Free Widgets

Monday, February 11, 2013

Flower Boy Next Door, Another K-Drama.

assalamualaikum,
lama dah rasanya aku tak layan drama korea,
masa cuti ni, aku dah kehabisan stock movie,
so, tak tau nak download cter apa dah.
sekali ternampak lah satu k-drama ni,
bertajuk, 'Flower Boy Next Door'..
aku pun saje2 lah usha2, best ke tak cter ni,
kata hati berkata, 
"try download satu episod dulu.."
lantas, aku pun men-download-nya.

bila dah tengok satu episod,
oh, layan pulak.
sebab dia ada komedi2 sket,
so, xde lah boring.
kini, aku sudah pun menonton sehingga ep 10.
masih menunggu utk download smpai episod last.
tak silap, 16 episod kot.

kalau nak ditanyakan pelakon2 dia,
memang aku tak kenal lah,
aku tau tengok je.
tidak seperti kawan-kawan aku yg expert pasal arits korea ni,
semua dorg kenal,
tapi, yg aku noticed,
heroin dia ada pernah berlakon dalam cter
'You're Beatiful'..
mungkin korg dah advanced lagi drpd aku,
buat korg yg xtau nak layan k-drama apa,
you should watch this.
sape2 yg nak download tu,
try kat (sini)




pelakon FBND. kenal ke?

hero & heroin.

:)


like kalau suka! :)

Friday, February 8, 2013

Lemon Meringue! Nak Resepi?

assalamualaikum,
hari ni rasa nak try buat Lemon Meringue,
aku google lah resepi,
aku amek daripada sini (resepicitarasawan)
thanks.

Lemon Meringue (LM)?
apakah? jarang jumpa kan?
memang takde jual kat gerai2 goreng pisang tepi jalan tu,
kat bazaar ramadhan xpernah jumpa lagi,
barangkali ada.
ye lah, bazaar ramadhan tu, apa yg takde jual?
*motif bangkitkan isu bazaar ramadhan?
cuba bayangkan dialog masa nak beli,
"kak, Lemon Meringue ni berapa satu?"
"tiga singgit dik.."
"erm.. bagi dua ringgit kak.."
hahaha...
ok, panjang dah merepek.

bagi aku, LM ni macam tart je.
cuma ada tambah egg white kat atas.
nak buat LM ni xbyk bahan pakai,
senang kata, main ingredient dia Lemon dan telur.
baiklah, tanpa membuang masa lagi,
mari kita saksikan bahan-bahannya.

Crust
210g tepung gandum
113g butter
50g gula kastor
1 biji kuning telur gred A

Lemon curd
3 biji telur
80ml jus lemon (lebih kurang 2biji lemon)
150g gula
56g butter
1 sudu besar lemon zest (parutan kulit)

Meringue
4 biji putih telur
130g gula kastor
1/2 sudu teh cream of tartar

untuk crust,
pukul gula dan butter sebati.
tak payah pakai mixer pun xpe.
masukkan kuning telur sampai sebati,
masukkan tepung,
gaul sehingga menjadi doh.
bungkus dan simpan dalam fridge 30min
lepas tu,
masukkan dalam loose tin
cucuk base dengan garfu,
dan simpan semula dalam fridge 20min.
bakar selama 15-20min suhu 180C
dah siap,
sejukkan crust tu,
then, ratakan lemon curd tadi.
masukkan semula ke dalam oven 170C selama 15 min
keluarkan dan ratakan meringue keatas lemon curd yg masih panas tadi.
bakar selama 5 minit dengan api atas sahaja atau sehingga meringue perang.

untuk lemon curd,
kena pakai kaedah double boil
masukkan telur, gula dan jus lemon.
gaul sampai pekat mcm cream.
memang jenuh sikitlah nak tggu benda ni pekat,
bila dah pekat,
masukkan butter dan lemon zest.
ratakan atas crust,
bakar pada suhu 170C selama 10min,
sehingga mengeras, jgn smpai perang.

untuk meringue
pukul putih telur, gula dan cream of tartar sampai kembang bertanduk.
ratakan atas curd yg masih panas, kemudian,
bakar selama 5 minit dengan api atas sahaja atau sehingga meringue perang.
aku rasa 4biji tu mcm byk sgt je.
sbb td aku buat,
aku rasa meringue tu boleh cover dua biji LM kot
so, cut it half,
dua biji cukup kot.
kalau dah adjust telur ni,
adjust gula skali lah,
kang termanis pulak kan?


