Free Widgets

Tuesday, January 31, 2012

Berseronok di Kem Saujana Asahan, Melaka!

assalamualaikum!
ade satu story yg agak lama pending nak cerita..
pasal program kolej aku beberapa minggu lepas..
Kem Pemantapan Organisasi (KPO)..
ktorg buat kat Kem Saujana Asahan, Jasin Melaka...
tempat ni Majlis Sukan Negara (MSN) yg punya
dan terletak area kaki Gunung Ledang...
ktorg tidur dalam dorm,
dalam otak aku fikir,
oh dorm..
mesti satu dorm dalam 20 org,
katil double decker dan berkipas..
tapi dorm ni,
satu dorm 6 org je,
ade aircond ok!
toilet ade heater,
single bed, oh sangat selesa!

aktiviti-aktivitinya pon syok..
selain games yg kawan2 aku conduct,
ade jugak aktiviti yg termasuk dalam package kem ni,
high ropes, flying fox, repelling dan night tracking.
semua aktiviti ni aku xpernah buat lagi..
high ropes, flying fox dgn repelling ni memang gayat lah,
tapi sangat seronok!
serius tak tipu..

satu lagi aktiviti yg aku suka,
night tracking..
night tracking ni aktiviti jalan pada waktu malam..
ktorg berjalan dalam hutan kaki gunung ledang,
since aku pernah rasa daki gunung Brinchang dulu,
so, kira ok lah aktiviti ni,
xletih sgt sebab kat area bawah2 je..
beza nya cuma jalan pada waktu malam..
syok lah.
masa kat brinchang dulu, xkena pacat..
kat sini memang kena lah..
nasib tak banyak..
fasi yg bawak ktorg berjalan dalam hutan tu kata,
ktorg tak bernasib baik sebab,
tak terserempak dgn binatang2 liar dalam hutan tu..
kalau tak, boleh jumpa landak, pelanduk etc..
ok, jom tengok gambar2 yang ada!
oh, gambar mmg tak ikut sequence~

bbq time!

repellent..

masa untuk pulang ke kolej~

 kerang bakar, spicy one.. ;)

ini high ropes, gayat ok..

boys.

happy faces..

lepas main game bertepung..

masing2 dah disaluti tepung!

pemandangan gunung ledang..
thats all!
till the next post,
bye!

like kalau suka! ;)

Saturday, January 28, 2012

Al-Fatihah untuk Kak Nor...

assalamualaikum...
semalam aku dapat satu berita sedih,
kak nor meninggal..........
dia menghembuskan nafas terakhir jam 9mlm di HUKM..
boleh baca (entry ni)
sedih mmg sedih..
tapi setiap yg hidup akan mati..

ade sorg kawan yg sama tempat kerja dulu msg aku,
dia terkilan sebab xsempat ziarah kak nor masa sakit dulu..
nasib baik aku sempat ziarah dia..
ingat lagi masa aku ziarah dia dulu kat rumah dia,
masa tu ade orang meninggal baris rumah dia tu..
aku tak expect pon ade org meninggal,
aku ingat kenduri kawen ke, etc.
masuk2 rumah dia je,
dia bgtau ade org meninggal tu..
pastu,
dia cakap
"tak terkejut pulak ko?"
aku diam je..
aku paham maksud dia..
mesti dia ingat yang aku fikir org yg meninggal tu dia..
kak nor, kak nor..
sakit2 pon nak bergurau..

sejak seminggu lepas ni,
aku mcm asyik teringat kat dia..
maksud aku,
aku tertanya-tanya,
macam mana lah keadaan dia skng..
rasa macam nak sgt melawat dia sekali lagi..
malam tadi dapat msg,
kak nor dah takde..
aku ingat last dia cakap kat aku masa melawat dia aritu,
"nanti datang lah lagi..."
itulah last aku jumpa dia..

