Free Widgets

Tuesday, February 7, 2012

Chocolate Cheese Cake! Nak Resepi?

assalamualaikum..
hello people!
rasanya lama dah aku tak share resepi kan?
so, this time nak share satu resepi...
chocolate cheese cake (CCC).
to cake lover, you should try this!

CCC ni ada empat layer ye kawan-kawan..
lapisan bawah sekali adalah biscuit base,
second is cheese layer,
third is chocolate mousse,
and fourth is chocolate ganache..
empat layer, oh banyak kan?
rasa macam complicated tak?
tak pon sebenarnya,
simple je..
fyi, no oven needed!
what you need is a fridge.

dah taknak membebel bebel lagi,
kita teruskan kepada bahan-bahannya...

Based:
120g biskut kosong tanpa inti (marie, tiger etc)
70g butter

first,
cairkan butter, hancurkan biskut,
campur butter yang cair dengan biskut yang hancur tadi,
gaul sebati, dan tekan adunan dalam pan kemas2 dan padat.
oh, mesti guna pan yang boleh bukak tepi macam gambar kat bawah ni,
dah settle, masukkan dalam fridge at least 30 minutes~

ni lah pan yang aku cakap boleh bukak tepi tuu..

aku pakai biskut tiger je buat base.

butter. tak kisah pon cap ape.

biskut tiger yang telah dihancurkan.

dan dimampatkan ke dalam pan ini.


next we move to cheese layer,
Cheese Layer:
250g cream cheese
120g gula kastor
170ml whipped cream
1 1/2 sudu kecil gelatin
80ml fresh milk

mula2 pukul cream cheese bersama gula,
masukkan whipped cream dan teruskan memukul,
masak gelatin bersama fresh milk sehingga gelatin sebati,
masukkan bancuhan gelatin tadi ke dalam adunan cream cheese
pukul lagi.
tuang adunan ke atas base biskut yang telah dibekukan tadi,
masukkan dalam fridge for at least 2 hours.


fresh milk, whipped cream and cream cheese..tak puas hati
cream cheese dgn whipped cream dah naik harga!

setelah dituang keatas biskut.



third layer,
Choc Mousse:
250ml whipped cream
80g gula kastor
50g serbuk koko
sedikit esen vanilla
1 sudu kecil gelatin
1/2 sudu kecil nescafe/kopi

pukul whipped cream sampai kembang,
masukkan esen vanilla, gula dan serbuk koko,
campur gelatin serta nescafe dengan sedikit air panas utk melarutkan,
kemudian dituang ke dalam bancuhan whipped cream.
kacau sebati,
tuang ke atas lapisan cheese tadi.
masukkan dalam fridge lebih kurang sejam.

ini lah hasilnya..


last but not least,
Chocolate Ganache:
170ml whipped cream
30g serbuk koko
80g cooking choc
30g butter
50g gula kastor

masak kesemua bahan menggunakan kaedah double boil,
doule boil?
mungkin ada yang tak tahu,
macam gambar kat bawah ni..
ok, gaul sebati,
agak2 pekat tu,
tuang keatas choc mousse tadi...
sejukkan sampai semua keras..
sedia utk dimakan!


this is what we called double boil method.

tadaaa...dah siap pon..

zoom in sikit..

zoom out pulak.

bila dah siap 4th layer tu,
rasa tak sabar pulak nak rasa hasilnya.
bila dah rasa,
oh my...
not bad! sedap jugak,
walaupun rupanya tak sejelita kek-kek yang ada kat mana2 kedai,
puas hatilah dengan rasanya.
marvelous!
oh ya, maaf kualiti gambar kurang memuaskan,
belum mampu utk membeli DSLR, iPhone 4S ataupun Samsung Galxy SII..
joking~

itulah saja resepi utk kali ini..
selamat mencuba!
kalau dah cuba tu,
hulur-hulur la sikit kat sini..  :)
ok lah,
till the next post!
bye~


like kalau suka! 

Saturday, February 4, 2012

What A Great Story : Hafalan Shalat Delisa

assalamualaikum..
aku baru je habis tenok cter Hafalan Shalat Delisa..
yup, indonesian movie,
mula2 ternampak link kat fb,
pastu try lah tgk sket awal tu,
youtube lembab,
lantas aku men-download-nya..
mungkin korg sudah pon menonton cerita ni,
mungkin ada yang belum,
ah, tak kira,
nak share jugak.

sgt2 tersentuh tgk cter ni,
i don't know how to describe,
penuh pengajaran dan iktibar.
sgt insaf..
nah trailer kat bawah ni,



yes, i'm touched..
thats all,
till the next post,
bye..

p/s: apesal aku tgk abi Delisa macam Remy Ishak?


like kalau suka! =)

Thursday, February 2, 2012

Novel Terbaru Ramli Awang Murshid : Fiksyen 302

assalamualaikum~
haritu ada beli satu novel pakai BB1M tu..
novel Ramli Awang Murshid (RAM)..
fiksyen 302..
aku ni xde lah obses sgt pasal novel2 ni..
biasa-biasa je..
sekadar bed time story katanya..
ntah, bila baca novel ni cam senang je nak tido..
aku pernah baca beberapa novel RAM sebelum ni,
ok lah jugak..
novel thriller kan..
tu yang aku cam berani je nak beli satu haritu..
yg sebelum2 ni memang aku rembat member2 punya je baca..

