Free Widgets

Tuesday, June 8, 2010

servey harga jemput artis buat show?

hai semua!
sebenarnye xde idea dah nk update ape ntok entry kali ni...
dah kering da idea nk membebel kat sini...

oh ya,
baru aku tau kalau nak jemput artis buat show,
mahal eh?
xde la...
bukan nak jemput artis nyanyi besday party kat rumah aku...
ni utk kolej laa..
biasa la student kat U,
mcm2 la aktiviti nye...
lagi2 dok kolej kan?
untuk majlis penutup karnival kolej kami,
cadangnya nak jemput artis laa...
nak cari kelainan la katenye...

aku antara org yg kena carikkan artis2 ni...
so, aku p la selongkar2 facebook dorg ni...*stalker2..haha...
dorg srh servey harga artis2 ni dulu...
antara artis yg bdk2 ni srh aku tanye kan,
akim af ngn heliza af..

tadi baru diskus ngn adek c akim ni kat fb,
3 lagu biasanya akim amk RM 5k...
wallaweh...
gler ah...
lima ribu untuk 3 lagu...
murah ke?
aku bukannya biasa jemput2 artis wat show ni..

cukup tak ni??

heliza esok baru nak call manager die,*kredit da xde..
nak tnye brp dia nak utk 3 lagu...
brp la agak2 nye...
bajet ntok karnival ni je dah puluhan ribu...
so,
i need sponsors right now!
sape2 yg berhati mulia nak sponsor,
boleh la btau ye...
xkesah la ape2 yg nak disponsor kan...
ade mane2 link ke?
boleh la btau ye?
tu je utk kali ni...

nota lutut: pengalaman baru, cari artis utk wat show...xpernah aku wat kerja ni...

Sunday, June 6, 2010

makanlah taugeh hari ini!

hai bloggers!
apa khabar?
sehat semua?
entry hari ini nak berkongsi info pasal kesihatan...
boleh kata petua jugak laa...

korg tau taugeh/toge? *mana satu ejaan yg betul?
org putih xtau taugeh tu ape, dorg tau bean sprout...
hahaa...
korg slalu pandang seblah mata je kat togeh ni kan?
ade yg xpandang langsung pon...
kesian laa..dah la nama pon togeh...
togeh ni byk khasiat die...

ni la rupa togeh, kalau sape yg xtau!

antaranya,
togeh ni menyumbang kpd kesuburan lelaki dan perempuan,
dalam otak mesti fikir tongkat ali ngn kacip fatimah je kan?
togeh pon boleh laa...
togeh membantu menghasilkan sperma yg baik dan membantu kesuburan 
telur yg di hasilkan...


menurut kajian,
togeh ni mengandungi bahan yg dpt melumpuhkan bibit2 cinta
kanser seperti usus besar, pankreas dan leukimia.
togeh ni ade estrogen semulajadi yg dpt meningkatkan kepadatan
dan susunan tulang serta mencegah kerapuhan tulang (oesteoporosis)


drpd kacang hijau, jadi la taugeh!


yg ni khas utk wanita,
pengambilan togeh secara kerap dpt menghindar 
mereka drpd kanser payudara, PMS dan simptom pra-menopaus.
togeh kaya dgn antioksida...
dpt menghalang tubuh dari radikal bebas perosak DNA.
so, taugeh ni dpt merupakan sayuran yg dpt membuat anda 
menjadi lebih muda!
xpayah la nak pergi cucuk-cucuk
vitamin c ke, collagen ke, mahupon botox!
makan je togeh ni...


last but not least,
togeh dapat membantu membuang kotoran 
dalam usus besar kerana
mengandungi byk serat dan air.
ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yg dpt
merangsang berseminya benih kanser.


jadi,
ape lagi?
pergi pasar belilah togeh ni 4,5 kilo..
murah pon murah...
mcm2 boleh masak!
nasi togeh, bubur togeh,
togeh masak lemak, tomyam togeh,
togeh masak merah...
naah...
dah bagi idea da tu...
jus togeh pon boleh!


