, penceritaan dalam novel ni macam open sikit.
kira macam carutan dan bahasa-bahasa seangkatan dengannya memang ada lah.
dan ada jugak yang macam 18sx sikit.
tapi xde lah dari mula cerita sampai habis 18sx je.
itu dah jadi novel porno.
so, masing-masing dah besar kan,
pandai-pandailah ambil mana yang baik.

lepas habis je stok tiga novel fixi ni,
aku pergi borong lagi lima,
hahh, lima sekali kau aku beli.
sekarang ni baru tengah baca satu,
lagi empat tengah tunggu giliran.




novel ni lah yang aku cakap macam 18sx sikit. sikit je.
jangan kejap lagi, masing-masing dok carik novel ni.
tak pasal best seller.

yang ni, tentang sakit mental. dengar bisikan-bisikan misteri.
nak tau, baca sendiri.

yang ni kalau di filem kan, jadi macam cerita action.
tembak menembak. dua orang yang diupah untuk membunuh orang yang murtad. 

see what i mean.

loghat kedah.

ni stok yang baru aku borong.



siapa minat baca Fixi angkat tangan!
saya!  :)

like kalau suka! :)

17 comments:

Anonymous said...

rasenye...

aku pun nak cuba baca :)

::dAuZsHaNLeY:: said...

Rapunzeel Cikilolo: cuba lah kalau berani.. haha.. you should try!

Adibah Jumali said...

wah2 novel ni macam thriller jer.
yeha pasti akan beli..

PemilikCahaya said...

for that cerpen nadia khan tu, siyeslly ada satu cerpen dlm tu yg wat aku nangis dlm tren..kbai..

#peminatFixi juga

::dAuZsHaNLeY:: said...

Adibah Jumali: haah, setakat ni, banyak yang thriller. selamat membaca!

zuno: really? novel cerpen tu tak baca lagi. macam best je. thanks!

Unknown said...

Ada cdgn buku fixi yg best x? Nk try baca.

::dAuZsHaNLeY:: said...

Hazmi Anas: stakat yg dah abes baca, tiga buku tu lah. Murtad, Bisik dan Mental. yg lain belum baca lagi. try lah yg tu dulu.

Suraya Nordin said...

kalau nak let go as preloved, bg tau sy k. 0137701387-suraya. Thanks :)

Liling said...

shaz johar. =) hahaa

Unknown said...

dh mcm library fixi je. jelessss

Teena Tna said...

Sy tengah nak survey2 dulu, tp mcm susah jer nk jumpa buku ni

Unknown said...

tadi sace buat research pasal novel fixi. suddenly, terjumpe satu blog tu die ckp Popular mcm tk nk buku tabu dgn murtad. alaaa, rugi nyee. tgk Murtad tu mcm best gileee ahh. kalau ipoh, boleh beli dkt mane ehh?

unknown said...

minat indie novel jugak
oh, helping to promote a young newbie indie writer here

http://budaksukaberangan.blogspot.com/

Ecah said...

novel gantung pon best giler...sedih pon ade last2..hmm..cube la try baca..ak bg 5*...apa macam??heheh

Ecah said...

carik kat mph..

FATIN NURAQEELA said...

Sy suke semua novel terbitan fixi.dan fav novel sy 'CERPEN'

Memang bez,cerita ngeri.:)

Nanti cubalah anda bca novel dari penulis Ismi Fa Ismail yg punya 3 novel, yakni 'JANGAN BACA NOVEL NI', 'TIADA TAJUK'& 'AKHIR'. Walaupun ia bukan dr terbitan fixi,tp novel dye lbh kurang sama. Try la ye. Memang tak menyesal. :)

Anonymous said...

Bet365's “Vig” (Betting On Football in France) Review - Videodl
Watch youtube to mp3 Bet365 Bet365's “Vig” (Betting On Football in France). It's about one year and three months after they launched their live football betting services.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...