cerita fiksyen 302 ni mengisahkan
satu pembunuhan yg melibatkan pesakit mental,
tu je aku boleh cter,
memang sinopsis paling pendeklah aku bagi,
nama pon sinopsis kan..
kang aku cter lebih2 kang org tak beli dah novel tu,
dorg baca kat sini aje..
so, korg dah baca ke?


thats all!
till the next post,
bye!


like kalau suka.. :)

Tuesday, January 31, 2012

Berseronok di Kem Saujana Asahan, Melaka!

assalamualaikum!
ade satu story yg agak lama pending nak cerita..
pasal program kolej aku beberapa minggu lepas..
Kem Pemantapan Organisasi (KPO)..
ktorg buat kat Kem Saujana Asahan, Jasin Melaka...
tempat ni Majlis Sukan Negara (MSN) yg punya
dan terletak area kaki Gunung Ledang...
ktorg tidur dalam dorm,
dalam otak aku fikir,
oh dorm..
mesti satu dorm dalam 20 org,
katil double decker dan berkipas..
tapi dorm ni,
satu dorm 6 org je,
ade aircond ok!
toilet ade heater,
single bed, oh sangat selesa!

aktiviti-aktivitinya pon syok..
selain games yg kawan2 aku conduct,
ade jugak aktiviti yg termasuk dalam package kem ni,
high ropes, flying fox, repelling dan night tracking.
semua aktiviti ni aku xpernah buat lagi..
high ropes, flying fox dgn repelling ni memang gayat lah,
tapi sangat seronok!
serius tak tipu..

satu lagi aktiviti yg aku suka,
night tracking..
night tracking ni aktiviti jalan pada waktu malam..
ktorg berjalan dalam hutan kaki gunung ledang,
since aku pernah rasa daki gunung Brinchang dulu,
so, kira ok lah aktiviti ni,
xletih sgt sebab kat area bawah2 je..
beza nya cuma jalan pada waktu malam..
syok lah.
masa kat brinchang dulu, xkena pacat..
kat sini memang kena lah..
nasib tak banyak..
fasi yg bawak ktorg berjalan dalam hutan tu kata,
ktorg tak bernasib baik sebab,
tak terserempak dgn binatang2 liar dalam hutan tu..
kalau tak, boleh jumpa landak, pelanduk etc..
ok, jom tengok gambar2 yang ada!
oh, gambar mmg tak ikut sequence~

bbq time!

repellent..

masa untuk pulang ke kolej~

 kerang bakar, spicy one.. ;)

ini high ropes, gayat ok..

boys.

happy faces..

lepas main game bertepung..

masing2 dah disaluti tepung!

pemandangan gunung ledang..
thats all!
till the next post,
bye!

like kalau suka! ;)

Saturday, January 28, 2012

Al-Fatihah untuk Kak Nor...

assalamualaikum...
semalam aku dapat satu berita sedih,
kak nor meninggal..........
dia menghembuskan nafas terakhir jam 9mlm di HUKM..
boleh baca (entry ni)
sedih mmg sedih..
tapi setiap yg hidup akan mati..

ade sorg kawan yg sama tempat kerja dulu msg aku,
dia terkilan sebab xsempat ziarah kak nor masa sakit dulu..
nasib baik aku sempat ziarah dia..
ingat lagi masa aku ziarah dia dulu kat rumah dia,
masa tu ade orang meninggal baris rumah dia tu..
aku tak expect pon ade org meninggal,
aku ingat kenduri kawen ke, etc.
masuk2 rumah dia je,
dia bgtau ade org meninggal tu..
pastu,
dia cakap
"tak terkejut pulak ko?"
aku diam je..
aku paham maksud dia..
mesti dia ingat yang aku fikir org yg meninggal tu dia..
kak nor, kak nor..
sakit2 pon nak bergurau..

sejak seminggu lepas ni,
aku mcm asyik teringat kat dia..
maksud aku,
aku tertanya-tanya,
macam mana lah keadaan dia skng..
rasa macam nak sgt melawat dia sekali lagi..
malam tadi dapat msg,
kak nor dah takde..
aku ingat last dia cakap kat aku masa melawat dia aritu,
"nanti datang lah lagi..."
itulah last aku jumpa dia..

walaupon ktorg kenal baru 2 bulan lebih..
rasa macam senang je berkawan dgn dia..
cepat je ngam dgn dia..
walaupon umur aku dgn kak nor 5 tahun beza,
dia layan mcm kawan2 dia je..
bila masa rehat,
selalu dia ajak makan sekali..
siap belanja lagi..
boleh kata, setiap kali kluar dgn dia,
mesti dia yg bayar..
kak nor sgt sporting.
she's very kind to me..

serius tak sangka kak nor pergi terlalu cepat..
baru kenal, dah hilang..
semoga rohnya dicucuri rahmat,
semoga kak nor aman disana...
al-fatihah-noraiza halim~

Wednesday, January 25, 2012

Blackmores Sent Me A Birthday Card!

assalamualaikum..
Blackmores bagi aku birthday card!
hahah..dah 25 hari baru sampai..
eh, bukan setakat birthday card je,
skali dengan voucher..
tapi RM5 je..
xpelah..at least i get something..
nak btau tu je..

thanks Blackmores!

kad dia macam aku ni baru umur 5 tahun... =.=

RM5 voucher..

thats all people!
till the next post!
bye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...