walaupon ktorg kenal baru 2 bulan lebih..
rasa macam senang je berkawan dgn dia..
cepat je ngam dgn dia..
walaupon umur aku dgn kak nor 5 tahun beza,
dia layan mcm kawan2 dia je..
bila masa rehat,
selalu dia ajak makan sekali..
siap belanja lagi..
boleh kata, setiap kali kluar dgn dia,
mesti dia yg bayar..
kak nor sgt sporting.
she's very kind to me..

serius tak sangka kak nor pergi terlalu cepat..
baru kenal, dah hilang..
semoga rohnya dicucuri rahmat,
semoga kak nor aman disana...
al-fatihah-noraiza halim~

Wednesday, January 25, 2012

Blackmores Sent Me A Birthday Card!

assalamualaikum..
Blackmores bagi aku birthday card!
hahah..dah 25 hari baru sampai..
eh, bukan setakat birthday card je,
skali dengan voucher..
tapi RM5 je..
xpelah..at least i get something..
nak btau tu je..

thanks Blackmores!

kad dia macam aku ni baru umur 5 tahun... =.=

RM5 voucher..

thats all people!
till the next post!
bye..

Tuesday, January 24, 2012

Perbualan Dengan kanak-kanak Korea. [video]

assalamualaikum..
hari tu aku ade pergi satu birthday party..
insyaallah aku cter next entry..
pastu terjumpa sekumpulan kanak-kanak,
mandi kat swimming pool tu..
aku ingtkan chinese boys..
bila aku dengar betul2 perbualan dorg,
oh, korea rupanya..
aku pon saje la nk try skill korea yg aku ade..
aku pon cakap lah terima kasih dalam bahasa korea..
memang xde kena mengena dgn perbualan dorg lah..
saje nak test, betul ke dorg ni korean,
pastu dorg pon macam terkejut lah..
dia tanye,
"are u korean?"
eh budak ni, perli aku ke hape?
tengok warna kulit pon dah tau..
korea sangat aku ni kan..
hahahah..
tapi budak2 tu malu nak bercakap dengan ktorg...
ok lah, jom tengok video kat bawah ni..


thats all..
till the next post!
bye.

like kalau suka!

Friday, January 13, 2012

Siti Nurhaliza On History Channel

assalamualiakum!
11 januari haritu ada satu rancangan khas tentang Dato' Siti Nurhaliza..
yang special nya,
dekat History Channel..
sedikit sebanyak tentang biografi beliau..
aku xsempat tengok,
so, tgk kat youtube je..
dah siap download pon..
so, sape2 yg nak tengok,
klik je kat bawah ni..


thats all..
till the next post!
bye~


like kalau suka! =)

Wednesday, January 11, 2012

Voucher Buku 1Malaysia.. Jom Shopping!

assalamualaikum..
bagi student2 IPT, korg dah dapat belum voucher buku 1malaysia?
macam aku kat UPM ni dah dapat dah voucher RM200..
tapi aku ade dengar ade U yang belum dapat lagi..
so, bersabar je lah eh?

semalam aku dan rakan-rakan seperjuangan pergi ke MPH Alamanda Putrajaya,
untuk apa?
untuk menebus voucher buku tu la..
sebab apa aku terus terjah kat MPH?
sebab aku ade terbaca satu link kat fb, katanya akt MPH boleh pakai voucher tu..
ok, tips pertama:
tanya dulu sebelum pakai voucher tu..
macam semalam ktorg tnye dulu kat cashier tu..
"kak, voucher ni boleh pakai tak?"
"boleh, beli ape2 buku dgn alat tulis except majalah.."
ktorg pun happy sebab mmg betul2 boleh pakai voucher tu..
ape lagi, masing2 pon excited lah mencari barang2 yg hendak dibeli..