dulu kalau makan ni, mesti dok asingkan togeh tu...
skng ni kdg2 je..sebab togeh tu keras sgt! haha..


tu aje!
selamat mencuba....
adios! =)

Saturday, June 5, 2010

ade orang alergik tag!

hai...
again, tag meng-tag dtg lagi...
since i don't have anything to do,
maka, lajulah menjawab soalan tag ni...
kpd encik hans,
don't worry,
aku tak tag ko dah...
aku tau ko alergik!
hahaha...




i)Thank and link the person that tagged you
ok, saya di-tag drpd beliau,

ii) Tag 10 bloggers you've recently discovered and think fantastic


*sorry for those who excluded~ next time eh?!


iii) Contact that blogs and let them know they've been tagged
aku dah halo-halo dotg kat shoutmix tuu...

 
iv) State 7 things bout yourself
1.suka tomyam!
2. suka jalan-jalan...
3. sedang aktif berblog walking
4. suka berkawan
5. pemalu...*betol laa..
6. xpandai bawak motor yg ade clucth...
tp bawak kereta boleh laa..*org kata same je?
7. best! 



kejap2...
nak cerita jap...
aku ni friendly ke?
bukan ape,
rase cam terharu pulak,
kat geng blogger 
btau aku ni blogger paling friendly,
terima kasih!
ni la org xde keje...
semua blog kat geng blogger aku terjah!
rajin2 la jenguk sini eh?
thanks again!





Thursday, June 3, 2010

cerita ayob dan encik bakar...

entry ketiga untuk bulan jun....
hai semua!
hari ni nak cerita pasal masalah berat badan...
skng ni byk la produk2 pelangsingan badan kat pasaran...
xmempunyai masalah berat badan tu xheran lah kalau dorg nk try
produk pelangsingan badan tu...
yg kurus kerempeng pon nak try jgk...
alasan?
rasa dah 'gem'....
paham kan 'gem' tu ape?
hehe...
baru naik 1,2 kilo dah sibuk carik mcm2 ubat
utk kurus kan badan...

hmm...
okeh,
cerita hari ni bukan ape,
nak share kisah kawan aku sorg ni,
nama beliau ayob...
badan ayob ni sgt la besar...
beliau ni nak bangun pon xlarat...
kesian aku tgk si ayob ni...
nak tgk badan beliau mcm mane?
jom!

asal la muka ayob ni serius sgt? ayob, senyum la sket...=)

ayob ade btau,
die da bosan hidup dgn badan yg mcm ni...
he said: " i wanna start a new life..." *wah, da terspeaking dah ayob ni!
aku suruh la ayob ni masuk rancangan big looser...
skng tgh ade audition ntok new season...
beliau kata,
beliau taknak publisiti...
ayob pon nekad ntok berjumpa seseorg yg boleh membantu beliau menguruskan badan...
encik bakar...
jom kite saksikan pertemuan ayob dan encik bakar...

dari kiri: encik bakar, ayob.

setelah beberapa bulan,
ntah ape yg encik bakar buat kat si ayob ni tak tau laa...
liposuction kot...
liposuction? oh, sedut lemak...
ke encik bakar suruh ayob pusing padang setiap petang?
itu yg kte tak tau...
lihat lah hasilnya...

yang tinggal kulit berlebihan...muka ayob pun 
dah berubah sket...

oh, seksa sungguh hidup dgn kulit berlebihan ni...

ayob buat muka...cuba menayangkan badan beliau...

oh, saya dah boleh pakai sluar jeans! 
*ikut gaya makcik yg dalam iklan colgate sensitive, 
oh, saya dah boleh minum air sejuk!


sampai bila nak hidup dalam keadaan begini?
fikir ayob...
jauh di sudut hati ayob, beliau ingin 
kelihatan kurus seperti encik bakar...
ayob pon bernekad utk 
membuang kulit2 yg berlebihan itu...

ini lah ayob selepas menajalani 
pembedahan buang kulit berlebihan...

bekas jahitan...eeee...

ingin melihat penampilan terbaru ayob?
jom, jom, jom!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaa!


ayob berlagak macho! segak bergaya...
muka happy je...

sekian sahaja cerita ayob dan encik bakar...
terima kasih!
jumpa lagi...