Lemon.

doh yang sudah siap.

telur, gula, jus lemon.

kacau menggunakan kaedah double boil.

lebih kurang pekat mcm ni laah..

doh tadi, buat jadi macam ni..
 aku saje poyo-poyo buat roses ni.. nak flat ratakan pun boleh.

ni dah lepas diperangkan. jangan hangus sudah.

tada! inilah hasilnya.

comot sikit.

masa aku buat ni,
aku rasa mcm banyak sangat pulak meringue nya,
nampak tebal kan?
bila makan rasa cepat muak,
so, aku ketepikan meringue tu,
aku makan yg bawah je.
kurang sikit muaknya..
aku rasa, kalau xbuat meringue tu pun ok,
bagi pendapat aku lah,
tekak aku lain dengan tekak korg.
tapi, kalau xde meringue,
tak panggil Lemon Meringue lah.
jadi Lemon tart pulak.

konklusinya,
ikut suka korg lah..
hahah..
selamat mencuba!


like kalau suka! :)

Thursday, January 24, 2013

'Aku Bercerita' novel terbaru Ramli Awang Murshid

assalamualaikum,
tadi pergi bersiar-siar kat ioi mall,
*mampu bersiar-siar sampai ioi?
haha..
tp hasrat hati memang ingin mencari sebuah novel 
untuk penghapus kebosanan dikala cuti ini..
hamboi.
mmg plan nak carik Ramli Awang Murshid pnye novel.
ye la aku ni, bukannya obses sgt dgn novel2 ni semua,
so so je..
buat bed time story katanya.
masa kat kedai buku tu,
ternampak pulak novel 'Aku Bercerita' ni..
kat area latest novel..
oh, RAM ada novel baru,
tak tau pulak kan,
kiranya, pucuk dicita ulam mendatang,
bagai mengantuk disorongkan bantal..  =.=

ingat nak tunggu dapat voucher buku rm250 tu,
tapi lambat lagi nak dapatnya..
jadi, aku pun sebat lah satu..
jadi disini,
aku ingin membuat pengumuman kpd semua peminat novel,
especially RAM.
novel terbaru RAM dah keluar!
ayuh ke toko2 jamu kedai buku berhampiran!
ke korg semua dah tahu?
aahhh,
tak kesah,
janji aku dah beli.



tak bukak cover plastic lagi ni..

siap ada bait lirik 'teman pengganti' lagi..

'aku bercerita' 

selak sikit.

 boleh tahan gak lah tebalnya..

oh, ini gmbr instagram tadi.. follow me on instagram, dauzshaley..
:)



tapi, aku tak tau la cter ni best ke tak?
sebab baru baca mukadimah,
org kata novel2 RAM semuanya ok..
hopefully,
itu saja,
xoxo
DS. 

Wednesday, January 23, 2013

Aglio Olio Spaghetti! Nak resepi?

assalamualaikum,
hari ni nak share resepi aglio olio,
senang sgt resepi ni,
aku first time masak masa kat kolej dulu,
alhamdulillah jadi,
wah, kedengaran sangat mudah bukan?
hehe..

bahan-bahan:
1 paket spaghetti
sea food, (boleh campur2; udang, sotong, kupang etc)
minyak masak/ olive oil
6-7 ulas bawang putih
3-4 cili kering
italian herbs/oregano flakes
chili flakes
black pepper
garam

mula2, rebus spaghetti lebih kurang 3/4 masak,
jgn  terlalu masak,
dikhuatiri spghetti anda akan hancur ketika menggoreng,
lepas tu,
panaskan minyak/olive oil
tumiskan bawang putih yg telah dicincang halus,
smpai naik bau,
jgn sampai hangit,
pastu, masukkan cili kering
tumis lagi,
pastu masukkan semua seafood,
gaul gaul mesra,
agak2 nmpk mcm dah masak,
masukkan lah spghetti td..
gaul2 lagi,
masukkan chili flakes, black pepper, italian herbs
dan garam secukupnya..
ikut tekak masing2 lah..
ok,
sedia untuk dihidang.
dah siap!