tips kedua:
guna voucher tu secukupnya..
maksud aku, kalau nak pakai satu voucher RM50 tu,
make sure korg beli barang2 cukup2 sampai RM50..
kalau tak rugi lah..
sebab cashier tu xkan pulang balance duit,
so, kira burnt..
kalau lebih takpe, tambah lah duit sket..
mcm semalam ktorg mmg plan nak cukupkan voucher tu..
tapi terlebih 70sen..
tp takpe, jgn kurang..
sebenarnya dalam seronok2 menghabiskan voucher tu,
susah jugak nak menghabiskan nya..
RM 4 je lagi..nak beli ape ye?
macam tu lah lebih kurang..

macam semalam, 
aku tak habiskan semua voucher RM200 tu..
aku pakai RM 50 je..
so, jom tgk gambar2 yg sempat snap semalam..


ni la antara barang2 yg ktorg rembat! kau tengok perempuan tu,
komik je banyak! haha...

alat tulis, novel etc..hp tu saje ngada-ngada dok dalam tu.. 

tengah kira nak cukupkan voucher..kurang ke terlebih.. 

buku2 yang si Zam tu pegang je dah nak dekat RM 100... 

aku habiskan sekeping ni je..

ok people!
thats all..
till the next post!
bye..

Sunday, January 8, 2012

Farady Anuar, Pengalih suara video lawak!

assalamualaikum..
hari ni nak share sket pasal video alih suara..
mesti korg pernah tgk video2 alih suara ni kan?
yg selalu aku tgk pasal video hitler marah2 tu..
memang lawak lah..
ni ada lagi satu bakat yg boleh buat korg semua gelak..
lawak dia simple je..

semalam, aku ade bukak satu link kat youtube ni,
pasal seorang  remaja yg hobinya buat video merapu..
video2 yg alih suara tu lah..
nama dia farady anuar, nama youtube dia faradyable..
dia kluar dalam tv show nasi lemak kopi o..

aku pernah jugak tgk video2 dia ni..
tapi xtau pulak dia rajin buat video2 ni..
setakat ni farady ade 24 video,
ade yang pasal milo ais, teh ais, beli berus gigi..
kalau stress2, boleh tgk video2 ni..
confirm gelak2..release sikit..
aku dah subscribe chanel dia..
ok, jom tgk antara video2 lawak farady..







kalau nak tengok video2 lain,
boleh pergi kat chanel faradyable (kat sini)
semoga korg2 terhibur..
till the next post!
bye..


kalau suka, like! =)

Wednesday, January 4, 2012

happy new year and happy birthday to me! =)

assalamualaikum!
happy new year..
first entry untuk tahun 2012..
harap-harapnya korg semua sihat sejahtera lah ye..

hari ni dah hari keempat masuk tahun baru..
so, dah empat hari lah umur aku meningkat jadi 22tahun.
ni nak share sket la pasal apa yg berlaku 1 januari hari tu..
kawan-kawan aku buat surprise untuk aku..
hahahaa..
'sgt surprise'...
sumpah lawak dorg ni..
jom tengok birthday party aku 
yang bertemakan 'fairly tale in the jungle'..
ntah ape2 ntah tema yg aku reka sendiri secara spontan..
hahaa..fairly lah sangat!


my birthday cake~cappucino xsilap..

zoom in sket~ 

 wajah tak siap ketika menerima 'surprise'..

 mamu, yang menjerit 'surprisr' macam tarzan! 
hahaa..terima kasih atas effort anda! =)

 ini room mate aku..

ini aizat..roomate mamu..dia ada banyak nama samaran..
dan pandai menyamar! 

 baca doa sebelum majlis bermula..

ustaz azhar idrus.. ali yang tukang baca doa.. 

 upacara memotong kek~
=)

ni ada sket video dorg2 ni nyanyi happy birthday..
hahaa..
semua cam malu2..
cepat tengok!



tu je..
so, aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kat korg yang bersusah payah buat 'surprise' ni..
hahaa..
tak lupa jugak kat korg yang wish kat fb, twitter ngn msg...
terima kasih atas doa-doa korg tu..
semoga semuanya baik2 sahaja pada tahun ni..
thats all,
till the next post!
bye..

p/s: semoga dipermudahkan nak jawab exam nanti..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...