Wednesday, June 2, 2010

satu entry tiga cerita.

hai...
entry kali ni nak cerita pasal 3 perkara sekali boleh?
rasa mcm nak sekali kan entry2 ni serentak...
sebab ceritanye pendek2 je...
ok jom start dgn cerita pertama.

1) my 100th follower!


yeay!
setelah hampir setahun aku berblogging...
sebab malas sket nk blog b4 ni...
baru semalam dapat follower yg ke-100..
sebelum ni menyambut entry yg ke-100 dan kali ni
untuk follower yg ke-100 pulak...
hoyeh, hoyeh!
satu pencapaian yg bagus gak utk blog aku ni...
ucapan terima kasih utk follower aku yg ke-100 ni
iaitu
http://basuhkain.blogspot.com/

yg dlm bulatan hijau tuu...


sama juga utk followers yg lain...
xde yg pertama, xde la yg ke-100 kan?
thanks u all!


2) youthsays. com? apekah?

tau tak ape ni youthsays?
benda ni mcm laman sosial la..
mcm fb, twitter etc...
mcm2 boleh dpt drpd website ni,
yg menarik,
boleh dpt side income cam nuffnang jgk...
menarik kan?
mungkin da ramai yg dah join youthsays ni...

so,
aku nak ajak korg ni join skali benda ni...
jom, sign up je kat link bawah ni,
klik bawah ni eh:
kat website ni pon ade mcm2 kempen...
aku pon ade join kempen yg dorg jalankan...
korg pon boleh join gak!
tp kena register dulu lah kan...
jom tolong aku promote kempen ni
dengan klik je kat bawah ni:
please eh kawan2...klik je hehe...


3) nak banyakkan blog trafik?

cane eh? aku pernah gak tgk benda ni,
tp xrasa nak cuba lagi time tu...
aku dpt ni drpd blog ni:
thanks yah!
so, hari ni rasa cam nak try...
xsalah kan nk cuba...
mcm ni tau...

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.




PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.


2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

so, it will become like this:


4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!

***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak...
selamat mencuba kawan-kawan! =)


Tuesday, June 1, 2010

kisah seorang rakan (2nd review)

hai...
entry baru..
sebenarnye xla baru pon...
ni entry aku beberapa bulan lepas...
since aku dah join geng blogger ni,
rasanye cam nak kongsi balik cerita ni dgn korg sume...
so,
sabar lah utk membaca entry ni ye,
sebab entry ni agak panjang dan penuh dgn tulisan....
okehh...
jom tuka mood kepada mood serius...
ye, serius!

hayatilah.
how to start?
erm...






ini adalah kisah benar drpd pengalaman kawan aku sndri...
ade satu slot,
dimana luahan rasa berlaku...
dan dia meluahkan apa yg dia rasai/deritai selama ini...
cerita nya bermula....

dia ni kehilangan kasih sayang seorang bapa
kerana,
dia xdpt straight A dlm UPSR...
dia hanya dapat 4A1B,
ye  4A1B...
bapak dia sgt2 marah sebab dia xdpt straight A mcm adik beradik dia yg lain...
bapak dia sgt2 marah kan dia sampai xmengaku bahawa dia adalah anak dia...
sampai keluar dialog,
"anak ayah xbodoh..."
"kau bukan anak ayah..."
dan dia ni jugak dipinggirkan...
selama 7 tahun dia xbertegur sapa dgn ayah dia...
bayangkan...
setiap kali raya,
ayah dia belikan baju raya ntok semua anak2nya...
da bila si dia tanya mana baju dia,
ayah nya jawab,
"kau anak aku ke?"
"anak aku semua pandai...."
dan bila ayah dia tahu yg masakan tu si dia yg masak,
ayah dia xkan makan...
dia juga bercerita,
sepanjang 7 tahun tersebut,
bahasa yg digunakan antara dia dan ayah nya
hanyalah 'kau' dan 'aku'....
ibunya juga tidak boleh berbuat apa2 kerana menurut arahan suami...
begitu juga dgn adik beradik yg lain...
smpai kan bila ada diantara adik beradik dia yg ingin membantunya,
si ayah berkata,
"kau pon xnk jd anak ayah ke?"
"kalau ayah boleh buat kat dia,
kat kau pon ayah boleh buat..."
sejak drpd peristiwa yg 'mengecewakan' si ayah,
si ayah tidak memberi batuan kewangan kpd si dia...
bila si dia nk sambung belajar pun,
si ayah x mengeluarkan 1 sen pon...
hanya menggunakan duit drpd ibunya
yg di beri secara sorok2...