ni seafood yg aku guna. sotong, udang, kupang. yg merah tu cili kering.

waktu menumis..

maaflah, gmbr lepas siap masak lupa nak amek.. so, ni gambar drpd google.
lebih kurang je pun hasilnya..  :)



jadi, bagaimana?
ternyata sangat senang bukan?
kalau dah terliur tu,
pergi bergegas ke pasar raya terdekat,
beli barang2 dan masak!
selamat mencuba!

xoxo,
DS.
*terikut2 cerita istanbul aku datang.


like kalau suka!  :)

Friday, January 18, 2013

Wartawan Lokasi

assalamualaikum,
korg pernah terfikir tak,
apa korg akan jadi,
kalau korg bukan korg sekarang ni?
u get what i mean?

contoh lah,
ini contoh ye,
mcm aku ni,
sikit lagi bakal bergelar horticulturist,
cewaahh..
sila google kalau xtau.
so,
kalau aku ni bukan horticulturist,
maybe akan jadi wartawan lokasi.
aku rasa lah, aku rasaa..
hewhew.
berangan je lah kan..
dalam berangan2 tu,
ada jugak aku buat kerja gila ni,
dok poyo poyo jadi reporter.
padahal.
nak bercakap pun berterabur,
toksah lah toksah laah..

ni ada sikit video terbaru,
masa Hortilicious party haritu,
aku ada lah interview beberapa budak2 course aku..
dah diorg pun layankan aja aku ni,
sebab dorg pun gila jugak..
hehe..

video lagi satu ni,
video aku rampas microphone reporter sebenar,
dan aku pulak interview dia..
hekhek..
aku xingat,
aku dah post belum video ni kat blog ni..
rasa mcm dah,
xpelah.
tengok sajoo..


saya dauz shanley melaporkan utk Buletin Utama, TV3.
konon2 la tuu..

 sedang menemubual salah seorg course-mate aku..

Saturday, January 12, 2013

Istimewa Buat Sahabat.

assalamualaikum.
entry kali ni memang istimewa buat sahabat2 aku.
nak aku senaraikan mcm ramai sgt,
no need to mention,
you know who you are.

aku nak minta maaf hujung rambut,
sampai hujung kaki,
memang confirm ada terkasar bahasa, perlakuan yg menjengkelkan,
dan segala2 yang korg semua tak berkenan dengan sifat dan perangai aku.
minta halal makan minum.

kepada mereka yang merasakan aku menjauhkan diri dari korg tu,
bukan nya aku sombong/ malas nak berkawan.
cuma mungkin dengan kurangnya kita berinteraksi
akan menjadikan hubungan itu lebih baik.
maaf juga dipohon.

sepanjang kat UPM,
masa balik tadi lah paling sedih,
aku dah cakap sendiri dah,
please don't cry, please don't..
but i can't hold my tears.
oh mannn..! sob sob..
dah la lagu kat radio masa nak balik rumah tu,
semua lagu macam lagu2 sedih je.
haissh..

i will always, always remember u guys!
bila sampai rumah je,
aku rasa lain,
lepas ni, dah xbalik UPM.
dah xdapat hang out dengan korg,
lepas ni, xtau dengan siapa aku nak buat perangai gila2 tu semua.
xtau bila lagi boleh masak bersama.
oh, i'm gonna miss those things.

like people always said,
setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
semestinya perpisahan punyai hikmah yg besar disebaliknya.
mudah mudahan Allah melindungi kalian semua.
insyaallah.
i always pray for my friends.
so, all the best my friends!
sorry lah, emo sikit entry ni..
thanks guys!
friends till jannah..

till here,
xoxo,
DS.
published! :)

p/s: i'm still can't hold my tears when i writing this special entry.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...