okehh...
jom tuka mood kepada mood serius...
ye, serius!
how to start?
erm...
ini adalah kisah benar drpd pengalaman kawan aku sndri...
ade satu slot,
dimana luahan rasa berlaku...
dan dia meluahkan apa yg dia rasai/deritai selama ini...
cerita nya bermula....
dia ni kehilangan kasih sayang seorang bapa
kerana,
dia xdpt straight A dlm UPSR...
dia hanya dapat 4A1B,
ye 4A1B...
bapak dia sgt2 marah sebab dia xdpt straight A mcm adik beradik dia yg lain...
bapak dia sgt2 marah kan dia sampai xmengaku bahawa dia adalah anak dia...
sampai keluar dialog,
"anak ayah xbodoh..."
"kau bukan anak ayah..."
dan dia ni jugak dipinggirkan...
selama 7 tahun dia xbertegur sapa dgn ayah dia...
bayangkan...
setiap kali raya,
ayah dia belikan baju raya ntok semua anak2nya...
da bila si dia tanya mana baju dia,
ayah nya jawab,
"kau anak aku ke?"
"anak aku semua pandai...."
dan bila ayah dia tahu yg masakan tu si dia yg masak,
ayah dia xkan makan...
dia juga bercerita,
sepanjang 7 tahun tersebut,
bahasa yg digunakan antara dia dan ayah nya
hanyalah 'kau' dan 'aku'....
ibunya juga tidak boleh berbuat apa2 kerana menurut arahan suami...
begitu juga dgn adik beradik yg lain...
smpai kan bila ada diantara adik beradik dia yg ingin membantunya,
si ayah berkata,
"kau pon xnk jd anak ayah ke?"
"kalau ayah boleh buat kat dia,
kat kau pon ayah boleh buat..."
sejak drpd peristiwa yg 'mengecewakan' si ayah,
si ayah tidak memberi batuan kewangan kpd si dia...
bila si dia nk sambung belajar pun,
si ayah x mengeluarkan 1 sen pon...
hanya menggunakan duit drpd ibunya
yg di beri secara sorok2...
dia juga bercerita,
maki hamun tu sudah biasa antara dirinya dan ayah...
si dia pernah meluahkan isi hati nya kpd ayahnya,
ttp, tiada kesan positif...
senang cerita dia ni selalu dipersalahkan,
xde yg betul, semuanya salah...
dia juga memberitahu,
ketika dia sedang sakit,
si ayah berkata,
"kau jangan la nk carik perhatian,
jgn la nk berpura2 sakit..."
padahal si dia mmg betul2 sakit...
dia juga memberitahu,
kalau adik beradik yg lain pening kepala sikit pun,
dah sibuk nk bawak pergi klinik...
dia yg sakit nk mati pon si ayah boleh kata sebegitu...
dia di rumah mmg terasing...
terkurung dalam bilik...
sebab kalau keluar pon asyek menyakitkan hati je...
dan bila dia ingin menyambung pelajarannya,
si ayah berkata,
"kau tu bodoh,
kenapa nk sambung belajar lagi?"
dan dia nekad utk terus menyambung pelajaran nya...(diploma)
tanpa bantuan seorang ayah...
sepanjang 7 tahun tu juga la dia sgt2 down...
bila tiba hari konvokesyen,
dia serba salah ingin memberitahu dan menjemput ayahnya hadir ke majlis itu...
akhirnya si ayah datang...
pada saat itu lah dia sgt2 terharu kerana ayahnya berkata,
"ayah bangga dengan anak ayah..."
bercucuran air mata mengalir....
pada saat itu juga lah saat yg paling gembira buatnya setelah 7 thn menderita....
pada saat itu juga lah panggilan 'ayah' itu bermain semula di bibir si dia..
walaupun hubungan dia dan ayah sudah terjalin semula,
dia berkata, hubungan itu tidaklah serapat yg dulu...
walaupun deritanya sudah berakhir,
namun sejujurnya dia masih berdendam dgn si ayah...
dia juga mengaku dan tahu itu adalah dosa disisi agama,
dan memang itu yg dia rasakan...
hatinya begitu terkesan dgn perbuatan ayahnya,
dan sampai sekarang dia tidak boleh memaafkan ayahnya...
rakan2 dia ada juga menasihati supaya melupakan shj kisah tersebut,
ttp mereka tidak merasai apa kesengsaraan yg dia alami...
sampaikan suatu ketika,
selepas solat dia berdoa kepada Allah,
"Ya Allah, Kau ambil lah nyawa ayahku..."
dan kebetulan, ayahnya terdengar dan menangis...
dia bertanya kpd ayahnya....
"kenapa ayah menangis?"
diam shj jawapannya...
lihatlah,
sampai begitu sekali kesan atas perbuatan ayah itu tadi...
bagi aku,
mmg perit dan sedih kisah ni...
aku yg mendengar sendiri luahan hati dia,
bagaikan hendak menangis...
tujuan aku bercerita mengenai kisah ini,
bukan lah hendak membuka pekung sesiapa...
apatah lagi utk mengaibkan...
hanyalah utk dijadikan pedoman dan iktibar utk kita semua...
semoga cerita ini dpt dijadikan tauladan dan jgn lah mengulangi kesilapan yg sama...