dia juga bercerita,
maki hamun tu sudah biasa antara dirinya dan ayah...
si dia pernah meluahkan isi hati nya kpd ayahnya,
ttp, tiada kesan positif...
senang cerita dia ni selalu dipersalahkan,
xde yg betul, semuanya salah...
dia juga memberitahu,
ketika dia sedang sakit,
si ayah berkata,
"kau jangan la nk carik perhatian,
jgn la nk berpura2 sakit..."
padahal si dia mmg betul2 sakit...
dia juga memberitahu,
kalau adik beradik yg lain pening kepala sikit pun,
dah sibuk nk bawak pergi klinik...
dia yg sakit nk mati pon si ayah boleh kata sebegitu...
dia di rumah mmg terasing...
terkurung dalam bilik...
sebab kalau keluar pon asyek menyakitkan hati je...
dan bila dia ingin menyambung pelajarannya,
si ayah berkata,
"kau tu bodoh,
kenapa nk sambung belajar lagi?"
dan dia nekad utk terus menyambung pelajaran nya...(diploma)
tanpa bantuan seorang ayah...
sepanjang 7 tahun tu juga la dia sgt2 down...
bila tiba hari konvokesyen,
dia serba salah ingin memberitahu dan menjemput ayahnya hadir ke majlis itu...
akhirnya si ayah datang...
pada saat itu lah dia sgt2 terharu kerana ayahnya berkata,
"ayah bangga dengan anak ayah..."
bercucuran air mata mengalir....
pada saat itu juga lah saat yg paling gembira buatnya setelah 7 thn menderita....
pada saat itu juga lah panggilan 'ayah' itu bermain semula di bibir si dia..

walaupun hubungan dia dan ayah sudah terjalin semula,
dia berkata, hubungan itu tidaklah serapat yg dulu...
walaupun deritanya sudah berakhir,
namun sejujurnya dia masih berdendam dgn si ayah...
dia juga mengaku dan tahu itu adalah dosa disisi agama,
dan memang itu yg dia rasakan...
hatinya begitu terkesan dgn perbuatan ayahnya,
dan sampai sekarang dia tidak boleh memaafkan ayahnya...
rakan2 dia ada juga menasihati supaya melupakan shj kisah tersebut,
ttp mereka tidak merasai apa kesengsaraan yg dia alami...
sampaikan suatu ketika,
selepas solat dia berdoa kepada Allah,
"Ya Allah, Kau ambil lah nyawa ayahku..."
dan kebetulan, ayahnya terdengar dan menangis...
dia bertanya kpd ayahnya....
"kenapa ayah menangis?"
diam shj jawapannya...

lihatlah,
sampai begitu sekali kesan atas perbuatan ayah itu tadi...
bagi aku,
mmg perit dan sedih kisah ni...
aku yg mendengar sendiri luahan hati dia,
bagaikan hendak menangis...
tujuan aku bercerita mengenai kisah ini,
bukan lah hendak membuka pekung sesiapa...
apatah lagi utk mengaibkan...
hanyalah utk dijadikan pedoman dan iktibar utk kita semua...
semoga cerita ini dpt dijadikan tauladan dan jgn lah mengulangi kesilapan yg sama...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...